Hukum Memakai Skincare / Kosmetik Mengandungi Alkohol & Arak

01 October 2020 Malaysia

 

Hukum menggunakan arak dalam skincare

Sepanjang sedekad I menulis blog, I memang mengelak nak tulis mengenai bab-bab agama sebab it's kind of a sensitive issue sometimes. Tapi bila dah semakin berusia ni, I rasa ada a few things yang we as muslims need to take note, especially di zaman serba modern ni, ada a few things that might be confusing dia punya hukum. One of them that lands in this category is kosmetik dan skincare. Dulu industri kecantikan tak semewah sekarang dengan pelbagai jenis treatment dan produk-produk yang ditawarkan, tapi sekarang you boleh pilih pelbagai jenis rawatan dan produk. Rawatan yang perlukan suntikan dan produk yang mengandungi alcohol masih menjadi tanda-tanya kepada ramai muslim sama ada ianya dibenarkan atau tidak dalam Islam. Walaupun dah lama menjadi persoalan dan banyak juga ustaz-ustaz menjelaskan hukummnya tapi disebabkan terdapat pelbagai jenis yang berbeza-beza, sudah tentu ia jadi mengelirukan. Apa yang I banyak perasan sekarang adalah trend, if a muslim pakai, (especially famous muslims) then it should be okay. Dalam post ni I takkan highlight the other things, I'll be focusing on ARAK & ALCOHOL.

Bila I dah focus buat content skincare, sikit demi sikit I belajar dan faham ingredients list yang panjang-panjang dekat belakang produk itu untuk apa. I jadi dependable dengan ingredient list sebelum memilih untuk memakai sesuatu produk. Sebab utamanya untuk memastikan fungsi utama produk tersebut tanpa unsur marketing, sebab kadang-kadang marketing je lebih, tapi produk tak ada apa sangat. Bila tengok ingredient list baru faham sama ada produk itu natural, bebas dari paraben, fragrance-free dan lain-lain. Lagi satu yang you boleh discover juga adalah sama ada produk itu boleh atau tidak boleh digunakan untuk seseroang muslim. Sebab kebanyakkan produk skincare yang dipolopori berasal daripada Korea ataupun America, di mana pemahaman halal & haram itu bukan satu isu yang penting. Jadinya kalau kita memilih untuk memakai produk yang bukan dibuat oleh orang Islam yang sudah tentu faham mengenai hukum-hakam, menjadi tanggungjawab kita untuk membuat selidik tentang status hukum pemakaian satu-satu produk yang bukan dibuat oleh orang Islam.

Don't get me wrong, I bukan maksudkan yang kita hanya kena pakai produk buatan orang Islam sahaja sebab I sendiri pun memilih untuk memakai produk-produk daripada non-muslim companies. That's because most of these companies dah lama dalam industry so I believe that their research on skincare should be better. Itu preference I je la, ada je produk orang muslim yang I support but mostly I prefer products from brands yang dah lama dalam industry. So sebab itu, I kena alert dengan apa yang I nak pakai sebab I tak nak disebabkan skincare sahaja hidup I tak berkat. Honestly, I bukan orang kuat agama pun, tapi I cuba elakkan perkara yang akan buat I menyesal in my older days. My parents pun selalu tegur to check the sources, dulu I buat don't know je, ye lah, muda, so senang lah terikut-ikut orang. 

Now bila I dah jadi more aware and cautious bab hukum dalam produk kecantikan, I rasa I should tunaikan tanggungjawab I sebagai seorang muslim juga. Sebabnya I banyak share review produk kecantikan which makes me a beauty blogger but at the same time, I juga seorang muslim. Jadinya, I nak ambil kesempatan ni untuk beri info sebagai seorang muslim beauty blogger. Please don't get me wrong, I'm not trying to correct anyone here. It depends on diri masing-masing. This post is for those yang dulu macam I, yang tak 100% pasti mengenai hukum. So since I ada buat research on this, niat I cuma nak kongsi apa yang I jumpa, dan harap perkongsian I dapat manfaat untuk beauty blogger muslim yang lain.

Jadi jom kita terus ke topik utama, I focuskan kepada skincare tapi kosmetik juga dalam kumpulan yang sama, jadi you guys boleh anggap I merujuk kepada kedua-duanya sekali.


Pengunaan Alkohol & Arak Dalam Skincare

HARAM! Itu yang akan terlintas di fikiran bila sebut alkohol dan arak, tapi kenapa hampir setiap produk dalam kosmetik dan skincare mengandungi alkohol dan kenapa ianya tidak disekat penjualannnya kepada muslim di Malaysia, sepertimana pejualan minuman keras di kedai-kedai?

