Pengalaman Bersalin Hospital Shah Alam | Dalam Wad

17 May 2018 Malaysia



Ini post pengalaman I bersalain di Hospital Shah Alam lepas masuk wad. Post bersalin yang I yang  I tulis sebelum ni mendapat pageviews yang banyak, so I rasa mesti ramai yang curious especially new mummies yang bercadang nak bersalin di Hospital Shah Alam ni kan? For this post I sambung balik pengalaman I bersalin di Hospital Shah Alam. Sorry sebab dah lepas 6 bulan baru I update so mungkin I ada lupa dah sikit-sikit, tapi I'll try my best untuk ingat balik. 



Setelah I dimasukkan ke wad Subuh tu, I macam separuh sedarkan diri sebab letih sangat tambah I macam meroyan sikit. I penat, tak selesa dan trauma bersalin, emosi memang terganggu. Suami tolak I ke wad bersalin dan I ditempatkan di tepi corridor. Memang katil I di tengah-tengah laluan orang. I dah la tengah emosi tak stabil masa tu, ditempatkan pula di tempat lalu lalang tu I rasa lagi down. Itu juga sebab I sampai wad pun menangis lagi. Husband I pula masih tak get the point yang I bukan menangis sebab terharu, jadi buat I lagi rasa nak menangis. Rasa geram pun ada. Haha...


Tak sampai 10 minit I dalam wad, husband dah diminta balik. I rasa macam nak ikut husband balik masa tu juga tapi husband suruh sabar, dia cakap nanti dia datang balik. Husband usap-usap kepala I dan cium dahi I sebelum dia pergi. 10 minit lepas tu suami I call tanya I okay tak, dia cakap mak I ada dekat ruangan menuggu dekat bawah tadi tapi dia dah otw balik sekali dengan dia. 


Masa I dengar my mum otw balik, I menangis teresak-esak. I terus call my mum, mak cakap dia tak dapat masuk, security hospital shah alam ketat sangat. Tengahari nanti baru boleh masuk bila waktu melawat, so dia balik dulu nak masakkan for me. Tapi I masih menagis macam budak kecik hilang mak pun ada. 


I tak henti-henti menangis sampai I tertido sendiri. Sedar-sedar dah pukul 8 pagi. Anak I ada dekat sebelah tapi tak menangis langsung. Alhamdulillah, bila ingat balik masa tu I memang macam orang hilang akal. Darah bersalin I masih penuh atas katil, tak bercuci, sakit, penat, letih, trauma, macam-macam perasaan ada masa tu. 



I tak hiraukan anak I langsung. Nak bangun pun I tak larat, I terbaring lama dekat katil sambil tengok jam. Nurse tanya I dah buang air kecil belum, I cakap belum. Dia suruh I pergi buang air tapi I masih tak bangun. Bila Dr datang nak check I baru I bangun. Patutnya dia check dekat katil I je, tapi sebab I dekat tengah corridor dan kain langsir nak tutup pun tak ada, dia suruh nurse tolong I ke bilik. Takkan I nak kangkang dekat tengah-tengah orang ramai sebab nak tengok jahitan bawah. Ada ke nurse boleh cakap suruh buat dekat situ je. Nasib baiklah Dr ada juga fikir pasal aku.


Tak ada siapa pun tolong bangunkan I, kena sendiri gigihkan diri untuk bangun. I memang  depressed gila sebab tak selesa, dan I rasa macam nurse-nurse cakap I mengada-ngada dari raut wajah dan jelingan masing-masing. I jadi semakin tertekan, tapi I duduk juga di kerusi roda yang disediakan di sebelah katil.


