RUTIN HARIAN SURI RUMAH & TIPS BANGUN AWAL

26 April 2019


Hey peeps, assalamualaikum.
Dah lama sebenarnya teringin nak tulis topik ni lagi-lagi sejak I mula share pasal snippets apa I buat dekat rumah di IG Stories. So ramai yang tanya pasal rutin harian I dekat Instagram especially tips macam mana nak bangun awal. LOL... At first, I ingatkan, kebanyakkan housewife memang akan bangun awal sebab my mum and my mother-in-law pun macam tu. Even my grandmother and my aunts as well. Mungkin sebab style orang dulu-dulu kot, especially yang berasal daripada kampung. For me, bangun pagi was trained dari I kecil lagi but bila masuk Uni, first year I macam culture shock so tengok orang lain sedap tidur I pun sambung tidur. Hehe... But afterwards I changed back my routine cause somehow I felt like I wasn't productive enough, mula-mula nak start balik memang susah. But I managed to do it, and this is how.



Sebelum I share tips macam mana I bangun awal pagi, let me share roughly my schedule on a regular day basis. To be honest, I don't really follow the timing, sebab it also depends dengan mood Maliq, ragam dia hari tu. So I banyak kena adjust jugak so I could get the house chores done and even my work as well. Sejak I dah pindah rumah lebih besar ni, house chores makin bertambah and suami pun makin busy, so kebanyakkan kerja dekat rumah ni memang I yang uruskan. Malas dah nak minta tolong suami sebab dia pun asyik busy je, kalau dia nak tolong buat dia buatlah. I rasa banyak suri rumah pun faham perasaan ni kan, so what I do to make sure I function at home is to start the day early. Bila bangun awal pagi dan orang lain dalam rumah masih tidur, itu sebenarnya 'ME' time pada I. Mula-mula mungkin you takkan sedar, tapi bila lama-lama, you akan rasa tenang sebab waktu Subuh, you akan rasa aura yang sangat positive untuk diri you. Mungkin sebab tu dalam Islam kata waktu Subuh waktu rezeki, ataupun orang-orang tua kita yang kata. I'm not sure about this fact, tapi pada I fact ni betul.

So below is my daily routibe roughly

6.00am-7.00am
Ini waktu I bangun tidur, usually dengar je azan Subuh je I terus bangun. My house tak dengar azan Subuh dari masjid, so I pasang apps azan dekat my phone. Usually I akan dengar, sebab I memang light sleeper, but some days, bila I letih sangat, I tak sedar, tapi paling lambat I bangun memang pukul 7pagi. Waktu pukul 7 tu, my body dah start react tak boleh nak baring dah, walaupun mata I macam kena glue. But jarang-jarang I bangun lewat kecuali I period, sebab I tak perlu kejar solat Subuh. But on normal days, I akan bangun waktu azan, ambil wuduk, then solat. Lepas solat, akan rasa segar sikit, sebab air wuduk masih ada kan. I akan baca Suruh Waqiah, not every morning la, usually I akan baca if I bangun betul-betul lepas azan dan Maliq masih tidur. If you've seen my stories, you'll know yang Maliq suka bangun pagi juga. Kadang-kadang I bangun dia pun bangun, tapi usually kalau dia bangun I cuba nak tidurkan dia balik sebab I nak nikmati my 'ME' time. LOL... My husband akan solat lepas I solat, I memang kena kejut dia bangun, kalau tak kejut dia takkan bangun. Lepas je dia solat, dia akan tidur balik sampai waktu dia kena siap pergi kerja. 

So after solat, I akan turun bawah run mesin basuh dulu, kain baju selalunya I dah siap-siap letak dalam mesin malam sebelum tu, so esok bangun pagi just tinggal jalankan mesin. Lepas tu I prepare air kosong untuk minum, itu penting, kalau tak nanti kitaorang tak ada air minum and my husband and I jenis minum air kosong je. I also terus buka pintu dan tingkap bagi angin Subuh masuk, I paling suka bau udara Subuh, rasa segar sangat. After that I tutup semua lampu then naik atas balik untuk mandi. I make sure I mandi jugak pagi sebab bila mandi badan akan lebih segar and rutin harian akan jadi lebih produktif. Lepas mandi, I terus pakai skincare, dulu I suka tangguhkan pakai skincare ni, sampai kadang-kadang tak sempat pakai sebab busy buat kerja. So banyak kali tinggal, muka pun jadi kusam. So I make sure awal-awal pagi I dah pakai.

