Cara Permohonan Nikah & Kahwin Waktu PKP & PKPB

Procedure Nikah Waktu PKP di Selangor

Apa prosedur nikah PKP di Selangor? Nak kahwin tahun ni tapi kena PKP dengan PKPB pulak? Apa perlu you buat? Ikuti pengalaman adik I berurusan untuk berkahwin pada tahun 2020 ni. Caranya lebih kurang dengan Cara Menguruskan Borang Kahwin pada zaman I dulu tapi lebih memudahkan kerana lebih banyak berurusan online. Ini langkah-langkah yang you perlu tahu untuk memohon kahwin waktu PKP PKPB di Selangor. Teruskan membaca:


Prosedur Nikah di Negeri Selangor


1. Hadiri Kursus Kahwin Online

Tidak perlu pergi kursus secara fikzikal seperti zaman I dulu. Sekarang hanya hadiri kursus kahwin online dari rumah sahaja. Bagaimana nak daftar kursus kahwin online? Apa borang permohonan kursus kahwin online? Boleh baca post lanjut Kursus Kahwin Online Selangor Waktu PKP.


2. Ambil Sijil Kursus Kahwin

Boleh ambil di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
Boleh semak di:

Perlu buat temujanji?
PAID akan bagi tarikh bila boleh amik sijil kursus. Datang pada tarikh yang diberi.



3. Buat HIV Test

Di Klinik Kesihatan Berdekatan
Ada tempat buat appointment perlu membuat appointment dengan call dan ada yang perlu buat appointment online. Tengok pemohon area mana.

Borang apa perlu bawa?
Tak perlu bawa apa apa borang, just bawa pen sbb KK yang akan sediakan borang banyak kena isi so datang ikut time yang KK tetapkan untuk smooth kan proses.

Berapa lama dapat result?
On the spot dapat result.


4. Isi Borang Kebenaran Berkahwin Online

Bagaimana cara isi borang nikah di Selangor? Cara isi borang nikah dari dulu sama je, iatu isi online sahaja dan pengantin lelaki dan perempuan kena buka account di website JAIS menggunakan nombor IC sahaja.
Ini cara isi borang nikah online selangor. 




1. Lawati website ncr.jais.gov.my


Borang 2A Kebenaran Berkahwin Lelaki Portal JAIS


Borang Nikah Lelaki 

Borang lelaki yang perlu diisi adalah Borang 2A - Permohonan Kebenaran Berkahwin




Borang Nikah Perempuan 

Borang Nikah Perempuan yang perlu diisi ada 2 iatu Borang 2C dan Borang 2D


Borang 2C Kebenaran Berkahwin Perempuan JAIS

Borang 2C
  • Maklumat Perempuan
  • Maklumat Lelaki
  • Maklumat Pernikahan ( Akad Nikah )
  • Maklumat Pemohon
  • Maklumat Wali
  • Maklumat Saksi Pertama
  • Maklumat Saksi Kedua


Borang 2D Perempuan Selangor


Borang 2D 
Borang Wakalah Wali

  • Keizinan Pengantin Perempuan
  • Pengakuan Wali
  • Perwakilan Wali
  • Maklumat Saksi


Bagaimana cara isi borang 2D Perwakilan Wali dan Wakalah Wali?
Ketahui dulu siapa wali dan siapa perwakilan wali.

Siapa Wali?
Pertama adalah bapa, kalau bapa tiada, pakcik belah bapa pun boleh jadi wali.

Siapa Perwakilan Wali?
Pakcik atau sedara-mara yang mengenali wali dan juga anak perempuan.

Siapa Saksi Untuk Borang Nikah?


Minimum Mas Kahwin di Negeri Selangor?
Masih RM300

Apa Syarat Saksi Borang Nikah?


5. Buat Temu Janji Dengan PAID

Borang yang siap dicetak perlu ditandatangan dan dihantar. Temujanji perlu dibuat dahulu dengan PAID untuk menghantar borang.

Borang Perlu Hantar Mana?


Apa Yang Perlu Disertakan Sekali?
Sijil Kahwin + Copy, Slip HIV Test+Copy, Salinan IC, Salinan IC 2 orang saksi

Kalau dulu kena pergi ke pejabat agama dengan 2 orang saksi. Dekat situ korang kena lafazkan bahawanya korang ni bujang dan belum berkahwin, dan saksi pun kena lafaz juga. Selesai dapat pengesahan, diaorang akan bagi Surat Kebenaran Berkahwin yang telah ditandatangan dan disahkan. 
Bila dapat surat tu, selesai dah dari pihak lelaki.

TAPI Waktu PKP & PKPB Lain

So far JAIS for now tak perlu bawa saksi. Siap siap minta saksi sign borang kat 2A untuk lelaki dan 2C 2D untuk perempuan.  Pihak PAID akan minta kita buat video call saksi dan wali untuk pengesahan.

