Review Kopi Aik Cheong Coffee | Jenama Kopi Malaysia

Aik Cheong Coffee Review Kopi Jenama Malaysia

Apa kopi 3 in 1 paling sedap? Cuba Aik Cheong Coffee, terdapat pelbagai varieti produk dan perasa seperti Aik Cheong Cappucino, Flat White, Matcha, dan banyak lagi. Kopi Aik Cheong sudah lama ada di pasaran Malaysia dan kina mereka ada lebih banyak pilihan kopi yang menarik, tidak terhad kepada 3 in 1 sahaja, malah ada variasi kopi modern seperti drip, cold brew dan banyak lagi. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai Kopi Aik Cheong, jenama kopi Malaysia.


Post ini ditaja oleh Aik Cheong Coffee untuk tujuan review. Namun ini tidak mempengaruhi pendapat dalam review ini. Segala penulisan dan pendapdat adalah atas diri saya sendiri.


Kalau you dibesarkan di Malaysia, sudah tentu you pernah dengar mengenai Kopi Aik Cheong ni. Bezanya cuma antara you pernah cuba ataupun tidak sahaja. Kalau you peminat kopi Aik Cheong, berita baik kerana Aik Cheong telah melancarkan beberapa jenis kopi baharu yang menarik dan berbeza dari kopi mereka sebelum ini. Peminat kopi mesti suka. Kepada mereka yang belum pernah cuba Kopi Aik Cheong, mungkin you boleh cuba sekarang.

Aik Cheong Coffee Halal ke? Yes ada logo halal daripada Jakim di setiap pek Aik Cheong Coffee dan boleh juga refer halal.gov.my.

Seperti yang I sebutkan di atas, Aik Cheong telah melancarkan beberapa jenis kopi terbaru. Di bawah adalah antara kopi baru ditawarkan oleh Aik Cheong:


Aik Cheong IT’S Series Coffee


its cup series aik cheong coffee
Aik Cheong It's Coffee Series Review


Variasi Kopi IT's daripada Aik Cheong ini kopi baharu yang dilancarkan untuk on-the-go. Kopi ini dijual di dalam cawan kertas dan ditutup dengan penutup plastik yang boleh terus diminum menggunakan bekas yang disediakan selepas meletak air panas. Ini inisiatif Aik Cheong untuk memudahkan pelanggannya minum kopi on-the-go dengan mudah.

Kopi ini datang dengan pelbagai jenis variasi rasa dan dikategorikan mengikut warna. Warna-warna yang terang menjadi pilihan yang menampakkan kopi ini lebih menarik untuk dimimum. Variasi pilihan dari segi rasa pula ada banyak yang membolehkan setiap jenis orang memilih kopi mengikut cita rasa masing-masing. Ada kopi untuk mereka yang suka kopi yang kuat, ada untuk mereka yang suka kopi ringan dan ada untuk mereka yang memang tak minum kopi.

Di bawah adalah variasi Kopi IT's Aik Cheong

Sebelum I bagi review kopi ni, biar saya jelaskan dulu cita rasa kopi I. Sebab setiap orang ada cita rasa kopi lain-lain kan? I baru-baru sahaja belajar minum kopi sejak 3 tahun lepas, sebelum ni I memang tak suka minum kopi. Tapi lepas ada anak I perlukan caffiene sedikit, bukan tiap-tiap hari tapi hanya bila teringin. Dan kopi yang I suka adalah yang jenis tak kuat, tak pahit dan yang jenis bersusu. 



IT’S Flat White Extra Shot (Kuning)

Kopi ini disarankan diambil pada waktu pagi untuk memulakan hari yang sibuk dengan sedikit caffiene. 

Rasa: Kopi ini light, ini antara jenis kopi yang I memang suka. Rasa dia tak manis sangat dan tak pahit sangat. 


