Cara Renew Roadtax Online Mudah | Roadtax Dihantar Seawal Sehari

09 December 2020 Malaysia

Cara renew roadtax online

Waktu PKP kena renew roadtax. Bagaimana renew roadtax online? Renew roadtax dan insurance online mudah je sebenarnya. Siap dalam masa satu hari dan terus dihantar ke rumah! Tak perlu pening-pening nak kena keluar rumah, atau beratur dekat JPJ. Cuma beberapa langkah je you kena buat, dan dalam post ni I akan ajar step by step bagaimana you boleh renew roadtax untuk kereta dengan cara mudah. Teruskan membaca untuk tutorial.



Sebenarnya pembelian roadtax kereta secara online dah lama boleh buat, I antara orang yang mengunakan service ini tiap-tiap tahun dan I rasa lebih hassle-free bila deal sendiri. Masa mula-mula I beli kereta, agent yang uruskan, itu pun senang juga ada orang uruskan tapi I tak boleh nak control apa yang I perlukan untuk insurance sebab I malas nak deal dengan orang banyak kali. 

So dalam tahun ketiga, I cuba cari cara renew roadtax online, I jumpa cara tapi I tak dapat nak buat purchase 100% online sebab bila I tekan button submit ada agent yang terus call, tanya sama ada saya tengah nak renew roadtax so I terus proceed dengan agen. Mereka akan bagi quotation dan tanya sama ada harga okay atau tidak, kalau mahal mereka boleh kurangkan. Kalau dah okay dengan harga, mereka akan bagi email disertakan dengan link ke portal untuk pembayaran online. So payment secure, I pakai service ni dalam 3 tahun juga rasanya sampai I reject nak terima offer ejen sebab ada ejen buat kerja lambat dan postpone renewal roadtax I sampai seminggu.

Tahun berikutnya I terus renew roadtax 100% online tanpa bantuan agent dan I rasa cara ini lagi mudah bagi I. 


Langkah Renew Insuran dan Roadtax Kereta Online 

Bagaimana cara nak renew roadtax kereta, ikuti langkah di bawah:

1. Daftar Akaun MyEG

I renew road tax online guna MyEG. Jadi perlu buka laman web MyEG untuk guna perkhidmatan e-services. MyEG merupakan portal yang secure bukan sahaja untuk renew roadtax tapi boleh semak saman dan sebagainya. Dulu MyEG hanya ada beberapa perkhidmatan tapi sekarang terdapat pelbagai service lain yang mereka sediakan di portal. Jadi kalau belum ada akaun MyEG lagi, daftar cepat-cepat. Senang ada akaun ni.




2. Click Jabatan Pengangkutan Jalan

Dah register boleh login akaun MyEG you dan ikut step yang I tunjuk di bawah.


cara renew roadtax online myeg
Nombor merupakan reference guide untuk laman yang baru. Sila ikut step mengikuti nombor.

1. Klik Jabatan Pengangkutan Jalan

2. Klik Perbaharui Cukai Jalan

3. Klik Perbaharui Cukai Jalan Kereta

4. Isi maklumat yang diperlukan jika you penguna baru. Kalau you repeating customer tak perlu susah untuk isi semula semua details, cuma klik pada tulisan yang I bulatkan hijau dalam gambar tu je. Bila dah klik situ, you akan nampak segala details kereta you keluar.




3. Pastikan Ada Insuran 

Untuk perbaharui cukai jalan, kena pastikan ada insuran yang hidup dulu baru sistem akan beri you update cukai jalan. Kalau you tak beli insurans sampai bila you takkan dapat proceed untuk renew roadtax kereta.

Tapi kalau you tak renew insurans kereta melalui MyEG pun tak apa, you boleh deal dengan ejen insuran terus. Nanti bila dah ada insuran baru boleh gunakan MyEG untuk renew road tax.