Borang 3A Lelaki Kebenaran Berkahwin JAIS

Borang 3A borang apa?
Borang 3A ni lah yang di panggil surat pengesahan nikah lelaki

Bila akan dapat Borang 3A?
Akan ada bila dah dapat pengesahan dari PAID (automatik)
PAID akan keluarkan hardcopy dan perlu bayar RM10.

Pegawai PAID Akan Membuat Pengesahan Wali

Pegawai akan video call saksi, wali untuk pengesahan lelaki dan perempuan.

Video call pakai apa?
Video call pakai whatsapp

Siapa yang kena ada dalam video call?
Siapa yang kena call ialah pemohon sendiri.
Kalau temujanji tu lelaki so lelaki je yang masuk untuk jumpa pegawai PAID buat pengesahan. Dan akan di minta untuk buat video call saksi lelaki

6. Buat Temu Janji Untuk Nikah di PAID

Kalau dulu pengantin diberi peluang untuk pilih lokasi untuk dinikahkan, tetapi waktu PKP &PKPB tempat nikah hanyalah di PAID sendiri.


Tarikh ikah di beri oleh PAID, tak boleh pilih. Maksudnya, Nikah Online tidak dipraktikkan di Negeri Selangor. 

Berapa lama estimation untuk semua process ni?
Estimate dalam 2 minggu dari isi borang hingga dapat surat kebenaran nikah



Setakat itu sahaja info yang I ada untuk post ini. Kalau ada pertanyaan boleh nyatakan di ruang komen dan I akan masukkan jawapan daripada adik I di dalam post ini bila I update post ni semula.

Mungkin pengantin kali ni tak dapat nak meraikan diri menjadi raja sehari besar-besaran tapi mungkin ini semua ada hikmahnya. Semoga adik-adik yang sedang menjalankan process untuk berkahwin pada tahun ini dan tahun depan bertanah dengan segala ujian yang diberi dan semoga dipermudahkan urusan.

19 comments

  1. saya dah siap borang 3A, tetapi alamat nikah saya kat masjid, kena set appointment dngn PAID la kan untuk nikah di PAID? yang masjid tu terpaksa burn, betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarkan sahaja borang tu di alamat masjid sbb dikeluar kan oleh pihak PAID, bawa borang 3A dan borang 2C, 2D untuk pihak perempuan hantar ke PAID. Untuk urusan pernikahan buat masa ini masih dijalankan di PAID dan pihak PAID akan nasihat untuk bernikah di PAID sahaja.

      Delete
  2. salam saya nak tanya , terima ksh atas info yang banyak bantu . cuma saya ada soalan .sebab susah nak call PAID dan JAIS .
    1) setelah selesai isi borang nikah lelaki dan perempuan (dah siap sign saksi dan semua dokumen ). Borang kebenaran berkahwin tu kena hantar ke JAIS atau PAID? saya keliru sikit disitu .
    Sebab nikah kena dekat PAID tapi borang kebenaran kahwin bawak sekali ke ?
    2) dokumen nikah mak ayah wajib yg original ke atau kalau photocopy kena pengesahan JAIS/PAID?

    terima kash ya

    ReplyDelete
  3. Berapa lama masa untuk borang Kebenaram lelaki 3A untuk dikeluarkan ya..? Boleh pada hari yang sama ke?

    ReplyDelete
  4. Assalam. nak tanya, sy asal Johor tapi bekerja di Selangor. kalau sy buat permohonan nikah di Selangor boleh ke? sebab klau nak balik uruskan di Johor macam susah seikit sebab bekerja di Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je mcm tunang sy dia org johore tp kje kt selangor so urusan smua buat kt sni je x pyah blk jhor

      Delete
  5. Boleh je mcm tunang sy dia org johore tp kje kt selangor so urusan smua buat kt sni je x pyah blk jhor

    ReplyDelete
  6. Salam sis , nak tanya dorang mintak sijil nikah parents dorang just tgok atau dorang will chek kat system ?☺️

    ReplyDelete
  7. HI. Kalau Janda, sesiapa tahu proses dia sama atau lain. Soalan kedua, sebelum buat HIV TEST, kena ada surat kebenaran utk berkahwin dulu ke?

    ReplyDelete
  8. salam, nak tanya.. boleh ke sekiranya sy berada di zone hulu langat, tapi tarikh untuk JAIS hulu langat penuh untuk hantar borang. Boleh ke sy hanta borang ke JAIS daerah lain?

    ReplyDelete
  9. Nak tanya untuk borang pemastautin tu.. Saksi tu siapa yew?

    ReplyDelete
  10. saksi lelaki,perempuan san saksi wakalah orang yg sama?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum. saya nak tnya, boleh ke saya hntr borg permohonan nikah ke pej agama kuala selangor wlaupon alamat rumah saya di shah alam? dan saya berniat nak hntr borg bersama tunang saya. borg lelaki bleh setel dlm satu hari pastu terus bagi kat perempuan pada hari yg sama ke? harap sesiapa yang tahu bleh tolong jawabkan. saya dahului dgn terima kasih.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum, sya nak tanya kalau pasangan duduk dekat negeri lain macam mana ya procedure dia ?

