Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembayaran PTPTN

01 July 2019 Malaysia


Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembayaran PTPTN

Masa awal-awal berhenti kerja dulu memang sakit. I job freelance masa tu tak banyak, ada beberapa bulan I tertunggak bayar komitment especially PTPTN. I memang tak senang tengok statement PTPTN tak berbayar tapi I tak ada duit nak bayar, sebab I tak nak minta dekat suami. Then my friend cakap dia ada buat pengeluaran KWSP untuk bayar PTPTN dia sebab dia pun dah berhenti kerja untuk jaga anak. So I cepat-cepat google macam mana nak buat. So ini cara I macam mana I keluarkan duit KWSP untuk bayar balik PTPTN.


LANGKAH KELUARKAN DUIT KWSP

Sebenarnya I dah buat pembayaran dari tahun lepas lagi, you boleh refer gambar-gambar I share nanti. I dah lama nak share pasal ni, tapi asyik lupa je, so screenshots yang I tunjuk ni dalam website baru, tapi I buat permohonan masa website lama lagi. Tapi layout je rupa different, overall process dia sama je. 

Proses untuk mengeluarkan duit KWSP boleh dibuat online sahaja di laman web KWSP melalui 'e-pengeluaran' daripada Akaun 2. As long ada duit dalam Akaun 2, boleh mohon untuk mengeluarkan duit untuk pelagai tujuan. Tapi untuk post yang ni, tujuan pengeluaran adalah 'Education'. 



Cara Keluarkan Duit KWSP

Tapi, sebelum boleh buat permohonan, make sure you guys ada account KWSP online.
Mudah je nak daftar account, tak payah pergi kaunter pun. You guys boleh boleh refer post lama I macam mana I daftar account KWSP online.
CARA DAFTAR AKAUN KWSP ONLINE


Bila dah buat account, baru boleh mohon untuk buat pengeluaran tapi pastikan korang baca checklist di bawah dulu sebelum korang buat permohonan.

Pembayaran PTPTN

Kalau you guys pass checklist ni, korang boleh start buat permohonan KWSP online. Ini caranya:

1. MOHON PENGELUARAN

Masuk account di www.kwsp.gov.my
Tekan 'WITHDRAWAL' dan pilih 'EDUCATION'

Duit KWSP Untuk Pembayaran PTPTN


2. LENGKAPKAN BORANG

Bila dah pilih Withdrawal Type, akan automatik keluar borang yang perlu diisi, make sure korang lengkapakan semua step. Untuk step yang pertama ni, pastikan korang letak 'Application For' Diri Sendiri. Untuk 'Applied Amount' korang boleh pilih nak pakai berapa  duit dalam Account 2, just make sure balance cukuplah. Bila dah siap semua step, print permohonan ni dan simpan.

Keluarkan Duit KWSP

Duit KWSP Untuk Pembayaran

3. TUNGGU NOTIFIKASI STATUS PERMOHONAN

Selesai isi borang, tunggu dalam masa 3 hari, KWSP akan send notifikasi melalui SMS untuk ke Pejabat KWSP terdekat jika permohonan berjaya. Make sure, sebelum korang mohon, you guys ada masa free unuk ke pejabat KWSP dalam masa 2 minggu. Kalau tidak, you guys kena buat balik permohonan pengeluaran duit online.


Duit KWSP Untuk Bayar PTPTN

4. DOKUMEN YANG WAJIB DIBAWA SEKALI

Dalam masa 2 minggu selepas dapat notifikasi permohonan berjaya, pastikan ada satu hari tu free nak ke pejabat KWSP. Ini antara document penting yang you guys kena bawa sekali.
1. Kad pengenalan + salinan
2. Dokumen Pengesahan Permohonan Pengeluaran,
3. Sijil / Skrol Ijazah, atau Diploma + salinan


5. SAHKAN CAP JARI DI KAUNTER KWSP

Memang perlu ke kaunter untuk buat pengeluaran disebabkan perlu ada pengesahan cap jari pemohon. At the same time mereka akan minta semua dokumen yang berkenaan. Lama ke kena tunggu? Depends pada cawangan, tapi overall process tak lama pun, kalau dapat no giliran cepat, dalam 10 minit dah selesai.



6. SEMAK PENYATA PTPTN

Nanti dalam bulan seterusnya tunggu dapat penyata pembayaran daripada PTPTN melalui e-mail. Sama seperti email yang kita dapat if bayar PTPTN bulan-bulan. So untuk info lebih lanjut mengenai status baki PTPTN you guys, boleh semak di website PTPTN.

Senang je nak keluarkan duit KWSP ni, process tak leceh pun as long kita tahu apa kita buat. Pengeluaran ni boleh buat banyak kali as long ada duit dalam Account 2. Ada orang keluarkan duit KWSP untuk bayar bulanan PTPTN sementara tak kerja, tapi I keluarkan untuk settlekan PTPTN terus sebab I pinjam tak banyak dan baki untuk kena bayar pun dah tak banyak dah. So daripada I pening kepala mana nak cari duit bayar hutang every month, baik I buat full settlement.

You guys boleh refer statement PTPTN I dari awal lagi. I tak pasti about you guys tapi I rasa amount Ujrah yang dikenakan PTPTN tu macam tinggi je. So I nak settlekan cepat and dapatkan discount full settlement as well.


Penyata PTPTN

Kalau you tengok statement 2018  I, you guys akan nampak pembayaran I tak cantik sebab I berhenti kerja and ada problem nak buat pembayaran. I pulak ada ego nak bayar pakai duit sendiri, so I tak minta duit dari suami. So dapat je tahu boleh buat pengeluaran KWSP cepat-cepat I pergi settlekan hutang PTPTN. 