Di bawah I share bagaimana membeli insurans melalui portal MyEG


cara renew roadtax kereta online


1.
Bagi yang belum membeli insuran, you akan nampak laman ni. Klik 'Buy Insurance'

2.
Ada beberapa pilihan insurance yang yang boleh pilih. Mana yang you berkenanan klik 'Buy Now'

I dari dulu memang dengan Etiqa dan I pernah accident dan claim insurance dan I rasa service Etiqa senang so I proceed dengan Etiqa sahaja. Pernah sekali masa first time I renew roadtax online, I terbeli AIG, tapi tak ada masalah pun. Sama je I rasa. Tapi ada nasihat jangan tukar-tukar insurance, so I maintain je dengan Eitqa. I tak pasti kenapa, kalau you ada jawapan boleh comment di bawah.



YANG DAH ADA INSURANCE BOLEH SKIP STEP 3, TERUS KE STEP 4



Cara Renew Insurans Kenderaan Online

Since I beli insurance dari Etiqa, I tunjuk bagaimana I beli insuran online dari mereka. I mengunakan portal MyEG yang redirect ke website Etiqa. You boleh pilih company insuran yang lain tapi step dia mungkin berbeza sikit sebab portal yang di bawa tidak sama.


3.1. Beli Insuran Etiqa Online


Beli insurans kereta etiqa online


1. Isi maklumat diminta dan klik 'get me a quote'. 
Kalau you pengguna lama, boleh proceed klik 'I have purchased this product before' di atas page.

2. Sistem akan tunjuk jumlah roadtax baru by default. 
You boleh pilih  untuk klik 'Agreed Value' atau 'Market Value'. 
I tak ada knowledge on beza kedua-dua ni so I pilih yang paling murah which is 'Market Value'.

3. Isi maklumat
For those yang first time isi, take note ada details yang you perlukan geran kereta untuk isi. So standby document apa yang patut


4. Lengkapkan maklumat

  • Drivers details
  • Vehicle details
  • Add new driver (kalau ada pemandu lain)




3.2 Semak Pakej

Beli insuran pun ada pakej-pakej dia, mungkin sebab itu bila berurusan dengan ejen kita boleh deal nego jadi lagi rendah, tapi kekurangannya kita tak sedia maklum pakej termasuk apa. I jenis orang yang lebih teliti melihat dari mendengar, jadi kalau beruursan dengan ejen I akan ok je sebab malas nak berurusan lama. Jadi bila I renew roadtax online I lagi senang nampak apa yang I beli.


Pakej insurans kereta etiqa online


1. Plan Oto 360 Takaful. Ada beberapa pakej untuk service Etiqa, tak nak pilih pun tak apa, kalau pilih harga akan jadi lebih mahal.

2. Windscreen coverage, by default memang ada dalam pakej. Tapi kalau tak nak boleh buang. Tapi I ambil sebab for me ini penting.

3. Review Add Ons yang lain:
  • Extreme Weather Coverage
  • Cash Assistance Coverage
  • Maintain Like New Coverage
  • Child Car Safety Seat

4. Declaration. Pastikan you review balik pakej yang you ambil betul-betul sebelum klik tick box

By default 'Child Car Safety Seat' ada included, tapi I tak nak so I untick box, so harga insuran yang I kena bayar jadi lagi rendah. 



3.3 Buat Pembayaran

Pembayaran insurans kereta etiqa online


Untuk buat pembayaran ada beberapa pilihan yang you boleh pilih:

  • Kad Kredit,
  • Amex
  • Maybank2u
  • FPX Online Banking (CiMB Clicks, RHB Online, Public Bank Online, etc)


Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan daripada Etiqa. Boleh juga check di email. Etiqa akan send segala yang diperlukan melalui email dalam bentuk zip file.




CARA RENEW ROADTAX ONLINE

Dah selesai membeli insuran online, baru boleh kembali untuk membeli roadtax online. Pastikan you check email untuk dapatkan segala jenis sijil yang diperlukan dan juga resit pembelian insuran.