7.30am-8.30am
Waktu ni adalah waktu Maliq selalu bangun, so dalam waktu ni, I akan ambil my time duduk depan laptop dan menulis blog. I dari anak dara dulu memang suka menulis wakti Subuh, pada I waktu Subuh tu nikmat untuk menulis jugak. I usalluy akan settlekan kerja-kerja yang biasa I buat pakai laptop waktu ni, which also applies to balas email. Hehe.. so PR yang biasa approach I tu tahulah I selalu reply waktu pagi. Hehe... So Maliq bangun je kira hint untuk I stop and start rutin harian di rumah. Kadang-kadang boleh drag sampai pukul 9 tapi kalau I dah start menulis, I harap sangat dia bangun lewat sikit, sebab bila dah dapat rentak menulis tu, nak stop rasa jiwa kacau. HAHA... Tak tahulah blogger lain macam I jugak atau I je yang macam ni.
9.00am-10.00am
Ini waktu yang paling critical yang I banyak multitask dalam satu masa. Maliq bangun saja, I akan susukan dia dulu, lepas dia susu I akan turun bawah prepare makanan dia. Tengok jugak, kalau dia tak nak makan dulu, I akan sidai kain baju dulu sebab usually mesin dah siap. So waktu sidai kain tu, I bagi Maliq main dekat luar jugak, usually dia akan main air la, yang macam korang selalu nampak dekat IG Stories tu. Haha... So lepas je sidai baju, malam selalunya akan basah lencun sebab dia main air, so I bukakan baju dia and bagi dia makan lepas tu terus bawak dia naik untuk mandikan dia. Sebelum I mandikan dia, I make sure lauk yang I nak masak hari tu dah siap-siap prepare. Contoh macam ayam beku I akan keluarkan dari Subuh lagi waktu I basuh kain. Sebab nanti lepas mandikan Maliq I boleh terus masak lunch. But before I mandikan Maliq, I make sure breakfast dah siap. Ikut mood jugak, kadang-kadang roti bakar, cekodok, cereal tapi I paling suka buat nasi goreng. Kalau I buat nasi goreng, barang-barang dia I dah prep awal pagi lagi, so bila turun bawah buat chores I akan cari masa untuk goreng nasi sekejap.

10.am-11.00am
Kalau I terlepas waktu ni, otak I dah set. Ok malas nak masak. HAHA... Yes, that bad. I know perangai ni tak bagus especially bila dah bekeluarga sendiri tapi I can't help it sometimes. But now I'm trying my best to make sure I masak juga walaupun lauk simple. Usually I memang akan masak simple-simple pun sebab tengahari suami biasanya tak ada dekat rumah. I'm the type yang dari dulu memang suka satu atau dua lauk je. So I tak ada nak serabutkan kepala I dengan masak sebab honestly I masih tak find pleasure dalam dapur. But hope one day I do.

11.00am - 12.00pm
Ini waktu nap Maliq sesi pagi. Selalunya kalau dia bangun dari pukul 6pg memang dia akan tidur balik but if dia bangun lewat sometimes he skips this session. I usually akan bagi dia susu, so kalau dia mengantuk dia tidur, and kalau dia tak nak tidur, he plays at his play area. Masa Maliq tido atau main, waktu ni adalah waktu rehat I. Nak baring sekejap, scroll IG, ataupun sambung menulis blog. Depends on mood I masa tu. Sometime I do photoshoots during this time but ikut kerajinan juga. But mostly this time I might take a light nap kalau letih sangat.

12.00pm-1.00pm
Lunch time usually around this time which is a few minutes lepas Maliq bangun tidur. I akan turun bawah bagi Maliq makan dulu baru I akan makan. Sometime I eat the same time as Maliq sebab I akan masak lauk yang I dengan Maliq boleh makan sekali. Haha... Nampak tak tahap malas tu macam mana.