Baki akhir I ada dalam RM4000 kena settlekan tapi lepas discount kena bayar dalam RM3000 lebih. Ada charge lain-lain dalam statement tu tapi I tak berapa faham, tapi tak apalah, I malas nak ambil tahu. As long my duty bayar hutang dah selesai. Tak silap ada baki RM4.90 yang PTPTN kena bayar balik dekat I kot. Tapi nak mohon untuk tuntut baki for that amount tak apalah. Tak rajin.


Penyata pembayaran hutang PTPTN

Baki pembayaran hutang PTPTN

DAPATKAN SURAT PENYELESAIAN HUTANG PTPTN

PTPTN akan hantar email notifikasi untuk pemberitahuan penerimaan full settlement dan akan menghantar Surat Penyelesaian Hutang Pinjaman setelah selesai update dalam sistem. Tapi for my case, I dapat email pemberitahuan je, even I email person in charge for my case, tak dapat reply. So I checked online on their Portal, rupanya boleh je download Surat Penyelesaian Hutang Pinjaman Pendidikan PTPTN online sahaja.


Surat Penyelesaian Hutang PTPTN

So bila dah dapat surat ni, maksudnya selsainya la hutang dan tanggugjawab pada negara. Cehhh... Haha... I lega gila dah tak ada comittment PTPTN, syukur sangat I tak pinjam banyak sangat because of my parents. Kalau ikutkan amount yang I boleh pinjam lagi sikit daripada RM7000 tapi I buat permohonan dulu untuk naikkan kadar pinjaman masa belajar, sebab I nak kurangkan sikit beban my parents tanggung 2 anak masuk Uni at the same time. Tapi amount itu je maximum I boleh dapat. My sister pun sama tapi dia tak lepas nak increase amount pinjaman.

Anyhow, inilah cara untuk keluarkan duit KWSP untuk tujuan pembayaran PTPTN. Senang je kan? Harap bermanfaat untuk korang jugak.

Till then peeps!


14 comments

  1. tahniah mira! perasaan bila settle bayar ptptn ni memang heaven sgt kan..mmg elok dh berhutang kita kitar cecepat .jgn jd mcm yg lain..sibuk xnak byr..kekonon tgu free ptptn..hehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah diucapkan buat Mira kerana berjaya melunaskan hutang ptptn. Bagus didikan keluarga Mira. Siap bayar segaligus semua sekali. Baru rasa beban di bahu tiba-tiba hilangkan. Boleh la ke luar negara tanpa risau kena sekat dek pihak imigresen nanti. Hehe

    ReplyDelete
  3. Menarik perkongsian ni. Ada pernah dengar, dia mampu je bayar dengan gaji yang dia dapat tapi dia tak nak bayar PTPTN. Pelik betul pemikiran orang itu. Dia tak tahu agaknya kepentingan membayar hutang.

    ReplyDelete
  4. bestnya bila dah habus hutang ptptn. saya masih lagi penghutang ptptn yang sejati. haha nasib baiklah ptptn masa degree tak perlu bayar, hanya diploma sahaja. kuranglah sikit. apa2 pun terima kasih share, baru tau rupanya kwsp boleh keluarkan utk ptptn :)

    ReplyDelete
  5. wah tinggal lagi 10k balance PTPTN ye, BBL punya ada baki 15k macam tu je. itu pun dah guna duit akaun 2 kwsp untuk clear sikit pinjaman. alhamdulilah bulan-bulan memang auto debit terus dari akaun bank senang sikit tak payah pening kepala nak kena remind bayar

    ReplyDelete
  6. Lia pun tahun lepas keluarkan akaun 2 KWSP bayarkan PTPTN sebab rasa malas nak berhutang. Kalau nak bayar cash mana nak cari duit kan. Ada balance lagi lia buat ujrah minta installment bayaran minimum.

    ReplyDelete
  7. Wahhh. Kita dah lama nak buat tak terbuat2. Kene bookmark la post ni. Bella hutang 4K je sebenarnya. Disebabkan tangguh2 jumlah nye tak bergerak sebab caj pengurusan. Kita refer sini la senang. Matilah kalo tak dapat pi oversea. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Thanks mira kongsikan tips nak setelkan PTPTN guna KWSP ni. Marsha punya KWSP dah setel jadi untuk bayar PTPTN memang tolak gaji bulanan je la. Rupanya senang je cara. Bestkan dah setel bayar pinjaman PTPTN. Dapat bayangkan kelegaan mira tu. Tak sabar nak setel jugak

    ReplyDelete
  9. Ooo baru tahu duit kwsp boleh buat bayar ptptn. Yang ada simpanan kwsp bolehlah selesaikan ptptn secepat yang mungkin kan. Saya bayar ptotn potong melalui slip gaji. Mudah sikit. Anyway share ni bagus dikongsikan.

    ReplyDelete
  10. Bagus ni mira buat tutorial macam ni. Kadang kadang kan orang tak tau pun macam mana nak buat. Ada yang tak tahu boleh buat pun. Lagi senang kan buat macam ni

    ReplyDelete
  11. Bagus tutorial cara nak bayar ptptn dengan menggunakan kwsp. Senang je rupanya cara nak setelkan hutang ptptn dengan kwsp rupanya..

    ReplyDelete
  12. Airah tahu juga ada pembayaran guna kwsp ni tapi tak tahu caranya. Senang lagi macam ni terus bayar semua dari kena bayar bulan-bulan leceh juga kan

    ReplyDelete
  13. Nak tauu student bill tuu amik student ID kee atau bill masaa bayar dekat u dulu eh?

    ReplyDelete
  14. student reference no nak ambik kt mana eh?

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.