Khasiat & Kebaikan Kurma, Makanan Sunnah

09 March 2021 Malaysia

Apa khasiat dan kebaikan kurma? Kenapa kita digalakkan makan kurma?  Kurma merupakan makanan sunnah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam masyarakat kita, Kurma sinonim dengan bulan puasa, tetapi makanan sunnah sepatutnya diambil secara harian untuk memperoleh segalah kelebihannya.  Kurma merupakan antara makanan sunnah yang banyak di sebut dalam Al-Quran dan Hadith, oleh itu, kita sebagai umat Islam, sudah tentu akan rasa rugi kalau tidak amalkan apa yang diajar oleh Nabi kita. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih mengenai kurma dan apa keistimewaan kurma ini sebenarnya.


Kurma Makanan Sunnah

Pengertian makanan sunnah dapat difahami setelah dijelaskan pengertian sunnah terlebih dahulu.

Sunnah mempunyai beberapa pengertian:

1.  Sunnah menurut ulamak hadis dan sirah  ialah apa yang diriwayatkan atau diceritakan tentang nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau keadaan fizikal atau akhlaq baginda sama ada sebelum sebelum menjadi rasul atau selepas menjadi rasul.

 

2.  Sunnah menurut ulamak usul fiqh pula ialah apa yang datang dari nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan.

Dari dua definisi di atas, sunnah menurut ulamak hadis adalah lebih luas pengertiannya dari sunnah menurut ulamak usul fiqh. Definisi sunnah menurut  ulamak hadis sunnah merangkumi perbuatan, perkataan, pengakuan, kejadian fizikal, akhlaq baginda SAW dan peristiwa yang berkaitan baginda SAW (sirah).

Dari kenyataan di atas, makanan yang dimakan oleh nabi SAW dinamakan makanan sunnah menurut ulamak hadis. Tetapi menurut ulamak usul fiqh makanan yang baginda SAW tidak makan, tidak dinamakan makanan sunnah bahkan sunnahnya ialah cara baginda memakan makanan.


Buah kurma disebut di dalam Al-Quran sebanyak 23 kali.

Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 25-26 yang maksudnya:

"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

Ayat-ayat di atas menceritakan bagaimana Maryam AS mengalami keadaan yang sakit dan cemas sekitar ingin melahirkan Nabi Isa AS dan diberikan anugerah buah tamar. Buah tamar juga kerap disebut dalam kitab kitab suci yang terdahulu dan antara makanan yang diberi keutamaan di rantau timur tengah dan mediterranean.



Khasiat Kurma Mengikut Sains


1. Melancarkan Pencernaan

Kurma mengandungi serat yang tinggi dimana ia mampu mengatasi masalah pencernaan lagi-lagi sembelit. Oleh itu, kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit boleh cuba bagi kurma dahulu sebelum cuba bagi alternatif lain.


2. Mencegah Penyakit Anaemia

Kurma dapat membantu mencegah penyakit kekurangan darah merah akibat kekurangan pengambilan zat besi dalam makanan. Kandungan zat besi dalam kurma adalah tinggi dan membantu menambahkan sel darah merah dalam badan. Kurma juga merupakan alternatif yang paling baik kerana tidak menunjukkan kesan sampingan seperti mual, sakit kepala, atau sembelit seperti dalam pengambilan tablet zat besi.


3. Kaya Mineral Potasium & Kalsium

Ini menyebabkan mengapa kurma sentiasa disarankan untuk ibu yang mengandung. Kandungan potasium dalam kurma adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada buah-buahan lain. Kepentingan kalsium bukan sahaja untuk ibu mengandung, tapi untuk semua jenis usia terutama kepada mereka yang telah berumur.


4. Mengandungi Vitamin & Amino Acid

Kurma mengandungi vitamin C, tiamin, riboflavin, asid folik, Vitamin A dan kesemua dua puluh jenis asid amino. 


5. Mencegah Kanser

Kurma dilaporkan mengandungi bahan antipengoksida yang mengandungi komponen penting untuk mencegah kanser. Kajian saintifik telah melaporkan yang kandungan komponen fenolik dalam kurma adalah paling tinggi pada peringkat awal pemasakannya dan berkurang apabila kurma masak.


