Secret Correa Premium Collagen Lotion & Secret Coffee Review


Secret Correa Premium Lotion Dan Secret Coffee

Secret Correa Premium Collagen Lotion & Secret Correa Secret Coffee boleh dipercayai ke? Ramai bagi testimoni bagus mengenai kedua-dua produk dari Secret Correa ini tapi betul ke? Tak pernah dengar jenama Secret Correa tapi tahukah you all yang Secret Correa pernah bersiaran di TV tempatan kita dan hanya produk-produk yang berkelulusan sahaja dapat disiarkan di siaran TV. Jom kita kenali dulu Secret Correa.


Apa Itu Secret Correa?

Secret Correa hasil ciptaan daripada SC GLOBAL RESOURCES SDN BHD yang diasaskan oleh Cik Puan Azila yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di dalam dunia perniagaan dan kesihatan. Melalui kajian yang Cik Puan Azila buat, dia menemui formula rahsia orang Korea guna sehingga kekal langsing dan cantik dan mengambil keputusan memperkenalkan jenama Secret Correa

Losyen ini menggunakan kolagen bungan matahari yang kaya dengan vitamin E, Guarano, Hedera Helix dan inovasi teknologi Korea. Losyen ini juga mempunyai banyak fungsi untuk tubuh badan. Antaranya membantu mengurangkan lemak di badan, mencantikkan dan menegangkan kulit, mengawal selera makan, melegakan batuk dan sesak nafas, melegakan kegatalan ekzema, melegakan sengal badan dan sakit kepala serta sesuai untuk warga tua yang mempunyai masalah sakit sendi dan kulit. 


Selamat ke Produk Secret Correa?

Disebabkan banyak kes viral yang produk tempatan mengandungi bahan-bahan terlarang dan membahayakan kesihatan, sudah tentu bila kita ingin mencuba produk tempatan kita akan lebih berhati-hati. Jadi macam mana nak pastikan produk Secret Correa ni selamat?

Boleh semak di website NPRA (Bahagain Regulatori Farmasi Negara). Ini pengesahan daripada KKM bahawa produk tersebut telah berdaftar dan selamat digunakan.


Secret Correa Berdaftar KKM


Secret Correa Premium Lotion

I dihantar produk Secret Correa Premium Collagen Lotion dan Secret Correa Secret Coffee untuk review. I tidak dibayar untuk menulis dan memberi pandangan I terhadap produk-produk ini tetapi itu tidak memberi kesan kepada penulisan I terhadapnya. Segala yang ditulis adalah bedasarkan pengalaman I sendiri.

Sebelum I menerima untuk membuat review produk ini, I ada buat sedikit research tentang jenama Secret Correa ini untuk pastikan ia selamat dan sudah terjawab ianya selamat. Kemudian I baca testimoni produk dan testimoni yang ditunjukkan sangat best, memang ramai yang kata mampu menghilangkan berat badan. Siapa yang tak nak kan? I dah bertahun cuba nak turunkan berat badan tapi tak berjaya. 

Tapi tujuan I untuk review produk ini adalah hanya untuk mencuba dan I tidak aim untuk kurus sebab I tahu bukan senang untuk kurus dengan mengambil satu produk. Tapi apa yang paling buat I tertarik adalah sebab I memang peminat slimming lotion macam ni, I suka pakai lotion yang rasa berangin di badan. Oleh itu, I teringin cuba bagaimana rasa pakai Premium Collagen Lotion daripada Secret Corea ni pula.


Apa itu Secret Correa Premium Lotion?

Premium Lotion Secrent Correa merupakan satu multi-function lotion, tapi lebih kepada slimming lotion. Lotion ini disapu pada badan untuk membantu pengguna dalam beberapa faktor dibawah:

1. Digunakan untuk menghilangkan selulit

2. Menghilangkan strecthmark bersalin

3. Losyen khas untuk mereka yang bersalin normal hingga ke cesarean

4. Melawaskan masalah sembelit

5. Menghaluskan kulit

6. Melegakan gatal resdung

7. Menghilangkan sengal badan

8. Membuang angin dalam badan

9. Melegakan batuk


Bahan-Bahan Dalam Secret Correa Premium Lotion

1. Sunflower Seed Oil

  • Mencantikkan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Anti penuaan
  • Anti radang
  • Pelindung kulit

2. Guarano

  • Melancarkan saluran jantung dari tersumbat
  • Memperbaiki sistempenghadaman
  • Merendahkan asid lemak dan kolestrol
  • Mengaktifkan sel -sel & sistem saraf
  • Menghilangkan rasa lapar
  • Menghasilkan tisu baru
  • Memernagi radikal bebas
  • Mengurangkan bengkak
  • Awet muda