Kalau sebut 'alkohol' pula, ramai akan anggap yang alkohol adalah arak, tetapi sebenarnya alkohol dan arak boleh jadi berbeza berbeza.


Perbezaan Alkohol Dan Arak Dalam Skincare

Sebelum I terangkan lebih lanjut, cuba baca dulu Fatwa yang dikeluarkan:

Boleh baca sepenuhnya di: muftiwp.gov.my

Rujuk Fatawa Atiyyah Saqr (1/78); al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (40/93-94).

Ini juga adalah pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa al-Mu’asirah.

Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”

Begitu juga Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
  4. Tapai halal dimakan.
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.


Perbezaan Alkohol & Arak dan Hukum Penggunaanya

Konklusinya: Setiap arak mempunyai alkohol tapi bukan semua alkohol mempunyai arak.

Ini memunjukkan yang arak dan alkohol berbeza. 


Arak adalah najis dan hukumnya adalah HARAM


Hukum alkohol pula bergantung pada cara perbuatannya:

Alkohol dari proses perbuatan arak adalah najis dan hukumnya HARAM

Alkohol bukan dari perbuatan arak adalah bukan najis dan hukumnya HARAM DIMINUM


Ini bermaksud alkohol yang bukan daripada perbuatan arak iatu lebih kepada Alkohol Sintetik (Tiruan) di mana perbuatannya dicampur dengan bahan kimia boleh digunakan/dipakai tetapi tidak boleh diminum kerana ia adalah racun dan boleh memudaratkan.


Alkohol sintetik adalah bukan najis dan hukumnya HARUS


Oleh itu, terjawab persoalan mengenai perbezaan alkohol dan arak. Dua benda ni adalah berbeza dan hukum memakainya juga berbeza.


Jenis-Jenis Alkohol Yang Selalu Digunakan Dalam Skincare

Kebanyakkan produk kecantikan sekarang memang ada menggunakan alkohol.

Jenis Alkohol Yang Terdapat Dalam Skincare:

Denatured alcohol
  • Ethanol (SD alcohol) 
  • Isopropyl alcohol
  • Alcohol Denat
  • Methanol
Benzyl alcohol 

Fatty Alcohols
  • Stearyl alcohol
  • Cetyl Alcohol
  • Cetearyl alcohol
  • Behenyl alcohol

Di bawah ni I bagi sedikit penerangan ringkas mengenaikan jenis-jenis alkohol yang digunakan dalam skincare. Kalau dalam content 'skincare' terdapat klasifikasi 2 jenis alkohol sebenarnya, iatu skincare baik dan tidak baik. I jelaskan mengenai maksid good and bad skincare di bawah:

Bad Alcohols

Jenis alkohol ini diklasifasikan sebagai alkohol yang tidak baik dalam pengunaan produk skincare sebab ia boleh merosakkan kulit. Alkohol jenis ini dibuat mengunakan bahan bersumberkan petroleum yang boleh menyebabkan kekeringan kulit dan merosakkan sel-sel kulit sihat kerana ia boleh masuk kedalam kulit dan bercampur dalam darah. Antara Bad Alcohols adalah Denatured Alcohols.

Good Alcohols

Secara ringkasnya, good alcohols ni dari sumber tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk texture dan penstabilan produk dan tidak membawa kesan negative dengan pengunaanya asalkan diambil pada kuantiti yang sedikit. Antara Good Alcohols adalah Fatty Alcohols.


Hukum Memakai Alkohol

Kebanyakkan mempersoalan hukum Ethanol adalah haram kerana Ethanol melalui process pembuatan seperti arak. Tetapi Ethanol banyak digunakan dalam produk kecantikan dan juga hand santizer.


Menurut Jabatan Mufti Negeri Perlis:
Sila baca artikel penuh di bawah:
mufti.perlis.gov.my

"π’Œπ’†π’”π’Šπ’Žπ’‘π’–π’π’‚π’π’π’šπ’‚ pada pandangan kebanyakan ulama di zaman moden ini, alkohol tidak najis dan boleh digunakan untuk tujuan selain dari minuman memabukkan. Jika seseorang enggan menggunakannya atas alasan berpegang pada pendapat klasik majoriti ulama dahulu, maka itu adalah pilihan untuk dirinya. Adalah haknya untuk mengamalkan pendapat tersebut. Ini dengan syarat dia tidak membebankan pihak lain yang menganggap bahan itu boleh digunakan terutama apabila dia bertugas di tempat yang menggunakan bahan tersebut untuk awam."