6. Meningkatkan Kesihatan Otak

Buah kurma boleh membantu meningkatkan fungsi otak. Oleh itu, kanak-kanak digalakan mengambil kurma untuk sebab ini, kerana bukan hanya kismis sahaja yang mampu meningkatkan kesihatan otak.

Kajian makmal telah mendapati kurma dapat membantu menurunkan penanda radang, seperti interleukin 6 (IL-6), di dalam otak. Tahap IL-6 yang tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit neurodegenerative yang lebih tinggi seperti Alzheimer’s. Di samping itu, kajian terhadap sekumpulan haiwan telah menunjukkan kurma dapat membantu mengurangkan aktiviti protein beta-amyloid, yang boleh membentuk plak di otak. Apabila plak mengumpul di dalam salur darah otak, ianya mungkin mengganggu komunikasi antara sel-sel otak, yang akhirnya boleh membawa kepada kematian sel otak dan penyakit Alzheimer.


Kebaikan Kurma dalam Islam

Rasulullah SAW sangat suka makan kurma. Saidina A’ishah RA berkata pada suatu ketika rumah mereka tidak memasak makanan selama dua bulan, tetapi mereka hanya makan kurma dan minum air sehingga pada suatu hari Rasulullah SAW mengatakan pentingnya mempunyai kurma dalam rumah. Saiyidina A’ishah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sebuah keluarga yang mempunyai kurma tidak akan lapar”. (Hadis, Sahih Muslim, 5078).

Seperti yang kita semua ketahui, Kurma antara makanan sunnah di dalam Islam dan mempunyai pelbagai kebaikan. Di bawah adalah faktor mengapa Kurma digalakkan ambil dari segi Islam:


1. Keperibadian

Dikatakan kurma dapat membentuk sifat penyabar, bersopan-santun dan cerdas pemikiran

Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.


2. Keberkatan

Kurma adalah antara makanan yang disarankan untuk diambil keberkatan sewaktu kelahiran.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”


3. Menghindar Daripada Sihir

Ada hadith yang menyatakan bahawa mengamalkan makan 7 biji kurma pada setiap pagi dapat dihindar daripada sihir dan racun. 

Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]

Boleh baca selanjutnya di muftiwp.gov.my


Manfaat Kurma Dalam Kehidupan Seharian


1. Makanan Yang Sihat

Dengan serat dan segala anti-oksidan di dalam kurma, ia membuatkan kurma terkandung dalam pemakanan yang sihat. Amalkan pemakanan kurma dalam diet seharian untuk kesihatan yang baik. Kurma juga merupakan bahan yang sangat sesuai sebagai penambah perasa kepada makanan-makan sihat yang lain seperti oat, susu dan banyak lagi.


2. Pemanis Semulajadi

Kurma sangat terkenal dengan kemanisannya yang mampu mengalahkan manis gula. Namun begitu, manis buah kurma tetap merupakan pilihan yang lebih sihat dibandingkan dengan gula. Sebab itu kurma merupakan antara pemanis pertama yang digalakkan untuk bayi.


3. Penambah Tenaga

Ini antara sebab utama mengapa kurma sangat popular di bulan puasa dan mengapa kita digalakan bersahur dan berbuka dengan kurma walaupun sebiji. Kurma dapat memberikan tenaga untuk sepanjang hari walaupun hanya dengan memakan sebiji kurma.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.


4. Mudah Dijadikan Makanan Harian

Memakan kurma adalah sangat mudah. Dengan hanya membuang bijinya sahaja, kurma sudah boleh dimakan begitu sahaja. Namun, ada juga sesetengah orang yang tidak boleh makan kurma begitu sahaja. Oleh itu, kurma boleh juga digunakan untuk dicampur dengan makanan yang lain untuk dijadikan susu kurma, kek kurma, jem kurma, kuih kurma dan banyak lagi jenis makanan.


Kajian saintifik membuktikan bahawa sebahagian besar kandungan kurma adalah gula iaitu antara 50 dan 75%. Gula ringkas dalam kurma termasuk glukosa, fruktosa, mannosa, maltosa, rhaminosa, dan sukrosa yang mudah digunakan untuk penjanaan tenaga segera dalam tubuh manusia. Kandungan gula dalam kurma bergantung kepada jenis kurma dan kematangan, tetapi umumnya lebih tinggi daripada delima dan nenas. Oleh itu, penyerapan gula kurma dalam tubuh manusia sangat cepat antara 30 dan 45 minit berbanding nasi yang memerlukan lebih kurang 4 jam untuk dicernakan. Justeru, berbuka puasa dengan kurma dapat memberi tenaga segera kepada tubuh manusia di samping dapat mencegah keletihan yang bersangatan.


