5 Produk Norwex Yang Patut Ada Di Dapur

 

Norwex Untuk Dapur

Patut ke beli Norwex? Orang kata kain kayangan ni berbaloi tapi betul ke? Mahal sangat untuk sekadar buat kain buruk je, baik beli kain murah-murah je, lambat laun masuk tong sampah jugak kan? Uishhh... kalau kain buruk memang patut masuk tong sampah sebab kotor, dan sebab kotor berapa rajin sangatlah kita untuk cuci kan? Kain Norwex ada warranty sampai 2 tahun, takkan nak masuk tong sampah juga bila dah kotor kan? Comfirm you alls akan rajin cuci sebab dalam pemikiran kita automatik akan sayang sebab 'MAHAL'. Yes betul mahal. Nangis dengan harga. Tapi kenapa ada orang beli juga? Teruskan membaca:


Kain Norwex memang mahal tapi for the long run sebenarnya sangat menjimatkan. Siapa yang buat calculation dengan average kita beli tisu dapur dan juga kain lap murah pakai buang, harga Norwex jauh lebih menjimatkan dan pada masa yang sama membantu alam sekitar dengan mengurangkan wastage. Hanya satu kain boleh tahan lebih 2 tahun dengan penjagaan yang betul, dan pada yang sama dapat membantu memudahkan dan mempercepatkan kerja sebab teknologi kain yang advanced. Ini antara faktor utama kenapa ramai yang terjebak dengan Norwex walaupun mahal.


I antara orang yang terjebak tu dan ini pengalaman I pakai Norwex, dan sejujurnya I memang rasa Norwex sangat-sangat membantu di dapur,  sampai stock tisu dapur daripada tahun lepas tak habis-habis lagi. Mana yang kenal I tahu yang I jenis yang support recycling, siap ada ruang khas untuk recycling at my home dan sanggup collect hantar pergi recycling center because itu amal jariah kecil yang I boleh buat. I tak sangka dengan keluarga kecil I ni boleh produce such a large sum of recycables dalam sebulan, so I sentiasa cari cara bagaimana nak kurangkan. Dan Norwex ternyata telah membantu terutamanya di dapur. 


Norwex terdapat pelbagai jenis produk untuk membantu kerja di dapur tapi di bawah I senaraikan hanya 5 produk Norwex sahaja yang I rasa patut ada. Ini daripada pandangan I sahaja okay, orang lain mungkin kata tidak, so terpulang pada you.

Di bawah adalah antara senarai produk Norwex yang patut ada di dapur:


Kitchen Cloth Norwex

1. Norwex Kitchen Cloth / Towel

Kitchen cloth / Towel produk pertama yang you patut pilih untuk cuba Norwex di dapur. Sebab kita memang akan banyak mengelap dan mencuci di dapur kan? Hampir kesemua kita memang ada satu kain buruk di dapur untuk buat lap kan? Tapi bila cuba Norwex punya, memang terasa bezanya dengan kain lap microfiber yang biasa kita pakai, sebab hanya dengan air je minyak-minyak semua hilang. Tak perlu nak bersungut lagi kalau minyak tumpah, sebab kerja nak bersihkan tak renyah macam dulu. Kalau kain biasa, sebelum lap minyak kita akan lap pakai tisu dapur dulu kan, untuk kasi minyak semua serap dalam tisu dulu, baru lap dengan kain basah. Tapi untuk Kitchen cloth Norwex, terus lap pakai kain basah Norwex sahaja dan semua minyak hilang dalam beberapa lap je


Selain minyak, kitchen cloth Norwex power menangkap 'crumbs', sampah sarap yang kecik-kecik dekat dapur tu. Lap je nanti akan melekat dekat kain, cuma kena pastikan kain Norwex basah dulu. Kalau 'stain' makanan pun sama. Basahkan dengan air sahaja, tak perlu sabun dan lap je pakai kain Norwex, hilang terus. Tentulah kena sental sikit kalau stain yang susah nak tanggal tu.


Okay, ramai yang confuse apa beza kitchen cloth dengan Kitchen Towel ni. Bezanya saiz sahaja, kitchen cloth lebih kecil dan pendek dari kitchen towel. Mana yang patut beli? Pada I, patut ada dua-dua kain ni di dapur. Kitchen cloth you boleh guna untuk lap segala kotoran dekat dapur, manakala kitchen towel you boleh gna untuk lap pinggan mangkuk. Sebab kitchen towel lebih besar, lebih banyak permukaan kering yang you boleh gunakan untuk keringkan pinggan mangkuk. Tapi cara pengunaan dia bergantung pada you.


