BEZA PHYSICAL SUNSCREEN DENGAN CHEMICAL SUNCSCREEN

24 July 2020




Terdapat banyak jenis sunscreen di pasaran, ada panggil sunscreen, ada yang panggil sunblok. Lepas tu ada pecahan physical dengan chemical lagi. Apa beza physical dengan chemical sunscreen ni? Boleh buat pening kalau tak tahu apa bezanya, lagi-lagi bila banyak jenis produk di pasaran, mana satu nak pilih? Ok post ni untuk you guys yang tak familiar dengan perbezaan sunscreen. I buat post ringkas je ni supaya you all mudah faham basic dia. Bila dah dapat bezakan basic je, you akan pandai pilih sunscreen sekelip mata. Tak perlu serabut-serabut dekat kedai nak pilih yang mana lagi. Jom baca lagi kalau nak tahu.


Apa yang perlu you all ingat tentang sunscreen:

Sunscreen: Chemical Sunscreen
Filter UV rays

Sunblock: Physical Sunscreen
Block UV rays

Sunscreen ataupun sunblock merupakan dua jenis produk yang bagus untuk melindungi kulit you daripada sinaran UV Matahari. Tapi pastikan you guys memilih produk bedasarkan beberapa faktor:
  • Melindungi daripada sinaran UVA dan UVB / 'broad-spectrum'. 
  • Sun Protection Factor (SPF) 30 ke atas dan ada PA+++
  • Water-resistant
Setiap jenis sunscreen atau sunblock mengunakan bahan kimia yang berbeza untuk melindungi kulit. Di bawah I ceritakan secara ringkas beza Chemical dan Physical Sunscreen.

Chemical Sunscreen

Bahan Utama

Octinoxate, Octisalate dan Avobenzone

Bagaimana ia berfungsi?

Chemical sunscreen menukarkan UV rays kepada haba dan melepaskan haba itu daripada kulit. Ini menyebabkan UV rays tidak dapat menyerap kedalam kulit.

Disebabkan chemical sunscreen merupakan campuran pelbagai jenis bahan kimia, pastikan you all sentiasa membaca label ingredient produk sebelum membeli. Ini kerana chemical sunscreen mempunyai active ingredient yang mungkin boleh menyebabkan allergy pada mereka yang berkulit sensitif.

Kelebihan

  • Lebih nipis dan senang untuk dipakai terutama di bawah makeup
  • Kurang risiko untuk ada gaps diantara sunscreen molecules
  • Lebih senang untuk diformulasi dengan treatment ingredeients seperti peptides dan enzymes yang membolehkan skin-protecting benefits

Kekurangan

  • Kebolehan untuk menaikkan brown spots kerana haba daripada chemical di kulit
  • Memerlukan 10 minit lepas aplikasi untuk ianya berfungsi melindungi kulit
  • Boleh menyebabkan iritasi ataupun stinging
  • Lebih tinggi SPF, lebih tinggi risiko iritasi pada mereka yang ada sensitive skin
  • Perlu kerap pakai semula 
  • Boleh menutup pori bergantung pada formulasi

Physical Sunscreen

Bahan Utama

Titanium Oxide atau Zinc Oxide

Bagaimana ia berfungsi?

Physical Sunscreen berfungsi dengan duduk diatas permukaan kulit untuk memantulkan sinaran UV daripada kulit. Ia lebih kurang sebagai perisai kulit.


Physical Sunscreen ni bersifat lebih opaque yang bermaksud consistency dia lebih tebal. Oleh it boleh menyebabkan pemakaian agak sukar untuk ia diserap ke dalam kulit. Ia juga boleh menyebabkan white cast pada kulit, iatu bertompok putih. Tapi dengan teknologi sekarang, ada je sunblock yang boleh atasi masalah ni, dah banyak pun dekat pasaran.

Kelebihan

  • Memberi perlindungan dari sinaran UVA dan UVB yang dimana ianya semulajadi bersifat broad spectrum
  • Memberi perlindungan serta merta daripada matahari
  • Tahan lebih lama daripada chemical sunscreen apabila terdedah kepada matahari
  • Potensi untuk dapat irritation kurang
  • Lebih sesuai kepada mereka yang berkulit sensitive
  • Kurang berpontensi untuk menyekat pori

Kekurangan

  • Perlu reapplication apabila berpeluh kerana sunblock senang tanggal dan dicuci
  • Boleh meninggalkan white cast
  • Tidak sesuai dipakai di bawah makeup
  • Lebih tebal dan memerlukan lebih banyak masa untuk memakai
  • Menampakkan white drips di muka apabila berpeluh
  • Perlu sentiasa memastikan aplikasi di seluruh muka sekata, kalau tidak ianya tidak akan memberi perlindungan pada kulit.

Sunscreen Apa Yang Lebih Bagus? 

Jawapannya, kedua-dua bagus dan even banyak dermatologist pun nyatakan statement yang sama. Ianya sebenarnya bergantung pada kulit dan pengunaan you. Kalau kulit you sensitif, mulakan dengan Physcial Sunscreen dulu, tapi kalau kulit you okay, boleh je cuba dua-dua.

Macam I pakai dua-dua jenis dan I memang banyak koleksi sunscreen. I pakai sunscreen mengikut mood dan kesusaian pada hari itu. Kalau I duduk di rumah ataupun keluar tak pakai makeup, I lebih prefer guna physcial sunscreen. Kalau I pakai makeup, I suka pakai chemical sunscreen which mostly act as a makeup primer.

Sekarang you dah tahu beza physical dan chemical sunscreen, which is good enough already. Cuma jangan terkejut bila pergi kedai then pening nampak ada pilihan sunscreen seperti milk, lotion, spray dan sebagainya. Mesti terus buntu balik dekat kedai. HAHA... I pun macam tu dulu, sekarang pun sama, but don't worry kita belajar sama-sama. Nanti I share post tentang ni.

Till then peeps!


Post a comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.