1.00pm-5.30pm
Kenapa masa ni panjang sangat? Inilah waktu I berkurung dalam bilik. I bet follower I banyak dah tahu yang I banyak spend time dalam bilik tidur I sebab itu juga studio I untuk shoot video product and on. Bila naik je lepas makan, usually Maliq akan active, I bagi dia main toys dulu sampai puas then I bagi dia screen time bila I nak focus buat kerja. Depends on kerja apa I buat, if I duduk depan laptop bolehlah dia focus on screen time, but if I buat product shoot or makeup, memang jadi assistant la dia. Selalunya kalau waktu ni memang keadaan bilik huru hara, tipulah kalau I cakap tak serabut, memang serabut gila. Sebab tu I tak buat ni hari-hari and ikut mood, tak larat nak kawal emosi tak marah, especially kalau ada barang yang pecah. HAHA... Bila tiba hari yang tak ada mood, atau malas, I akan layan drama Korea waktu ni.
Dalam pukul 2ptg atau 3ptg Maliq akan nap lagi sekali, waktu ni sometimes I join dia sekali but sometimes I ambik waktu ni untuk buat kerja I. So aman sikit nak buat kerja but I make sure I dah solat zuhur awal-awal sebelum I start makeup. Usually kalau dia bangun balik, waktu tu I mensti belu habis makeup lagi, but okaylah daripada dia kacau dari awal lagi. Harap nanti bila dia dah besar, dia fahamlah bila I cakap jangan main. HAHA...
I akan make sure kerja I semua siap before 5.30pm sebab I akan mula sibuk waktu petang tu dengan house chores lagi. Tapi sebelum I turun bawah, I solat asar dulu so I tak tekejar-kejar nak solat bila dah habis kerja.


5.30pm-7.00pm
Ini macam seisi petang untuk house chores. Turun-turun bawah je, I akan keluarkan lauk apa I nak masak. Usually benda beku I dah keluarkan awal lagi dah. Makan malam penting sikit untuk put in effort sebab suami sekarang banyak makan malam dekat rumah walaupun dia balik lewat. Actually my effort tu mungkin lauk simple je pada you alls. HAHA... Malam baru I akan buat lauk macam ayam masak merah, sambal ikan, sup tomyam, ayam grill dan etc. Kira effort lebih pada I sebab process dia banyak and lama kena tunggu dekat dapur. HAHA... Nampak tak malasnya I nak masuk dapur tapi I tengah cuba overcome perangai yang ni.
Sebab I nak cepat, I usually multi-task masak dengan buat kerja lain. Contohnya kalau ayam masak merah kena goreng ayam dulu kan, I make sure ayam dalam kuali baru bagi Maliq makan. Sementara ayam masak, I boleh bagi Maliq makan petang and angkat kain baju dekat luar. I akan try my best fikir how to multi-task untuk jimat time masak and house chores like mop rumah, siram rumput, kemas dapur dan sebagainya. Tapi usually kalau I siram rumput mesti dalam 6.45pm sebab Maliq akan main dekat luar and dia akan aim main air sekali. So again akan basah lencun, so bila masukkan dia, mesti kena mandikan cepat-cepat.


7.00pm-8.00pm
Sebelum I naik mandi I'll make sure memang dah siap masak which is before pukul 7 actually. Naik je I akan terus mandi with my son. Sebab Maliq suka main air, I bagi dia main air lama sikit sementara I mandi. After I lepas mandi I akan siapkan Maliq and get ready untuk solat Maghrib. Sebelum Maghrib I bagi dia screen time sekejap sementara tunggu azan. Waktu macam ni juga husband I selalu balik kerja, but depends la. Usually dia balik dia mandi and if sempat both of us akan jemaah Maghrib sama-sama. Kalau tak sempat I solat sendiri je. Usually waktu solat, Maliq akan main maianan since dia punya play area just behind area solat. But most of the time dia memang suka kacau kitaorang solat. Sometimes dia berjoget-joget solat jugak agaknya. Haha...  Usually waktu maghrib adalah waktu spiritual dalam family. I akan make sure akan baca Quran lepas solat ataupun yassin waktu malam jumaat. Husband I mula-mula malas tapi lama-lama dia buat sendiri. Itupun kalau dia ada dekat rumah la waktu Maghrib.