IT’S Cappuccino Choco Topping (Biru)

Kopi ni dicadangkn ambil pada waktu petang untuk kembalikan kesegaran,

Rasa: Pahit sikit rasa dan ada rasa chocolate sikit. Tapi okaylah tak terlalu manis


IT’S Teh Tarik Gula Melaka (Oren)

Nak lepak boleh 'mengeteh' dengan Teh Tarik Gula Melaka ni

Rasa: I tak berapa suka sebab rasa dia manis, tapi I dapat rasa orang-orang tua yang biasa minum manis dekat kedai mesti akan suka. Yang bagusnya, Aik Cheong mengunakkan gula melaka sebagai sumber pemanis daripada susu pekat manis yang sepatutnya menjadi option lebih sihat.


IT’S Long Black Extra Shot (Merah)

Mata mengantuk dan perlukan tenaga untuk terus bekerja. Ini pilihan untuk mereka yang perlu mata kekal segar.

Rasa: I rasa pahit, bukan jenis kopi yang I suka tapi my husband suka sangat. Dia kata sedap dan boleh cari lagi. My husband memang peminat kopi dan kopi yang dia minum adalah jenis yang kuat dengan caffiene.


IT’S Matcha Latte Nata De Coco (Green)

Dicadangkan untuk ambil lepas balik kerja tapi juga dikatakan mempunyai jumlah amount caffiene yang sama dengan long black. Jadi boleh membantu untuk membuat you alls berjaga.

Rasa: I suka kopi matcha ni. Rasanya dia tak pahit sangat dan manis dia pun okay. Cuma natta de coco tu rasa pelik sikit bila ada dalam kopi tu.


IT’S Chocolate Marshmallow (Pink)

Untuk hilangkan stress boleh mimum chocolate marshmellow

Rasa: Sedap! Agak manis tapi sedap, rasa lebih kurang macam hot chocolate cadbury. Memang rasa best je minum especially bila ada marshmellow dalam tu.



Aik Cheong IT’S Granola Series


it's granola cup Aik Cheong Coffee

Yes! Bukan kopi tapi Granola! Makanan sarapan pagi yang boleh dipadankan dengan kopi Aik Cheong. Setakat ni ada 2 sahaja flavour iatu Mixed Berries dengan Mixed Fruits and Nuts. Kedua-dua jenis ini datang dalam bentuk paper cup macam tub aiskrim mini. Tujuan packaging ni untuk membolehkan you makan di mana-mana sahaja. You ada option nak makan granola ni sedia ada dalam bekas seperti snek atau tambahkan susu ataupun yogurt untuk dimakan sekali. Kesemua option ini sedap dan siapa yang gemar makan granola memang boleh cuba Aik Cheong punya granola pula.

Harap di masa akan datang Aik Cheong akan menambah lebih banyak variasi granola mereka.


Aik Cheong BLACK Drip Series Coffee




Kepada mereka yang inginkan kelainan, boleh cuba variasi kopi dari BLACK Drip Aik Cheong ni. Husband I paling excited bila nampak kopi ni sebab dia dah lama nampak tapi tapi tak pernah cuba. Nak beli tapi both of us bukan rajin explore sangat, so bila dah dapat ni terbuka la mata sikit yang sebenarnya senang je nak dapatkan dekat pasaran.

Kopi BLACK Drip ni merupakan kopi keluaran terbaru daripada Aik Cheong yang menawarkan beberapa perisa yang unik dan menarik untuk penuhi kepuasan peminat kopi mereka ataupun bagi mereka yang belum pernah mencuba kopi seperti ini. 


Kopi-kopi ini dihasilkan daripada roasted Arabica beans yang berkualiti untuk memastikan kepuasan peminat-peminat kopi. Sekarang tidak perlu lagi ke kafe untuk mendapatkan kopi-kopi drip yang macam ni, BLACK Drip daripada Aik Cheong senang didapati dengan harga yang berpatutan dan lebih menjimatkan. Jimat masa dan duit dengan membuat sahaja sendiri kopi drip di rumah.


I diberi kesemua jenis Kopi BLACK Drip series untuk cuba tapi I tak berapa pandai minum kopi macam ni sebab I suka kopi yang bersusu. Jadi I rasa review I untuk ni tak boleh pakai sebab tastebuds I tetap akan rasa kopi ni tak sedap sebab bukan cita rasa I. Jadi untuk review rasa kopi Black Drip ni I tulis pendapat my husband. Dia memang suka jenis kopi macam ini dan pekat dan pahit, rasa kopi yang kuat. So dia dapat beza dan hargai rasa kopi ni.