Counter Cloths Norwex

2. Norwex Counter Cloths

Counter cloths Norwex fungsi dia macam tisu dapur. Segala apa yang yang you selalu buat guna tisu dapur you boleh gantikan dengan counter cloths. Saiz counter cloths pun separuh daripada size tisu dapur kita, jadi elok sangat untuk gantikan kerja tisu selain daripada mengunakan kitchen cloth Norwex. Sebab tu pengguna setia Norwex di dapur akan memiliki banyak counter cloths sebab sangat membantu di dapur. Satu untuk mengelap dan lagi satu untuk menyimpan makanan.


I tahu, I kata di atas yang kitchen cloth untuk lap-lap kotoran dekat dapur, tapi kenapa nak tambah counter cloths pula. Pada mereka yang sangat mementingkan hygeine, boleh gunakan insiatif untuk memisahkan tugas kitchen cloth dan counter cloths untuk untuk memastikan anda dan keluarga anda sentiasa terjaga daripada kuman di rumah. Apa yang I maksudkan, kitchen cloth you boleh gunakan untuk lap permukaan-permukaan yang memang kotor sahaja, seperti dapur gas, sinki, counter dapur, lantai dan mana-mana tempat yang bercampur habuk dan minyak untuk senang dibersihkan, gunakan kitchen cloth. 


Manakala untuk pengunaan counter cloths, you boleh gunakan untuk kerja lap dan permbersihan perkakas elektrik di dapur seperti air fryer, periuk nasi, mesin kopi, microwave, oven dan apa-apa sahaja yang membabitkan penyediaan makanan. Tujuannya untuk pastikan pembersihan you betul-betul bersih. Takkan you nak lap perkakas makanan dengan kain yang buat lap sinki. I dengar pun geli. Walaupun Norwex menjajikan pembunuhan 99% bakteria, please jangan bebal sangat. Belum tentu kita bersih kain betul-betul efektif untuk hilangkan bakteria. Jadi untuk lebih selamat, lebih baik asingkan pengunaan. Lagipun saiz counter cloths lebih kecil, jadi senang nak lap permukaan kecil di perkakas elektrik.


Selain itu, counter cloths bukannya guna untuk mengelap sahaja. Counter cloths juga terkenal dengan kuasa untuk kekalkan kesegaran sayur-sayuran di dalam peti. Kalau dulu tips di dapur untuk kekalkan kesegaran sayur kena letak tisu dapur dalam tupperware kita simpan kan? Sekarang gantikan tisu dapur dengan counter cloths dan sayur boleh kekal segar lebih daripada seminggu. Ini kerana kuasa penyerapan counter cloths yang boleh menyerap lebih banyak air daripada tisu dapur


Tapi ada kata counter cloths ni boleh buat untuk cuci bilik air juga? Ya betul, counter cloths ni multipurpose macam tisu dapur juga. Apa yang you guna untuk tisu dapur, counter cloths pun boleh. Apa yang I terangkan di atas hanyalah cadangan pengunaan. You boleh gunakan counter cloths mengikut kesesuaian you. TAPIIII... Tolonglah jangan campur kain yang sama dengan pengunaan mengelap tempat-tempat yang kotor dan untuk penyediaan makanan walaupun telah dicuci. 


3. Dish Cloths

Lupakan span basuh pinggan dah sebab kain jaring-jaring dari Norwex ni boleh buat membasuh dengan menyental pinggan mangkuk dengan mudah. Nak guna dengan liquid detergent atau paste detergent pun boleh. Kedua-dua jenis detergent mampu menghasilkan buih untuk membasuh dengan mudah. Tak perlu gunakan sabun Norwex pun boleh sebab Dish Cloth ni tak ada BacLock. Pakai je sabun pinggan mangkuk yang you guys biasa guna.


Dish cloth juga boleh digunakan untuk memudahkan kita membuang sampah sarap di singki. Caranya dengan membentangkan dish cloth di singki dan segala sampah sarap dari pinggan mangkuk kita akan jatuh atas dish cloth apabila kita membasuh pinggan. Bila pinggan mangkuk dah clear, kita tinggal angkat je dish cloth dari singki dan tapis air yang minitik, sampah sarap yang terkumpul dalam dish cloth tu boleh terus buang. Senang kan?


4. Bottle Brush with EnviroSleeve

Kalau kita nampak macam ni je mesti dalam kepala berus ni untuk basuh bottle susu baby kan? Sebenarnya Norwex punya bottle brush ni bukan untuk itu sahaja tapi untuk semua kegunaan besihkan bottle ataupun bekas yang panjang yang kita susah nak capai dengan tangan. Ya betul, function dan rupa  dia sama je macam yang beli murah dekat kedai tu kan? Tapi Norwex ada beza sikit yang membuatkan bottle brush mereka lebih efficient.