I duduk je nurse terus tolak ke bilik jumpa Dr. Lagi sekali I kena bangun baring dekat katil dalam bilik and then kena seluk lagi. Ya Allah, dah la sakit tambah lagi sakit. Tapi nasib baiklah Dr yang ni tak berapa kasar, I tanya Dr boleh tak sesiapa tolong bawa ke bilik air sbb I tak larat nak jalan. Then nurse dekat belakang kata, awak kena buat sendiri dik, tak boleh semua benda nak orang buatkan. I terus rasa macam nak menangis tapi Dr terus kata, tak apalah,  kali ni nurse tolong tolak awak ke tandas dulu. Lepas ni awak jalan sendiri ok. Kalau tak boleh jalan naik kerus roda. So I naik kerusi roda, nurse tolak I ke tandas, ingatkan dekat tapi jauh juga kena jalan dalam keadaan I nak menapak selangkah pun payah.



Dia tolak I sampai pintu tandas dan bagi I baju bersih dan pad untuk salin. I tak mandi pun tapi I lap lap je badan, I berjaya juga buang air kecil tapi I tak berani nak buang air besar lagi. Nasib baiklah tak ada rasa nak buang air besar pun. Bila I dah bersihkan muka dengan badan barulah I rasa macam siuman balik. Badan dah segar baru I boleh fikir betul. Baru teringat dekat anak yang I tak sentuh-sentuh lagi lepas bersalin. 


Keluar je tandas I jalan perlahan-lahan ke katil, tak rasa sakit dah tapi rasa ngeri dengan jahitan bawah. Nak naik turun katil pun payah sebab I pendek dan katil tu tinggi. Bila I dah duduk dekat katil, baru I dapat angkat anak I yang masih tidur lena lagi. Tak ada bunyi langsung, lena je tidur buat hati I pun lembut. Segala rasa sakit macam hilang serta merta. Itulah kali pertama I pegang anak I lepas masuk wad.

 
Anak I sedap je tidur dekat dakapan tapi I risau yang dia tak menyusu lagi. I panggil nurse tanya baby ada bagikan susu ke, sebab nurse pun tak ada pesan apa-apa suruh susukan anak, bila dah tanya baru dia suruh I bagi baby susu. I cakap I tak reti lagi, ni first time, nasib baiklah dia tunjuk macam mana cara yang betul. Kali pertama I bagi anak minum susu macam tak percaya I dah jadi mak orang. Alhamdulillah anak I tak ada masalah nak latch, senang je dia minum. Dia minum beberapa minit sampai tertido. I letak dia balik dalam cot dia ( masa tu I tak tahu kena sendawakan bayi) I pun sambung tido balik sebab waktu melawat lama lagi. 




I terjaga balik sebab anak I menangis, I tengok jam ada lah dalam sejam lebih dapat tidur dan waktu melawat pun nak dekat. Orang lalu lalang bising pun I boleh tertidur lama juga, memang betul-betul letih masa tu. Anak I menangis I terus bagi susu dan lepas susu dia tidur balik. I call my mum dengan suami tanya bila nak datang, diaorang kata dah ada dekat bawah dah tapi tak dibenarkan naik lagi. Tak lama lepas tu my mum dengan suami pun naik. Anak I masih tidur, suami I masih happy tengok anak dia. I pula mengadu dengan mak, biasalah kalau sakit je mesti cari mak. I lapar sangat masa tu sebab dah lama I tak makan, mak keluarkan lauk dia masak dari rumah, memang berselera I makan. Habis makan anak I menangis balik nak susu.


Masalahnya wad dah penuh dengan lelaki dan I tak ada langsir pun yang boleh tutup sebab I dekat laluan orang. Suami I tanya balik dekat nurse bila I boleh dapat bilik, nurse cakap nanti ada kosong diaorang terus pindahkan I. So I tak ada pilihan, mak I cubalah tutupkan sikit. Sebab I tak biasa lagi, jadi I tak pandai lagi nak cover macam mana nak bagi susu. Kenyang je I letak anak I balik, masa itulah mak I mula berceramah kena sendawakan anak. Pastu pampers tak tukar dan banyak lagi. Tak ingat dah. Mak I yang tukarkan pampers anak I dan aku terkejut tengok poo poo anak I hitam macam minyak dan banyak pulak tu. Mak cakap itu normal dan dia pelik I tak tahu. So tambah la lagi ceramah I kena dari my mum. 