4. Kembali ke MyEG

Repeat step 2 dan anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah:


harga renew roadtax kereta


1. Isi maklumat 

  • Nama
  • NRIC
  • No Phone
  • Alamat
  • Email
  • Nombor Kereta 
  • Tempoh Perbaharui Cukai Jalan

2. Semak maklumat, klik 'comfirm & pay'

Ada pilihan sama ada anda nak ambil sendiri roadtax di pejabat MyEG atau pilih penghantaran ke rumah ataupun pejabat tapi ada caj penghantaran.

TAKE NOTE: Untuk pemilihan penghantaran, pastikan you guys letak alamat di mana ada orang yang boleh accept. Sebab mereka hantar orang pakai dispatch dimana perlu sign dan thumbprint untuk pengesahan.


5. Buat Pembayaran Roadtax di MyEG



pembayaran renew road tax online myeg


Lebih kurang seperti pembayaran insuran, pembayaran cukai kenderaan di MyEG menawarkan pilihan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG. Follow je step yang diminta dan bila dah selesai buat pembayaran, you guys boleh terus muat turn resit yang boleh diprint untuk pakai sementara tunggu roadtax sampai.


6. Tunggu Roadtax Sampai

Kalau you pilih untuk collect sendiri roadtax di pejabat, you kena pergi sama ambil. Tapi pada I, lebih baik bayar untuk penhantaran sahaja. Sebab dari pengalaman I, mereka hantar sangat cepat. Untuk renewal roadtax I yang terbaru, I buat purchase pagi, petang my dad mesej kata roadtax dah sampai.


Senang je sebenarnya nak renew roadtax online tapi sebenarnya lagi mudah kalau you guna service ejen yang tiptop! Sebelum ni, pengalaman I dengan ejen tak berapa memuaskan sebab I tak suka tangguh, I kalau boleh nak siapkan semua benda cepat. Jadi I buat sendiri lebih senang pada I. Tapi husband I pula, dia malas nak uruskan, jadi dia prefer guna ejen. Dan dia jumpa ejen yang service memang best. Senang nak komunikasi dan laju buat kerja. Friendly habis.

Boleh contact Zahin Afiq:
Whatsapp Button

Pemilik Honda akan mendapat lebih benefit kalau renew insurance dengan Zahin


Kalau you guys ada pengalaman lain dengan cara renew roadtax online boleh kongsikan di bawah supaya pembaca lain juga dapat manfaat daripada sharing you. Terima kasih!
Till then peeps!

14 comments

  1. suka template blog sis, mudah baca sebab font nya sesuai, sekarang ni bab insurance and roadtax memang pss kat member ofis je sebab dia agent hihi tapi kena ambil tahu juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis. :) Elok ambil tahu untuk diri sendiri juga, just in case in the future kawan dah tak buat, mengelabah nak cari agent lain.

      Delete
  2. Mudah kan ada myeg ni tapi dah bertahun pakai runner je. Saja support kawan2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai agent lagi mudah sebenarnya kalau 100% pass dekat dia. Tahu-tahu dah dapat je roadtax, tak perlu pening2 kepala

      Delete
  3. Kawan Atul ada buat servis renew roadtax online ni. Tapi selalu hb yang renewkan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana dah pandai buat senang je sebenarnya

      Delete
  4. next year pun nak renew semua guna online saja.
    penat beratur nak renew road tax ni.
    nak beli insurance pun satu hal juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu, tambah2 PKP ni. Lebih baik buat dari rumah je

      Delete
  5. Nice sharing bagi yg tak tahu boleh rujuk sini.. Kita mmg buat online juga.. senang dan cepat..

    ReplyDelete
  6. Wah..cepat ye dapat roadtax. Tak pernah lagi buat online..biasa call je dengan ejen yg selalu buatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah biasa dengan agent boleh je teruskan dengan agent. Just ada info ni untuk pengetahuan diri sendiri je

      Delete
  7. Senang kan. Syu pun sejak tahun 2012 dah online je insurans & roadtax

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah biasa buat sendiri mesti tak nak bagi orang lain buat dah

      Delete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.