CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA RESIT TRANSAKSI MAYBANK2U PDF

07 June 2020


Bila kita kelam-kabut buat transaksi online, kadang-kadang kita lupa nak save perkara penting, iatu resit. Resit sangat penting apabila buat mana-mana transaksi online kerana itu satu-satunya cara untuk menunjukkan bukti pembelian itu sahih. Resit berbeza dengan notifikasi pembayaran di mana, notifikasi transaksi selalunya datang dalam bentuk mesej ataupun di senaraikan secara ringkas di history transaksi kita. Resit online banking selalunya datang dalam bentuk pdf. yang auto generate setiap kali lepas kita buat apa-apa transaksi, tapi kena pastikan you guys tekan butang download untuk dapatkan resit tu. Kalau tak tekan butang download tu yang jadi susah nak dapatkan semula resit tu bagi mereka yang tak tahu. Bagi mereka yang tahu senang je sebenarnya. So ini tujuan post ni, I akan share di bawah macam mana nak dapatkan semua auto-generated pdf resit daripada Maybank2U jika terlepas download.


Pastikan you guys peka, if you guys buat apa-apa transaksi official yang bukti pembayaran perlu direkodkan, resit yang diperlukan bukan screenshot atau gambar daripada transaksi. Resit yang diperlukan perlu dalam bentuk pdf, sebab itu selalu ingat untuk tekan butang 'Download' resit pada setiap transaksi yang you all buat. Tapi kalau terlupa dan browser transaksi tadi pun dah tutup macam mana? 

Boleh je dapatkan balik. Di bawah I tunjukkan cara.

1. Log in Maybank2U




2. Click pada Savings Account





3. Click pada 'All Transaction History'




4. Click 'M2U Transaction'



5. Cari transaksi yang berkenaan dan tekan button 'download'



6.  Click 'download' pada penjuru kanan atas



Pastikan tekan butang download lagi sekali untuk resit auto-generate download terus ke dalam computer atau phone you guys. After download boleh cari resit pdf dalam folder download ataupun folder yang you save tadi. Senang je kan? 

Till then peeps!

Post a comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.