8.00pm-8.30pm
Waktu makan malam kitaorang sekejap je, sebab living hall kitaorang tak ada furniture so we spend most of the time upstairs. Malam basically turun untuk makan je sebab nak tengok TV pun tak ada siaran, so usually nak tengok berita kitaorang buka sekejap je walaupun gambar tak clear. Lepas makan my husband usually akan bagi leftovers kitaorang dekat kucing while I akan kemaskan dapur sebelum naik. Make sure air panas ada untuk sejukkan esok pagi nak minum, masukkan kain baju dalam mesin dan prep barang-barang nak masak esok kalau perlu.

8.30pm-10.00pm
Naik je usually kitaorang akan make sure Solat Isyak dulu, sebab nanti mesti liat nak solat. Sementara tunggu Isyak kitaorang biasanya layan Social media dulu. HAHA... Lepas solat Isyak, kalau husband I belum balik, I usually akan layan drama sampai lipat baju. Maliq biasanya akan mengacau la waktu tu. Kalau suami I dah balik dari petang tadi, usually I tak sentuh pun kain baju sebab that time will be our bonding time. Waktu screen time untuk kitaorang, Maliq biasanya akan tengok Youtube dekat phone. Tapi sebelum screen time kiatorang, I make sure I put my night care routine first. Sebab bila dah mengantuk I selalunya malas nak pakai skincare.
10.00pm tu cut time untuk Maliq, waktu untuk dia tidur sama ada dia mengantuk atau tidak. I akan tukarkan pampers dia and then sapu segala balm untuk buat dia selesa tidur. After that I bagi dia susu sambil tengok movie, itu pun kalau kitaorang masih layan movie la. Normally bila menyusukan Maliq dia akan tidur. Waktu tidur I usually around 10pm-11pm, depends jugak. Sometimes terlajak bila masih melayan movie dengan suami. Tapi sekarang both of us make sure tidur jugaklah bila dah pukul 12.00am.

Itulah routine harian I which mostly akan berulang everday, tapi bukan setiap hari ikut flow yang sama. Macam I mention above, semua ni roughly what I do, since it also depends on Maliq punya mood and kerja I juga. Sometime I ada event yang perlu attend, so time table I akan totally berubah. I rasa setiap orang ada cara masing-masing nak buat kerja, so ikut selesa you. Kalau you bukan jenis morning person don't force yourself, sebab you akan tambahkan serabut yang not necessary. Just adjust your time table to follow what you're comfortable with.

TIPS BANGUN PAGI
Seperti yang I janjikan dekat atas, ini tips mudah I untuk start bangun pagi.
I bagi dalam point form dulu, so next time I ada masa I akan buat lagi satu blogpost untuk elaborate.

1. Tetapkan alarm (PERLU)
2. Bagun terus gosok gigi
3. Mandi terus kalau boleh, seeloknya air sejuk
4. Pakai skincare siap-siap sebelum mulakan kerja
5. Cuba amalkan 3 hari berturut-turut

Insyallah lama-lama mesti akan senang bagun pagi dan akan tiba satu masa di mana badan you sendiri akan reflex sendiri. Jangan mudah give up sebab bila you dah rasa nikmat bangun pagi tu, mesti you akan rasa sluggish gila bila start sleep in balik.

So itulah untuk entry ni, maaflah kalau bahasa serabut sekejap BM sekejap BI. I'm still getting used to it. Anyways if you have any questions, feel free to DM me on IG since I'm more active there. Follow la sekali kalau nak. Hehe...

Till then peeps!

2 comments

  1. Tips berguna ni. Set alarm paling penting. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Onie kalau bangun awal pagi pun memang susah dah nak tidur balik. Apapun malam tu kena tido awal supaya dapat tidur yang kualiti kan :D

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.