Norwex Bottle Brush guna rubber bristles dan bentuk bristles dia membuatkannya mudah menanggalkan kotoran dengan mudah. Orang kata effortless sebab cepat je hilang kotoran walaupun dengan air. Tapi of course la kalau permukaan berminyak kena cuci dengan sabun. Yang paling best tentang Norwex punya bottle brush ni, sebab dia pakai rubber bristles, dia punya bristles tak akan tanggal ataupun penyek macam berus bottle yang kita selalu pakai. Kalau ikutkan setahun hampir tiap-tiap bulan tukar berus bottle biasa, pakai Norwex punya beli sekali tahan bertahun-tahun. Jimat!


Tambahan lagi, bottle brush Norwex ada EnviroSleeve. Kain yang boleh disarungkan pada bottle brush Norwex untuk tujuan keringkan permukaan dalam botol yang dibasuh. Jadi tak perlu nak tunggu dalam botol kering cara manual, lambat kan? Lap je terus dalam botol lepas tutup, tak perlu risau masih ada air dalam tu yang boleh buat botol berkulat jika terus simpan. Envirosleeve ni kain seperti enviro cloth Norwex yang kuat serap air tu, dan of course ada BacLock sekali.


5. Veggie and Fruit Scrub Cloth

Okay, produk ni a bit extra la, tapi function di sangat bagus. You all mesti dah aware yang sayur-sayuran dan buah-buahan di pasaraya kebanyakkan ada lapisan wax diluarnya untuk pastikan buah atau sayuran kekal segar dan cantik. Wax itu tak elok dan boleh menjejaskan kesihatan, sebab itu kita selalu dipesan untuk membersihkan dulu buah dan sayuran sebelum makan. Tapi sekadar cuci dengan air je tak guna sebab wax ni waterproof, sebab tu ramai juga yang mimilih option untuk merendam buah dan sayuran dalam sabun detergent baby. I pun buat macam tu sebab nak pastikan wax tanggal, tapi comfirm ke tanggal habis?


Dengan Veggies and Fruit Scrub Cloth Norwex, wax yang melekat pada buah senang ditanggal dengan hanya beberapa lap sahaja. Memang akan nampak beza warna buah sebelum dan selepas dan you akan rasa lebih selamat untuk makan. Kain ni lebih sesuai pada mereka yang sangat concern tentang ni, jadi kalau you tak rasa ia keperluan dan ia bukan keperluan untuk you. Tapi pada mereka yang particular pasal ni, akan rasa cloth ini sangat membantu dalam mempercepatkan kerja.


Overall senarai I di atas hanyalah cadangan I sahaja. Norwex ada banyak lagi produk untuk kegunaan di dapur tapi 5 barang di atas yang I rasa paling unik daripada Norwex yang susah nak cari kualiti dan fungsi yang sama daripada barang yang lebih murah kita boleh cari di Shopee. Tapi kalau you belum cuba Norwex lagi, I suggest you mulakan dengan Kitchen Cloth dulu, honestly lepas seminggu pakai memang you akan rasa sendiri yang kain ni berbaloi.


Apa-apa pun itu bergantung pada diri you. If you rasa Norwex ini mengarut, then itu pandangan you. Ada yang nak cuba Norwex tapi takut nak beli sebab mahal sangat. Sebenarnya you boleh je dapatkan kain Norwex dengan harga RM41 satu. Sebenarnya kain Norwex ni mampu milik, cuma ia bukan keperluan sahaja, sebab itu dia jadi mahal. Dia lebih kepada kehendak, sebab itu ramai fikir banyak kali untuk cuba Norwex. I pun sama dulu, tapi bila dah faham dengan harga Norwex ni, baru 'ooooo, okaylah, tak adalah mahal sangat'. Cuma keluarkan duit sekali macam pergi makan sedap-sedap sebulan sekali yang kita selalu buat tu. Hehe... 

Norwex akan jadi lebih murah kalau you jadi Elite Customer (Member) ataupun consultant Norwex. Of course la jadi consultant lebih berbaloi sebab Norwex asyik bagi hadiah free je, itu antara sebab I sign up jadi consultant juga. I rasa I dapat hadiah daripada Norwex lebih banyak daripada I membeli dah. Tapi I tak berapa focus menjual sebab kerja I pun dah banyak! I just suka benefit dia je. You guys kalau nak tahu info lanju mengenai ni, boleh contact my sister, Wahidah. Wahidah dapat membantu, cuma klik button whatsapp di bawah.

chat button

So kalau antara you guys yang teringin nak mencuba Norwex boleh let Wahidah know. Wahidah akan tolong you dapatkan Norwex pertama you tanpa rasa koyak ok. Hehe... 


0 comments