3. Hedera Helix

  • Anti selulit
  • Anti lemak
  • Anti radang
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melegakan masalah pernafasan
  • Melegakan masalah kejang otot


Senarai INCI Secret Correa

Aqua, Carbomer, Capyrylic/Capric Triglyceride, Hedera Helix (Ivy) Extract, Menthol, Paulinia Cupana (Guarana) Extract, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Isostearyl Isostreate, Acefyline Methylsilanol Mannuronate, Proplene Glycol, Glycerin, Niacinamide, Ammonium Acryloyldimethyltaurate VP/Copolymer, DMDM Hydantoin.


Cara Mengunakan Secret Correa Collagen Lotion

1. Sapu lotion secara bulatan 'circular motion' untuk beberapa saat

2. Digunakan 2 kali sehari untuk hasil yang lebih baik

Bahagian Badan Yang Boleh Digunakan

  • Perut
  • Peha
  • Lengan
  • Kaki
  • Bawah Dagu


Pengalaman Mengunnakan Secret Correa Premium Lotion

Lepas I melahirkan anak, badan I memang penuh dengan stretch mark & celulite, terutama di bahagian perut. Stretch mark sangat ketara sebab masa I mengandungkan anak I dulu, perut I teramat besar sampai I nak jalan pun mengah. Lepas bersalin, perut mengelebeh, memang terasa kulit kena tarik habis bila tengok perut macam tu, tapi Alhamdulillah lepas pantang perut dah okay semula, cuma kesan stretch mark tu la susah nak hilang. I ada cuba beberapa produk tapi tak berhasil jadi I give up, malas nak fikir dah. 


Rasa Mengunakan Secret Correa Premium Collagen Lotion

Jujur kata, rasa dia sangat puas! Pleasing. Bila pakai kulit rasa berangin, sejuk tapi tak pijo/ pedih. Sesetengah lotion kurus yang I pakai sebelum ni terasa pedih panas tu, tapi lotion Secret Correa ni sikit pun tak ada rasa macam tu. Seriously dia rasa berangin je, best sangat feeling tu. Rasa berangin tu akan tahan beberapa minit lepas pakai dan kalau pakai hampir satu badan lagi best rasa dia. I pakai di bahagian lengan, perut, peha dan juga bawah dagu.


Hasil Guna Secret Correa Premium Collagen Lotion

Kalau nak kata nampak perubahan yang ketara, memang tiada. Dari segi kurus dan pengurangan stretch mark pun I tak nampak sangat kesan. I baca review ada yang dah nampak perubahan setelah 2 minggu tetapi untuk diri I, tiada perubahan yang ketara. I tahu setiap orang lain-lain dan keberkesanan produk pada setiap orang pun juga lain. Tapi I pasti juga, mungkin sebab I tak amalkan bersenam dan tanpa diet yang konsistent sepanjang 2 minggu I cuba produk ni.

Lepas baca banyak testimoni daripada orang, ramai yang kata produk ni berkesan sampai ada yang mampu hilang berkilo-kilo dengan mengunakan Secret Correa Lotion ni. Geram juga tengok testimoni.
You guys boleh baca testimoni di secretcorrea.com

Lotion kurus seperti ini merupakan hanya booster sahaja. Booster untuk membantu proses membakar lemak lebih efficent, sama seperti sebab mengapa kita ambil supplement. Pokok pangkalnya kena bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat juga.

I ada pernah cuba amalkan pemakanan sihat dan bersenam sahaja untuk 2 minggu tapi I tak nampak hasil yang ketara juga dan membuatkan I give up. Jadi kali ni, I nak cuba amalkan gaya hidup sihat dengan sedikit bantuan lain seperti Secret Correa Premium Collagen Lotion dan juga Secret Coffee Premix mereka.


Secret Correa Secret Coffee

Premix Coffee ini mungkin baru sebab I cuba semak pendaftaran KKM online tapi tiada. Tetapi di packaging terdapat logo KKM yang menyatakan produk ini selamat. I tak berani nak ulas lebih mengenai ini, you guys boleh rujuk dengan ejen mereka untuk info lebih lanjut.

I ada cuba minum juga kopi ini sebab di kotak bungkusan, bahan yang ditunjukkan hanya kopi segera, krimer, kurma, madu dan green coffee. Tiada bahan pengawet atau apa-apa jenis bahan lain yang disenaraikan selain itu.