Jenis-Jenis Kurma

Di pasaran, kurma boleh dikategorikan kepada tiga jenis yang bergantung kepada peringkat kematangannya:

1. Kurma Khal: Kurma yang segar, masak keras, dan rangup. 

2. Kurma Ruthob:  Kurma basah pula merupakan kurma yang masak separuh yang mana teksturnya antara rangup dan lembut. 

3. Kurma Tamar: Kurma kering ialah kurma yang masak penuh. 


Tetapi kita mungkin tidak biasa dengan istilah di atas. Kita lebih mengenali jenis-jenis kurma mengikut namanya dah di bawah adalah antara senarai kurma yang popular di Malaysia:


1. Kurma Ajwa

Kurma Ajwa Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma Ajwah adalah merupakan salah satu jenis daripada jenis-jenis tamar. 

Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwah merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. [Lihat : al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (36/284)] 

Kurma Ajwah / Ajwa merupakan antara kurma yang sangat popular di Malaysia. Walaupun kurma ini mahal tapi ramai yang sanggup membelinya kerana sedar tentang kelebihan kurma ajwa ini adalah ia disebut dalam hadith dan dikenali sebagai 'Raja Kurma'. Kurma Ajwa juga merupakan kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW.


2. Kurma Safawi

Kurma Safawi Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma ini berasal daripada Timur Tengah dan terdapat pelbagai jenis. Kurma ini dikatakan antara kurma terbaik selain dari Ajwa dan lebih mudah didapati dibandingkan dengan kurma Ajwa. Antara sebab mengapa kurma Safawi sangat disukai adalah kerana mudah didapat dan buahnya tebal & lembap. Kurma hitam manis ini banyak dibudidayakan di Madinah dan jika dikonsumsi dalam keadaan perut kosong, kurma Safawi dapat membunuh cacing pita.


3. Kurma Mabroom

Kurma Mabroom Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma Mabroom banyak ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi. Memiliki tekstur yang kering dan kenyal, kurma jenis ini mengandung mineral dan antioksidan.


4. Kurma Mariami

Kurma Mariami Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma Mariami juga dikenali sebagai kurma Piarom atau kurma coklat. Texture kurma semi-kering ini dikatakan yang paling lazat dan kaya dengan khasiat. Kurma ini panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. Kurma ini lebih besar daripada jenis kurma lain dan dianggap semi-kering kerana kandungan kelembapan yang rendah iaitu kurang daripada 15%, lebih rendah daripada jenis kurma lain.


5. Kurma Medjoul

Kurma Medjoul Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma Medjool merupakan kurma yang tumbuh di Timur Tengah, Afrika dan Kalifornia. Menurut pakar, kurma medjoul merupakan kurma yang terbaik untuk mengawal kolestrol. Memakan kurma ini dapat menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi dengan mengoxidasi kolestrol dalam badan.


Oleh itu, bolehlah kita cuba terapkan kurma dalam kehidupan seharian kerana kebaikan kurma ni banyak manfaatnya kepada diri sendiri dan juga keluarga. Tidak perlu tunggu bulan puasa baru nak makan kurma. Kita boleh juga ajar anak-anak kita belajar makan kurma dari kecil untuk jadikan ia satu habit yang sihat.


Rujukan:

Makanan Sunnah

Makanan Sunnah dan Makanan Tambahan dari Perspektif Sains Kesihatan: Panduan Pemilihan dan Tatacara Pengamalan

Manfaat Makanan Sunnah Dari Perspektif Islam.

ULASAN RINGKAS TENTANG MAKANAN SUNNAH Oleh: Ustaz Ahmad Tarmizi Taha

Sebiji kurma banyak manfaatnya... Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

Kurma bukan sekadar juadah berbuka puasa di bulan Ramadan

FADILAT MEMAKAN TUJUH BIJI KURMA, ADAKAH KHUSUS BUAT KURMA AJWAH MADINAH SAHAJA ATAU UMUM BUAT SEMUA JENIS KURMA?

Ini 10 Jenis Kurma dan Kandungan Nutrisinya

Benarkah Kurma Medjool adalah Jenis yang Terbaik?


Post a comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.