SpFlys | Link Bio Custom Untuk Bisnes & Portfolio

22 December 2020 Malaysia

 

Spflys link bio custom untuk instagram

Mencari cara nak buat link bio di Instagram? SpFlys.com antara example link bio tools yang template dia boleh diubah ikut kreativiti. Platform ini boleh digunakan sebagai mini website sebagai portfolio ataupun untuk mereka yang baru nak berniaga. Kebetulan je terjumpa SpFlys ni dan memang dah lama I mencari satu link bio tool tapi I tak jumpa lagi yang I betul-betul berkenan sampai I jumpa SpFlys ni. Kenapa? Teruskan membaca.



Apa itu SpFlys?

Satu link untuk letak semua link profile social media ataupun lain-lain link. Fungsi dia sama je macam linktree, bio link dan banyak lagi platform macam ini. Tujuannya mainly untuk letak di bio IG profile masing-masing sebab hanya dibenarkan letak satu link sahaja. Tapi sebenarnya link ni boleh diletak di mana-mana sebagai easy reference untuk mendapat lebih exposure.


Jadinya, SpFlys ni bukan hanya untuk bloggers atau influencers sahaja tapi untuk mereka yang ada bisnes patut ambil peluang gunakan platform ini. Sebabnya kebanyakkan bisnes akan berhajat untuk membuka website sendiri tapi membuka website professional bukan murah. Tapi dengan SpFlys bisnes kecil pun boleh buka website yang kelihatan professional dengan mudah dan harga yang jauh lebih murah.


SpFlys ni adalah salah satu platform yang membolehkan diri atau bisnes kita mendapat lebih exposure. Yang menarik dan lainnya SpFlys dari platform link bio yang lain ialah:


1. Template tak terikat kepada link sahaja

You boleh create page you macam mini website dengan platform ni. Template tidak terikat untuk sharing link sahaja. Boleh letak gambar, gif, youtube video dan banyak lagi. So kalau you kreative, lagi ramai orang akan tertarik dengan bisnes you.


2. Boleh pilih domain (nama website)

Tak ada dah terikat dengan nama domain default seperti spflys.com/miracikcit . You boleh pilih nama link bedasarkan kesesuaian nama atau bisnes you. Jadi orang hanya perlu type sahaja di google . cth: miracikcit.info


3. Ada pages

Kalau you beli plan yang advance, you akan dapat 9 bio link pages yang you boleh pakai untuk susun untuk jadikan macam satu mini website yang ada subcategories semua.


4. Boleh connect dengan Google Analytics

Ini paling I suka, I tak perlu nak harapkan platform SpFlys semata-mata untuk dapatkan analytics website. Sebab mmh tiap2 hari I buka Google Analytics nak track my blog punya pageviews. So senang I boleh refer orang masuk ke blog dan SpFlys guna satu platform je.


Contoh Account SpFlys

1. liyamaisarah.com (influencer)

2. rozisangdewi.com (businesswoman)

3. drsamhan.com (doctor)

4. isaacosmantv.com (youtuber)

5. youngsyefura.com (adun ketari)

6. nuarstoryteller.com (voice over)

7. olen.my (personal shopper)

8. inziks.com (social media marketing)

9. perfumekitadamansara.com (perfume business)

10. merrmaid.com (cleaning business)




Harga Pakej SpFlys

Harga dan Pakej SpFlys

I pilih yang RM25 monthly tapi I beli terus pakej yearly. And then ada promo 50% off masa tu so I dapatlah harga lebih murah. Seriously not bad because kalau nak buat website harga dia lebih mahal.

I ambil plan RM25 sebab plan itu sahaja boleh letak custom domain and ada 9 biopages included which means sub pages for that domain. So dia jadi macam mini website bila fully utilise ni semua. 



Tutorial Cara Set Up Custom Domain SpFlys


1. Buat Akaun spflys.com

Boleh pakai 7 hari trail dulu kalau nak



2. Beli Pakej Akuan SpFlys 

Boleh pilih antara 3 jenis akaun SpFlys tapi hanya Advance sahaja ada option untuk pilih custom domain.