Aik Cheong Black Drip Series Review

1. Colombia Medellin (Kuning)

Bright + Rich

Roast: Medium
Miling Process: Washed
Aroma: Cocoa
Flavours: Nutty

Medellin hails from the cool highlands of the “City of Eternal Spring” in Colombia. Adopted into the Arabica family, our bold, nutty and medium acidic nature will awaken your morning by morning, adding a strong aromatic cocoa flavour to your cuppa. You can count on us to be your constant companion, holding your hands tightly into your kitchen, workplace or even through your life’s darkest moments. During your topsy-turvy moments, we will keep you well balanced and in control of the situation. Nothing beats the utter smoothness lingering in your taste buds, adding a natural mood booster to be enjoyed any time of the day. 

Review: Rasa dia light je, bau dia ada rasa coklat sikit. Nak kata rasa kacang-kacang tu tak rasa sangat. 


2. Ethiopia Yirgacheffe (Merah)

Spicy + Fragrant

Roast: Light
Miling Process: Sun-Dried
Aroma: Floral, Sweet
Flavours: Complex, Fruit, Tea, Floral, Lemon

The fine and refreshing Ethiopia Yirgacheffe is deemed as a precious heirloom from the Arabica variety. We spend our flourishing years in the high altitudes which yields coffee crops that are uniquely premium and of the finest quality. Though we can be a little complex at times, rest assured you will be kept mesmerised with the sweet and fruity side of us.

Review: Ini kopi drip yang paling menarik sekali. Di pek tulis spice jadi dah anggap mungkin ini kopi yang kaw sekali dan tak sabar nak rasa macam mana rasa pedas tu. Bila dah rasa, tak ada rasa pedas pun tapi rasanya tak mengecewakan. Rasa dia tetap menarik dan terasa rasa fruity tu. Bila minum akan rasa macam masam-masam buah sikit, macam buah peach lebih kurang. Overall, bagi peminat kopi memang akan rasa kopi ni unik tapi bagi yang bukan pengemar kopi, mungkin akan tak suka dengan rasa kopi ni sebab rasanya agak kuat. Bau kopi ni pun kuat, lagi-lagi bila tengah drip. Bau dia harum je dengan bau kopi.


3. Guatemala Huehuetenago (Biru)

Mild + Pleasent

Roast: Medium
Miling Process: Washed
Aroma: Sweet
Flavours: Fruity, Chocolate, Maple
 
Huehuetenago coffee is amazing as it sounds makes you want to dance to a drumbeat. Making my home in the highest mountain range of over 2000m in western Guatamela and away from the polluting effects of volcanic gives me the edge to produce some of the finest and extremely unique tantalising taste buds. The attractive partners of sweet chocolaty flavour with a tinge of nutty taste will surely entice you to stop and smell the floral aroma that comes with it. 

Review: Bau dia sedap, rasanya light je. Tak rasa pahit sangat. Yang mana tak berapa pandai minum kopi boleh minum yang ini.


4. Nicaragua Jinotega (Hijau)

Sweet + Deep

Roast: Medium
Miling Process: Washed
Aroma: Citrus, Sweet (Caramel), Chocolate
Flavours: Floral, Citrus, Chocolate

When it comes to Nicaraguan coffee, it is well known in the community of Central America. We are a little shy though, finding our cosy spot in the shades of the mountain to ensure a premium quality yield, away from fellow counterparts. Coming from the Arabica family, we carry a sweet and butterscotch like aroma which makes it a delightful sip for those with a sweet tooth. Yes, we cannot deny the smoothness and lingering taste which comes bursting with butterscotch and chocolate.

Review: Bau sedap tapi kopi ni kelat sikit tapi rasanya sedap. Rasa kelat tu ada rasa lagi ditekak lepas minum. 