I happy sikit sebab ada orang teman, tak adalah rasa down sangat. Tapi bila waktu melawat habis I rasa moody balik sebab orang lain banyak dah discharge, tapi I tak dapat discharge sebab I pecah ketuban so diaorang kena pantau I 2 hari. Hmmm... I dah stress balik. Waktu melawat petang suami dengan mak tak datang sebab hantar my mum balik ke Banting. Kesianlah pulak nak kena ulang-alik jauh. Yang datang kakak ipar dan makcik I. Kali ni I minta tolong makcik I pula tukarkan pampers anak sebab I tak reti. Haha... Tapi lepas tu I dah buat sendiri dah.


Dalam pukul 9 malam baru I disorongkan ke bilik katil 2 orang dan I sorang je dalam bilik tu. Dah lah bilik dekat hujung sekali dengan langsir terbuka luas, takut pula I sorang-sorang. Nurse yang sorong I terus tinggalkan I dengan baby lepas hantar I ke bilik. I dah la penakut, bilik tu sunyi pulak. Nasib baiklah pintu dia tak tutup. 


Tak lama lepas tu ada guard datang jenguk tanya I sorang je ke. Haha.. hilang sikit rasa takut. Dia siap tolong tutupkan langsir lagi, tapi yang tak bestnya boleh pula dia cakap, keras sikit tempat ni, bacalah sikit, insyallah tak ada apa-apa. Alahai, terus lembik balik I. Jenuhlah I call husband tak bagi dia letak phone, padahal I dah mengantuk, anak tido dah lena. Dalam pukul 11.00 malam I baru nak lelap mata ada lagi satu patient disorong ke katil sebelah. I tidur cover tangan atas muka sebab silau, dapat la intai dan pura-pura tidur. I tak ada rasa nak menegur pun roomate waktu tu sebab I letih dan I rasa dia pun sama. Dalam hati I Alhamdulillah ada teman, tak adalah mengigil I sorang-sorang keras dalam bilik tu.



Dalam pukul 1.00 pagi anak I menangis, I tengok akak sebelah dah tido, anak dia pun tido, cepat-cepat I ambil baby I kasi dia minum susu. Lepas sendawakan dia, baby I tido balik dan I pun tidur balik. Sejam kemudian anak I nangis balik dan I ulang buat perkara sama. Alahai, malam tu first time I berjaga mata jaga anak. Sekejap-sekap I call husband I sebab I dah mula frust tak dapat tidur. Kesian suami, dia pun gigihkan juga angkat call I setiap kali walaupun dia penat. Haha... Bila ingat balik macam kelakar pun ada.


Bila Subuh tiba I dah macam zombie, akak sebelah ada juga bangun waktu malam tapi anak dia menangis masa anak I tido, so siang tu baru dapat berkenalan. I mengharap sangat dapat balik cepat tapi lepas 2 hari dekat hospital anak I kena kuning pula. Bacaan dia 170+ tak silap so kena stay hospital lagi. Masa tu I rasa paling seksa, memang dah menangis sebab I dah tak selesa dan anak pula sakit, I lagi down. I tak mandi betul sejak I masuk hospital, nak mandi tapi tak selesa. I masuk bilik air je anak I menangis, dah la I perit nak buang air besar, tambah pundi kencing pun aku tak boleh nak control. So memang lama dalam bilik air menguruskan diri, tak sempat nak mandi, anak dah menjerit. So I banyak lap-lap badan je. Tiap-tiap hari husband datang, bawak bekal my mum masak. Makanan hospital ada je tapi mak cakap bukan makanan orang pantang, so I makan makanan mak masak je.