    ReplyDelete
  13. Hi. Waalaikumusslam. tak silap saya setiap negeri ada portal tersendiri untuk isi borang online. Pihak lelaki kena lengkapkan borang dahulu selepas dapat cop dan sebagainya borang original harus dihantar pada pihak perempuan. selepas itu pihak perempuan pula yang lengkapkan borang dan submit sekali borang tadi ke pada pejabat agama. awak boleh rentas negeri apabila dan confirm tarikh nikah. jadi pihak lelaki akan dapat kebenaran untuk rentas ke negeri awak. Tapi kalau awak nak tahu lebih lanjut awak boleh hubungi pejabat agama terdekat. :)

    ReplyDelete
  14. Salam saya nak tnya kenapa saya tk boleh isi borang untuk perempuan ye? Borang 2c dan 2d

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, post ini telah mendapat banyak pertanyaan tapi saya tak dapat nak jawab sebab saya bukan kerja di JAIS, jadi saya tak tahu procedure yang sebetulnya. Saya hanya tulis post ini dulu untuk berkongsi pengalaman sahaja.

    Saya terpaksa delete beberapa comment sebab broken links tapi saya copy paste semula di bawah. Kalau ada sesiapa yang tahu dan arif mengenai procedure untuk soalan yang ditanyakan, saya berharap awak dapat menjawab mana-mana pertanyaan yang berkenaan:

    1. sy nk tnya kalau contoh borang 3A lelaki nii tarikh kawin dia jais letak 2.1.21 klau nk ubah boleh ke,

    2. Berapa lama masa untuk borang Kebenaram lelaki 3A untuk dikeluarkan ya..? Boleh pada hari yang sama ke?

    3. Salam sis , nak tanya dorang mintak sijil nikah parents dorang just tgok atau dorang will chek kat system ?☺️

    4. Borang 3a tu berapa lama JAIS akan proses? Dapat hari yang sama k? Sekarang semua kena buat appointment n penuh da untuk bulan 2. Kalau die siap cepat boleh la saya set appointment sekarang

    5. adakah setiap individu yang terlibat dalam urusan nikah perlu melampirkan keputusan covid (swab test)?

    6. salam, nak tanya.. boleh ke sekiranya sy berada di zone hulu langat, tapi tarikh untuk JAIS hulu langat penuh untuk hantar borang. Boleh ke sy hanta borang ke JAIS daerah lain?

    7. salam nak tanya, saya asyik confused dgn proses borang nikah ni. kalau musim skrg ni, nak mintak sign pendaftar nikah di kariah masjid masing2 ni just bawak wali & saksi je kan? then bila dah siap, pemohon pergi ke JAIS takpayah bawak wali & saksi kan? pergi sorg je kan?

    8. assalamualaikum. saya nak tnya, boleh ke saya hntr borg permohonan nikah ke pej agama kuala selangor wlaupon alamat rumah saya di shah alam? dan saya berniat nak hntr borg bersama tunang saya. borg lelaki bleh setel dlm satu hari pastu terus bagi kat perempuan pada hari yg sama ke? harap sesiapa yang tahu bleh tolong jawabkan. saya dahului dgn terima kasih

    9. assalammualaikum,saya nak tanya kalau pengantin tinggal di negeri lain..urusan proses pernikahan bagaimana ya?

    10. Assalamualaikum..saya menetap di shah alam Dan bercadang untuk berkahwin Dan pasangan berada di miri sarawak..Dan dengan keadaan sekarang pkp so bagaimana proses untuk memudahkan prosedur ni..saya masih bujang Dan pasangan ibu tunggal..sy pernah menjalani kursus pra perkahwinan semasa blajar pd tahun 2003-2004 Dan adakah sijil ni masih berguna..sijil disahkan di negeri perak..mohon pencerahan

    11. Macam mana kalau lelaki dari Selangoe, perempuan dari Kedah.

    1. Adakah lelaki perlu daftar dengan JAIS juga? Atau direct dengan Jabatan Agama Islam Kedah?

    2. Adakah perempuan perlu daftar dengan JAIS juga?

    12. kalau sijil nikah mak ayah hilang mcm mana ya? tak boleh kahwin ke? tq

    13. assalamualaikum,saya nak tanya ayah dan mak saya sudah bercerai. mak saya telah berkahwin lain jadi surat cerainya sudah diambil oleh pihak pejabat agama,masalah sekarang ni ayah saya tidak mengambil surat cerai di makhmah.adakah perlu ayah saya mengambil surat cerai di makhmah( sudah puluh tahun)pihak makhmah masih lagi menyimpan surat tersebut?????

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.