Latar Belakang Jenama Aik Cheong


Aik Cheong Ambassador


Aik Cheong Coffee sudah berada di pasaran Malaysia selama 65 tahun sejak tahun ditubuhkan pada 1955 di Melaka. Selama itu juga Aik Cheong membina reputasi dengan dedikasi mereka memberi pelanggannya produk yang berkualiti dengan pilihan pelbagai rasa kopi mengikut cita rasa setiap pelanggannya.

Produk minumannya terdiri daripada Black Coffee, White Coffee, Teh Tarik, Coklat Panas adalah antara kegemaran penduduk tempatan. Sambutan yanng mengalakkan daripada pelanggan membolehkan Aik Cheong terus mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi.

Duta terbaru Aik Cheong Coffee adalah Tan Boon Heong yang telah memenagi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Gold Medal for Men’s Doubles at the Asian Games in 2006, as well as other championships namely The Malaysian Open 2007, All England Championship, The Swiss Open dan banyak lagi.


Review Rasa Kopi Aik Cheong

Jom tengok Youtube video keluarga I rasa kopi terbaru dari Aik Cheong



Jenis-Jenis Aik Cheong Coffee Series


Di atas merupakan kopi-kopi yang terbaru daripada Aik Cheong Coffee manakala yang ini adalah kopi-kopi klasik Aik Cheong yang mungkin kita lebih kenal sebab senang didapati di mana-mana pasaraya besar ataupun kedai-kedai runcit. Mungkin kita cuma perasan satu dua jenis sahaja tapi sebenarnya Kopi Aik Cheong ni terdapat pelabagai jenis dan setiap jenis ada variasi berlainan. 

Kopi-kopi ini merupakan jenis kopi segera dalam packet 3 dalam 1 yang sudah menjadi minuman lumrah bagi setiap rumah di Malaysia.


Kopi 3 in 1 Aik Cheong Coffee Jenama Malaysia


1. Kopi O Series

Variasi: Original, Plus, Strong, Sugar, Hainan

Kopi O adalah antara kopi klasik bagi Aik Cheong dan digemari oleh kebanyakkan orang-orang yang berumur. 


2. Coffee Mix Series

Variasi: Regular, Brown, Rich, One+One



3. White Coffee Series

Variasi: Original, Less Sugar, One+One, Hazelnut

White Coffee ini antara favourite I untuk Aik Cheong. Sedap lagi-lagi Hazelnut



4. Teh Tarik Series

Variasi: Classic, One+One, Halia, Combo, Cheesy Delights, Warung Style

Banyak pilihan Teh Tarik daripada Aik Cheong, salah satu kegemaran ada Halia. Yang menarik adalah Cheesy Delights, I tak pernah cuba lagi tapi I cuba bayangkan rasa teh tarik dengan cheese sebab pelik tapi dijual di pasaran so mungkin ada peminat dia tersendiri. Next time bolehlah I cari ni untuk cuba.



5. Cafe Art Series

Variasi: Cappuccino With Choco Granule, Mocha, Caramel Macchiato, Chocolate, Latte, Matcha

Budak-budak muda yang suka ke kedai kopi bolehlah cuba Cafe Art series ni, walaupun dalam instant pack tapi sedap! 



6. Instant Oatmeal Cereal Series

Variasi: Instant Fruit Oatmeal Cereal, Instant Nuts Oatmeal Cereal

Pek ini bukan kopi tapi cereal. Untuk breakfast yang cepat boleh minum ni. Mula-mula I ingatkan rasa dia biasa-biasa je sebab Aik Cheong kan lebih kepada kopi, tapi bila cuba ketagih pulak. Sedap!


Aik Cheong Kopi Review


Aik Cheong Boleh Didapati

Offline: 7-Eleven, FamilyMart, myNEWS, Petronas, Caltex, Shell, AeonBig, Aeon, Giant, The Store


Maklumat Lanjut



IT’S Facebook: facebook.com/itsbyacc
IT’S Instagram: its_by_acc

Black Series Facebook: facebook.com/blackbyacc
Black Series Instagram: blackbyacc 


Aik Cheong Coffee adalah antara kopi jenama Malaysia yang you boleh cuba. Kopi pek 3 in 1 ataupun kopi jenis moden kopi Aik Cheong semuanya sedap dan sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia. 


0 comments