I seminggu kena tahan dalam wad dan semua benda I kena buat sendiri. Turun naik katil banyak kali, pantang semua tak berjaga. I manalah tahu apa pantang dengan tak pantang, yang penting I sentiasa pakai stokin. Mak I pun tak cakap banyak sebab dia tengok I dah stress sangat jaga anak sorang-sorang. Nasib baik jugaklah akak yang sekali sama dalam bilik tu okay, boleh bawa borak. Hilang sikit rasa tertekan. 


Akak tu pun lama juga dekat hospital sebab anak kuning. Nasib baiklah anak I kuning tak tinggi, tapi sedih jugalah tengok dia duduk bawah lampu tu. Tak berhenti-henti menangis sampailah I letak lampu tu atas dada. I dakap anak I sambil menyusukan dia bawah lampu. Sakitlah juga pinggang tapi Alhamdulillah sebab dalam bilik, rasa selesa. Bilik 2 orang, berhawa dingin, bilik air sendiri, rasa selesa sangat dah tapi yang tak bestnya sebab semua benda kena buat sendiri. Memang tak boleh nak manjakan diri, yang kena anak menangis tu I sorang-soranglah jaga walaupun tak cukup tidur.



Overall Hospital Shah Alam ni menyediakan semua yang terbaik, environment selesa tapi sebab I bersalin kali pertama mestilah I manja. I tak tahu sakit beranak macam mana jadi nampak mengada la sikit. I bukan minta layanan macam puteri pun, I cuma nak positive vibes je. Ada nurse yang best sangat yang bagi semangat tapi macam lebih banyak yang stress. Bila tanya macam nak tak nak je layan dan sentiasa macam nak marah. 


Anak I masa kena kuning menangis saja dan setiap setengah jam I menyusukan dia sampai sakit-sakit pingang. Diri I pun macam tak terurus sebab I tak boleh nak dengar anak I menangis. I bukannya boleh minta bantuan sesiapa, kadang-kadang akak sebelah tolong tengokkan kalau I ke tandas, tapi dia sendiri pun macam stress jaga anak dia sorang-sorang juga.


Mungkin I akan bersalin disini lagi tapi kalau ada rezeki lebih I nak merasa jugalah deliver dekat private. Nak tengok layanan diaorang macam mana, ada beza tak. I tak kisah pun tak dilayan macam puteri, I cuma nak deliver dengan persekitaran yang positive. Keselesaan Hospital Shah Alam tak dapat dinafikan, memang selesa, makanan pun boleh tahan dan bill pun murah. Bila discharge siap dapt gift lagi. Mungkin sebab itu ramai betul orang datang Hospital Shah Alam walaupun bukan dari Shah Alam.


Itu jelah pengalaman I bersalin di hospital shah alam. Kalau ada masa aku cerita pasal pengalaman pantang pulak.


Till then peeps!


9 comments

  1. Tq sudi share...bes sgt boleh wat panduan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sudi baca. Maaf kalau info tak cukup.

      Delete
  2. sambung lagi baca pengalaman bersalin awak..memang stress jaga anak sorang-sorang, anak saya pun jenis kuning lama...paling lama saya pernah warded 2 minggu lepas bersalin anak no 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sudi baca, memang masa tu saya stress sangat, tambah saya baru je dapat anak pertama, jadi banyak perkara saya tak tahu. Tak apalah, pengalaman ni boleh jadi pengajaran untuk masa depan.

      Delete
  3. Alhamdulillah thank you for sharing pengalaman bersalin you... Semoga dipermudahkan saya bersalin nanti.. InsyaAllah~

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tau total bil bayar berapa? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Total bill murah saja, bawah RM100 tak silap saya.

      Delete
  5. servis hosp gov mmg teruk mcm ni ke.. haih. kasar btl nurse2 gov ek. konon keje nk glemer.. masa interview berlakon lemah lembut..konon2 sggup berkorban membantu pesakit.. bile dh dpt keje.. kasar sombong....

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.