Oleh itu, dari pemahaman I, Hukum pengunaanya bergantung pada diri sendiri. Kalau kita rasa ia haram maka haramlah hukumnya. Kalau kita percaya ia boleh digunakan dan kita boleh mengunnakannya. 

Pada I hand sanitizer sangat perlu digunakan dalam keadaan pandemic sekarang, jadi I rasa tak ada masalah untuk menggunakannya. Tapi untuk skincare, I masih neautral untuk memakainya, bukan sebab isu halal atau haram, tapi sebab Ethanol merosakkan kulit, so I feel like better elakkan je if boleh.


Jenis-Jenis Arak Yang Selalu Digunakan Dalam Skincare

Di atas I bagi contoh-contoh alkohol yang biasa digunakan dalam skincare, jadi di bawah ni I bagi contoh-contoh arak yang selalu digunakan dalam skincare, dimana hukumnya sudah nyata:

HUKUM: HARAM

Jenis-Jenis arak yang biasa digunakan dalam skincare:
  • Wine
  • Sake
  • Beer
  • Gin
  • Vodka
  • Rum

Kalau produk yang terang lagi bersuluh mempromosikan jenis-jenis arak di atas, ini bermaksud produk ini memang mengunakan arak dan dikira sebagai najis.

TAPI

Kenalpasti nama INCI dia dulu pada label, sebab tidak semestinya produk itu mengunakan arak. Ia boleh jadi dimana hanya extract yang diambil sebelum pemprosesan arak berlaku. Jika jenis itu digunakan, produk yang dikatakan mempunya arak itu sebenarnya boleh dipakai.


Apa itu INCI? International Nomenclature Cosmetic Ingredient (INCI) merupakan nama nama sistematik antarabangsa untuk mengenalpasti bahan-bahan kosmetik (cosmetic ingredients). Ia ditubuhkan oleh International Nomenclature Committee (INC) dan dicetak other Personal Care Products Council (PCPC) di dalam International Cosmetic Ingredient Dictionary and Handbook.


Salah satu contoh adalah SAKE yang merupakan antara bahan popular di dalam skincare yang boleh jadi haram dan boleh jadi juga boleh dipakai bergantung pada pembuatannya.


Hukum Mengunnakan Sake Dalam Skincare

Sake adalah fermented rice dan merupakan antara bahan yang sangat popular dalam skincare. Kebanyanyakkan produk-produk di luar negara mengunakan Sake sebagai bahan utama dalam produk skincare dan ada juga produk tempatan juga yang mengunakkannya dan mendapat sijil halal. Oleh sebab ini selalu menjadi kekeliruan sama ada ia boleh atau tidak boleh digunakan untuk muslim.

Ini antara rujukan yang I jumpa mengenai SAKE dalam skincare:

muftiwp.gov.my

hmetro.com.my

Kedua-dua article ini menyatakan bahawa pengunaan Sake dalam skincare adalah HARAM

TAPI

Bagaimana kalau produk yang digunakan tidak melabelkan ia sebagai Sake tapi sebagai Rice Ferment Filtrate atau dengan nama INCI yang lain?

Ini satu sharing yang I found out from an Instagram friend @nzuko


View this post on Instagram

πŸ‰SAKE, BAHAN PERAMAN DALAM KOSMETIK & ISLAMπŸ‰ Baru-baru ni MUFTI telah mengeluarkan satu kenyataan tentang hukum penggunaan Sake dalam kosmetik. Asasnya, hukumnya adalah makruh besar/cenderung haram. Boleh terus ke website MUFTI untuk penerangan lanjut. Saya tak berani nak sebut pasal hukum secara mutlak ni. Soalannya, adakah semua bahan peraman (filtered ingredients) adalah dari proses pembuatan Sake? Saya sendiri pun tak tahu, jadi saya rujuk Puan Mahellah Binti Omar, yang merupakan pakar dan perunding profesional dalam bidang farmaseutikal dan kosmetik halal. Korang boleh baca perbualan kami (dalam gambar) untuk pemahaman lanjut. Secara ringkasnya, bukan semua Fermented Ingredients dari Sake (najis). Sama sahaja seperti bukan semua Alkohol dari Arak (najis). Sumber Fermented Ingredients ada pelbagai. ✔️Ada Fermented Ingredients yang diperoleh dari hasil pembuatan Sake yang mana ianya tidak sesuai untuk pengguna Muslim. ✔️Dan ada juga Fermented Ingredients yang diperolehi dari hasil pembuatan untuk industri - maka yang ni bukan najis dan boleh digunakan. Sebagai contoh, Kita tengok produk Safi Hydra Glow Serum, ia mengandungi Rice Ferment Filtrate / Air Peraman Beras tapi ia ada sijil HALAL JAKIM. Maksudnya bahan peraman yang digunakan adalah dari sumber yang bukan najis. Manakala, Hada Labo Kouji Essense pula tidak sesuai untuk pengguna Muslim kerana ia menggunakan Rice Ferment Filtrate yang diperoleh dari hasil pembuatan Sake (ditulis pada label). Bagaimana pula dengan status produk-produk luar (contoh: Missha Essence, SKll, Secret Key Essence) yang mengandungi Fermented Ingredients. Adakah mereka halal atau syubhah? Tak tahu. Antara cara nak tahu dengan yakin dan pasti adalah kita kena tanya secara terus (emel/hubungi) pada pengeluar tersebut dari manakah sumber bahan-bahan peraman tersebut. Atau boleh tengok pada label atau pada iklan-iklan produk tersebut sama ada bahan-bahan terbabit diambil dari Sake atau dari sumber yang bukan najis. Kesimpulannya, kalau syubhah elok kita elakkan. Harap-harap penerangan ini jelas untuk semua.