Apa itu Secret Correa Secret Coffee

Secret Coffee dari Secret Correa ini merupakan kopi segera yang mengandungi bahan-bahan sunnah dan pada masa yang sama dapat membantu menghilangkan berat badan.


Kelebihan Minum Secret Correa

Sumber daripada secretcorrea.com

Garcinia Cambogia

  • Mengurangkan selera makan
  • Mengelakkan lemak terkumpul
  • Mengawal proses pembakaran lemak dalam badan
  • Membantu membuang lemak yang di bahagian yang sukar seperti peha dan perut


Kurma

  • Menguatkan memori
  • Baik untuk ibu mengandung /berpantang
  • Baik untuk kesihatan jantung
  • Baik untuk kesihatan tulang
  • Merawat masalah usus


Hoodia

  • Mampu meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan tenaga
  • Membuatkan anda tidak terasa letih


L-Carnitine

  • Meningkatkan metabolisma
  • Menjadikan bdan bertenaga
  • Menguatkan tulang
  • Mempercepatkan proses penyembuhan
  • Mengurangakan kadar kolestrol
  • Meningkatkan kekeuatan memori manusia
  • Meningkatkan tenaga
  • Menjaga jantung
  • Menstabilkan tekanan darah


Madu

  • Mengilangkan batuk
  • Mencegah kanser dan penyakit jantung
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mempunyai sumber nutrisi yang lengkap
  • Mampu menghilangkan luka


Review Minum Secret Correa Secret Coffee

Sejujurnya I baru beberapa kali sahaja minum Secret Correa Secret Coffee ini sebab I bukanlah pengemar kopi. Cuma sekali sekala sahaja bila I teringin nak minum kopi I akan ambil.

Tapi sepanjang I minum Secret Correa Secret Coffee ni, I tak ada symptom sakit perut atau perlu kerap ke bilik air pun. I masih dengan rutin membuang macam biasa. I tak ada masalah sembelit ataupun cirit-birit. Tapi apa yang I perasan, bila I minum Secret Correa Secret Coffee ni I tak ada rasa nak makan ataupun mengunyah. Kalau I minum kopi ni biasanya pada waktu pagi lepas sarapan, usually dalam pukul 12 tengahari I dah rasa lapar tapi kadang-kadang sampai pukul 2 petang I masih tak rasa lapar walaupun skip makan. Nak kata kenyang pun tidak, tapi perut tak berbunyi-bunyi macam selalunya. 

Rasa Secret Correa Secret Coffee ni sedap even untuk I yang bukan coffee lover. I tak suka kopi yang pahit but this one tak pahit sangat, tak manis sangat. Kopi Secret Correa ni tiada gula tapi digantikan dengan nano sweet kulit tebu hitam, jadi kopi ini juga sesuai untuk orang yang ada kencing manis dan darah tinggi. Krimer yang digunakan juga adalah Palm Kernal iatu isi rong biji kelapa sawit.

Kalau baca kelebihan kopi Secret Correa dekat atas ni banyak juga kelebihan yang diketengahkan sebab mengandungi makanan sunnah seperti madu dan kurma. Katanya kopi ini juga dapat juga membantu dalam memberi tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan yang akan membantu untuk membakar lemak dalam badan. Secret Correa mengatakan yang Secret Coffee mereka tiada kesan sampingan dan sesuai untuk lelalki dan perempuan termasuk yang mengandung ataupun menyusukan anak.

Pada I kopi ini memang mampu memberi tenaga dan selalunya I akan minum pada hari yang jadual I penuh. Walaupun I suri rumah tapi ada hari yang I ambil untuk kerja sahaja, macam pergi office dan pada hari tu I banyak hadap laptop. Bila tiba tengahari mulalah tenaga dah berkurang, mata dah mengantuk tapi kerja masih banyak tapi I tak boleh nak focus sangat kalau letih. Bila I minum kopi Secret Correa pada hari I kerja, kadang-kadang tak sedar dah pukul 3 petang tapi I masih bertenaga buat kerja.

Itu adalah antara perbezaan ketara yang I perasan lepas minum Secret Correa Secret Coffee tapi kalau segi kurus I tak nampak, sebab macam I kata awal-awal, I cuma minum beberapa kali je.

Apa-apa pun, lain orang lain ke keberkesananya sebab semua orang berbeza. Apa kata you all cuba je sendiri produk Secret Correa ini. Boleh dapatkannya di website secretcorrea.com ataupun bersama ejen-ejen mereka.


0 comments