Cara Daftar i-Akaun KWSP | Dapatkan Penyata EPF Online

15 December 2020 Malaysia

How to get or Print EPF Statement Online

Daftar i-Akaun KWSP online untuk mudahkan urusan seperti untuk dapatkan statement EPF online sahaja. Cara ini lebih mudah dan tak banyak kerja. Ambil masa tak sampai seminit pun kalau dah ada i-Akaun KWSP. Kalau dulu, perlu ke kaunter ataupun ke kiosk KWSP untuk dapatkan penyata, tapi sekarang tak perlu lagi. Hanya login ke akaun KWSP dan dapatkan segala maklumat yang diperlukan secara online. Bagaimana untuk buat? Teruskan membaca untuk tahu caranya.


Sebelum boleh dapatkan EPF Statement secara online you perlu ada i-Akaun dari KWSP dulu. Cara daftarnya mudah sahaja. Ikuti langkah di bawah.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Online


Untuk daftar i-akaun KWSP untuk AHLI, you perlukan activation code yang boleh didapati di Kiosk EPF ataupun dengan menghubungi talian EPF Centre iatu 03-89226000. I pilih untuk call sebab I malas nak keluar.


1. Call 03-89226000 (Beroperasi waktu pejabat sahaja)

2. Beritahu operator yang you nak buat i-Akaun untuk ahli.
Operator akan minta no NRIC dan beberapa soalan security seperti email, alamat,  current workplace, previous workplace dan lain-lain.

3. Selesai proses verifkasi, operator akan minta no phone dan activation code akan dihantar melalui SMS.

4. Masuk ke website KWSP kwsp.gov.my
Tekan Ahli dan klik i-Akaun Activation (First Time Login) .
Member ID boleh letak no NRIC lepas tu ikut je arahan yang diberikan di skrin.

5. Selesai dan boleh cuba login





Cara Dapatkan Penyata EPF KWSP Online

Sebenarnya tak perlu pergi kaunter untuk dapatkan EPF statement. You boleh dapatkannya online pada bila-bila masa tak sampai seminit pun. Ini caranya:

cara dapatkan epf statement online


1. Login i-Akaun KWSP Ahli kwsp.gov.my

2. Klik My Account (Menu Bar atas)

3. Pilih 'Statement Year' (Drop down menu)

4. Scroll ke bawah dan sampai nampak kotak 'Print/Download Statement'.

5. Klik dan pilih antara 'Summary Statement' atau 'Detail Statement'

6. Tekan download

7. Akan pop-up box untuk download. Klik perkataan 'HERE'

8. Dapatkan penyata download di folder download computer you.


Penyata KWSP akan di berada dalam bentuk pdf. Jadi dah senang untuk you terus guna, tak perlu nak ubah-ubah format dah terutamanya untuk pengunaan urusan rasmi seperti pembelian rumah. Beri je dalam bentuk pdf dan jangan screenshot pula ea.

Till then peeps!


Post a comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.