A post shared by KANDA (@kanda_________) on



Di bawah gambar illustrasi comel dari @nzuko yang menerangakan secara simple mengenai Sake yang boleh digunakan

Fermented Rice Water from Sake which is permissible and non persmissile for muslims to use in skincare


Jadi dari pemahaman di atas, pastikan you alert dengan Ingredient List label pada produk. Jika produk itu secara terangan menulis nama arak cth: Sake, maka ia adalah najis. Jika produk tersebut hanya dilabel dengan nama cth: Ferment Rice Extract, ia mungkin belum menjadi najis dan boleh digunakan. Untuk lebih selamat, boleh approach brand terus dan tanya mengenai process pembuatan produk mereka.

Tapi sebaiknya jika ragu-ragu lebih baik dielakkan. 

Konklusi Hukum Arak Dan Alkohol

Seperti yang I nyatakan di atas, I bukan orang kuat agama jadi nak tentukan soal hukum halal haram itu bukan kuasa saya dan tak relevan pun untuk menyatakan I menentukan hukumnya.
I masih belajar dan banyak lagi I perlu belajar untuk perbetulkan diri dalam bab agama ni. Sharing I untuk post ini hanyalah sekadar berkongsi pengetahun apa yang telah I jumpa kerana I banyak buat skincare review, jadi timbul curiosity dalam diri I untuk explore skincare dari segi perspective agama Islam pula.
Daripada pemahaman I di atas, hukum halal dan haram bergantung pada diri kita sendiri.
Kalau diri kita rasa ia haram maka haram jadinya
Kalau diri kita rasa boleh dipakai maka bolehlah dipakai jadinya
Islam kan mudah? 
Kalau rasa ragu-ragu, elakkan memakainya.
Sedangkan terdapat banyak option lain di pasaran,  kenapa kita nak limitkan memilih produk yang kita ragu-ragu dengan hukum menggunakannya kan?
Sebagai umat Islam, seeloknya kita cuba ambil tahu sedikit dengan apa kita makan dan pakai untuk hidup yang berkat. Wallahualam.


RUJUKAN

1. muftiwp.gov.my

2. hmetro.com.my

3. news.ump.edu.my

7 comments

  1. Wah seriously artikel yg sangat2 menarik dan perlu utk kaum hawa khususnya tahu pasal halal haram kosmetik. Good job mira!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2 mira share pasal alkohol & arak dlm skincare. Content yg bagus sgt. Moga bermanfaat buat org lain

    ReplyDelete
  3. seeloknya kalau boleh elak, kita elakkan. boleh hilangkan rasa was was

    ReplyDelete
  4. Thank you sharing this. Kena pilih skincare yang betulkan. Pilih yang suci dan halal dan tidak merosakkan kulit

    ReplyDelete
  5. Bagus juga sharing ni untuk awareness, maybe ramai yang tak tahu lagi about this kan...

    ReplyDelete
  6. Info baru ni utk ilmu sy. Bagus2 teruskan perkongsian mcm ni. Selalu kita terbayang haram je. Cuma sy setuju dgn pendapat utk dibawa solat alkohol ini tidak boleh.

    ReplyDelete
  7. Betul tu Mira... Bukan semua alkohol adalah haram dan ia bergantung kepada pelbagai faktor... Kita memang perlu sering mencari maklumat yang sahih dan betul berkenaan apa yang kita gunakan... Apabila sudah memahami dan mengetahuinya, InsyaAllah kita tidak akan was-was atau risau dengan pilihan yang telah kita buat...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.