Add to cart dan beli akaun Advance SpFlys online. Ada 2 option pembayaran tapi pakai online transfer je senang. Transfer dari app bank you guys then screenshot resit dan upload ke dalam website SpFlys. Ikut je step they bagi.

Note: If SpFlys tak approve your payment after 2 days, direct whatsapp them terus and notify them.



3. Beli Domain

SpFlys mencadangakan pembelian di Namecheap.com tapi kalau nak beli dekat tempat lain pun tak apa. Sebab sama je sebenarnya. I memang dah ada domain extra dekat GoDaddy.com so I pakai domain itu je. 

Cara Beli Domain di GoDaddy

1. Cari nama domain di my.godaddy.com

2.  Kalau dah ada boleh beli manually lalu website ataupun chat dengan agent GoDaddy di Whatsapp.

Follow post Cara Beli Domain di GoDaddy



4. Register Cloudflare.com

Open new tab google: Register cloudflare.com

Dah lepas register account terus add nama domain yang you beli tadi di 'Add Site' dan pilih 'Free Plan'.



5. Cari Nameservers di Cloudflare

Cari & Klik DNS di kotak-kotak biru atas page.

Akan nampak 2 jenis Nameservers dalam page tu. 

Biarkan dulu page ni, dan buka tab baru untuk step 4.



6. Buka Website Domain DNS Setting

Buka semula website yang you beli domain tadi, sama ada Namecheap atau GoDaddy langkah dia sama je.


1. Login Godaddy

2. Klik Domain

3. Klik 'All Domains'

4. Pilih Domain Berkenaan

5. Scroll Bawah di 'Additional Setting' belah kanan. Klik 'DNS Setting'

6. Tukar nameserver . Klik 'Change'



7. Ganti Nameservers

Buka tab Cloudflare semula, Nameservers yang you nampak ni, you copy satu-satu dan paste di tab website Domain DNS Setting tadi. 

Bahagian Nameservers di wesbite domain you kena buang original nameservers dia dan gantikan dengan nameservers di Cloudflare. 

Mungkin you akan nampak warning yang langkah ini tak recommended. Tapi proceed je dengan step tu.

Dah settle pastikan you save.



8. Di CloudFlare Update DNS

Di page yang sama dengan Namservers, bahagian atas. You akan nampak kotak 'DNS Management'.

Dalam kotak tu by default ada 4 jenis record.

You update satu sahaja which is yang paling atas sekali.

Masukkan 206.189.83.107 dalam IPv4 address dan save


Yang lagi 3 tu you buang je. Boleh refer gambar di bawah

DNS settings cloudflare


9. Tambahkan domain ke account SpFlys

Refer gambar di bawah


Kotak yang pertama letakkan nama domain you. 

cth: miracikcit.info


Kotak yang kedua custom index URL untuk redirect ke lagi satu URL

cth: miracikcit.info/home

 

cara set up domain akaun spflys


10. Contact SpFlys untuk approval

Whatsapp: +60 13-982 2713 Shaufi

Mungkin akan ambil masa untuk pihak SpFly approve so kena bersabar.


11. Boleh Mula Edit

Bila dah approve bolehlah tambahkan domain you dalam account dan tunjukkan kreativiti dan personaliti you dari page SpFlys ni.


My SpFlys : miracikcit.info

Kenapa pilih I pilih .info sebab domain ni murah dan I dah beli sebelum ada account SpFlys lagi so I pakai je apa ada. I tak pilih .com sebab my blog dah pakai domain tu. Probably next year I nak tukar ke miracikcit.me sebab bunyi lagi best. LOL


Anyhow profile I belum siap lagi, tengah cari masa nak edit sebab I dah ada idea nak buat macam mana tapi tak ada masa. Tujuan I beli SpFlys ni sebab I tertarik dengan funtionality dia, I rasa intereface dia lebih friendly untuk customise ikut cita-rasa I. Lagipun next year I'm planning untuk buat macam-macam bisnes, so ada everything in one place is a good exposure for me yang baru nak mula berniaga ni.


Till then peeps!

Post a comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.