Kursus Kahwin Online Selangor Waktu PKP

Kursus Kahwin Online Waktu PKP di Malaysia


Hi alls, disebabkan I dapat banyak inquiry on cara dah process perkahwinan dari blog post I yang I tulis bertahun dulu, I tergerak hati nak update balik sebab adik I nak kahwin and tengah melalui process ni. Tapi take note yang adik I tengah melalui process nak kahwin waktu PKP, so kalau korang baca post ni dah setahun berlalu, mungkin process ni dah berubah. Dan if you nak tanya soalan on this, I minta maaf, I tak boleh jawab sebab bukan I yang melalui process ni. I hanya share sikit info yang I got from my sis sebab ramai betul yang tanya. So I harap post ni dapat kurangkan soalan you, but if you have more questions, sila call pihak yang lebih tahu ea.




Sama seperti cara I kahwin dulu, step pertama you all kena buat adalah hadiri kursus pra-perkahwinan. Cuma bezanya sekarang kursus pra-perkahwinan dibuat online. Masa I dulu kena hadiri kursus dan dengar ustaz-ustaz bagi ceramah dan penerangan dalam alam perkahwinan untuk seseorang muslim. Rasanya satu hari kursus atau dua hari, I pun tak berapa nak ingat sebab dah lama sangat. Dah settle kursus kahwin, nanti akan dapat sijil, which is very important untuk teruskan step seterusnya, so make sure dapat sijil kahwin, simpan baik-baik. I ingat lagi ada ustaz tu cakap, 'sijil kahwin ni laku seumur hidup, tapi kalau hilang kena pergi kursus lagi. So para isteri yang tak nak suami dia kahwin lain, koyakkan terus sijil kursus kahwin suami lepas korang kahwin.' LOL... Ustaz yang jadi speaker kursus kahwin I dulu memang kelakar, jadi tak berapa nak bosan.

Cara Daftar Kursus Kahwin Online Di Selangor

Kali ni kursus pra-perkahwinan diadakan online sebab PKP. Adik I memang merancang nak kahwin tahun ni so nak tak nak dia kena cara jugalah cara macam mana nak attend kursus kahwin waktu PKP. So dia daftar online dekat KPPI Online (Kursus Pra Perkahwinan Online Jabatan Agama Islam Selangor)

Kursus Perkahwinan Online Selangor

Bagaimana Kursus Kahwin Online Dilakukan?

Adik I register di website, tapi better you contact Pejabat Agama Daerah you sahaja untuk lebih info. 
Bila dah register, my sis ada dapat email in a few days dengan details masa dan tarikh kursus akan diajalankan. Dan dalam email itu juga akan dilampirkan sekali manual bagaimana kursus kahwin akan diajalankan. I tak dapat nak explain on this, so I just share screenshot daripada pdf file. Boleh rujuk gambar-gambar di bawah.

kursus kahwin online selangor 2020
daftar kursus kahwin online selangor 2020
kursus pra perkahwinan online selangor
kursus kahwin selangor
kursus kahwin online pkp
kursus kahwin online selangor
kursus kahwin pkp

Maaf I tak boleh nak explain in detail sebab bukan I yang lalui. Post ini hanya untuk sharing for those yang buntu. So for those yang ada experience dan terbaca post ni, apa kata comment pengalaman you dekat bawah ni so dapat bantu yang lain dapatkan lebih pemahaman.


p/s: gambar atas, my sis cakap ada gambar I dalam video pra-perkahwinan JAIS tunjuk. Itu gambar I dalam post PENGALAMAN BUKA BUKU PINK & CHECK UP DI KLINIK KESIHATAN SHAH ALAM.

UPDATE:

0 comments