Cara Beli dan Transfer Domain Blogger Untuk Beginner

19 December 2020 Malaysia

 

Cara Beli Domain Untuk Blogger

Bagaimana nak tukarkan blogspot.com kepada .com? Nak beli domain yang murah? Post ni I akan ajar cara beli domain untuk blogger di NetKL dan juga Godaddy. Perlu beli domain atau hosting? Atau perlu beli kedua-duanya sekali. Jawapan itu bergantung pada tujuan you buat blog. Post ini untuk mereka yang betul-betul tak tahu apa-apa mengenai domain dan hanya nak tukar domain blogspot.com ke .com sendiri tanpa mengupah sesiapa. Ini tutorial ringkas dan pengalaman I tukar domain.


Apa beza Domain dengan Hosting?

Knowledge I bab ni tak tinggi pun, so kalau you beginner macam I boleh fahamkan konsep ni.


Domain = Nama (cth: .com, .org . my, .me etc)

Hosting = Rumah  (cth: blogspot, wordpress)


Info Penting Untuk Beli Domain


1. Boleh beli domain sahaja

Bagi mereka yang hanya mahukan nama blog yang cantik boleh pilih untuk beli domain sahaja. Kepada blogger yang menulis blog personal macam I, lebih baik beli domain sahaja. Sebabnya kita hanya mahu nama blog yang cantik sahaja. Kita bukan buat professional website so tak perlu nak beli hosting.


Sebanya domain dan hosting harganya berbeza di mana hosting akan lebih mahal. Macam contoh yang I bagi, domain adalah nama manakala hosting adalah rumah. Sudah tentu rumah lebih mahal kan? Sebab adanya hosting, you macam upgrade rumah yang lebih besar dimana boleh muat lebih ramai orang masuk dalam satu-satu masa.


I hanya pakai hosting free sahaja iatu blogspot.com. Jadi let's say kalau I lupa nak renew domain, I punya blog akan revert balik ke blogspot.com tanpa masalah. Kalau pakai hosting ada potential blog you akan hilang kalau you tak ada ilmu. I tak ada ilmu tu so I pilih jalan selamat je.


2. Tidak perlu beli hosting jika tidak perlu

Beli hosting perlu berhati-hati, sebab kalau you baru dan tak ada ilmu yang cukup lagi dalam ni, ada potential blog you akan hilang. Kalau you nak set up website yang perlukan hosting tapi tak ada knowledge untuk buat, upahlah developer yang pakar dalam ni. Buat serabut kepala je buat sendiri.


3. Beli domain + hosting pun boleh

Ada provider yang sediakan pakej untuk beli domain + hosting sekali. Kalau you buat bisnes boleh consider untuk beli ni. If you tak ada ilmu on this, upah je orang untuk buat. Senang.



Cara Tukar blogspot.com Ke .com

Dalam post ni I akan share bagaimana I tukar my blog dari miracikcit.blogspot.com ke miracikcit.com.

I dah pakai miracikcit.blogspot.com 10 tahun dah, dan nak masuk tahun ke-11 baru I ada kesedaran nak tukarkan ke miracikcit.com untuk nampak lebih professional. Ini kerana my goals dah berubah dan I nak focus ke blog semula dan dapatkan balik zaman glory I sebagai blogger dulu. Tapi kali ni I dah ada ilmu sikit tentang SEO. Jadi langkah pertama I buat adalah tukar domain.



Bagaimana Beli Domain Untuk Blogger?


Ada banyak pilihan sebenarnya untuk beli domain. Di blogger sendiri pun boleh beli google domains terus dari platform blogger. Tapi masa I beli domain dulu, I direcommend guna NetKL. Sebab fresh dan tak ada ilmu tentang domain ni, I proceed he beli di NetKL dengan harga domain RM45 setahun.


Cara beli domain di NetKL


1. Pergi homepage NetKL

2. Klik domain (menu dropdown)

3. Klik 'Buy Domain Only'

4. Masukkan nama domain yang you nak cth: cikcits.com dan klik 'Search'

5. Kalau domain available. Klik 'Checkout'

6. Lepas tu follow je arahan yang diminta. Tak perlu tukar atau tambah apa-apa kalau tak faham. Proceed je ke next step.

7. Isi particulars + create account

8. Pilih cara pembayaran

  • MBB/CIMB/IBG Transfer 
  • Maybank2u, CIMB Clicks, FPX 
  • PayPal 
  • Credit/Debit Card

9. Checkout & Buat Pembayaran


Bila dah settle you akan dapat confirmation email. Follow je arahan yang diminta. I tak berapa nak ingat dah sebab dah lama.


Cara Setup Domain NetKL


Contoh Setting DNS NetKL

I cuba buat sendiri tapi tak boleh, actually setting I masa tu okay dah cuma NetKL punya DNS macam complicated. I ada call NetKL dia minta tengokkan apa yang silap tapi mereka kata tak tahu. 


Mereka suruh I upah developer diaorang untuk setup. Kena bayar RM10. Mula-mula I reluctent sebab I tak nak orang lain masuk account blog I tapi sebab I tak boleh nak buat I bayar jugaklah untuk service pasang. Sekejap je diaorang buat dah settle dah.


Tapi I ada problem nak on https, pelbagai cara I cuba buat tak boleh ini the end I minta tolong NetKL juga buatkan. Nasib baik tak minta charge lagi. Lepas tu dah okay dah.


Pengalaman Guna Domain NetKL

I pakai NetKL dalam 4 bulan sebelum I buat keputusan nak pindah ke GoDaddy sebab I nampak Godaddy ada buat promotion domain .com 70% off. Memang murah gila-gila, tapi bila renew akan kembali ke harga asal which is domain GoDaddy akan lebih mahal dari NetKL tapi I rasa it should be a good investment la.


I ada baca somewhere dulu yang registrar ni ada main peranan untuk readers masuk ke blog. Registrar akan pakai servers yang terdekat untuk readers cepat masuk blog. Something like that, I tak ingat full details dan I malas nak buat research on that. Tapi sebab my blog banyak international readers, so I rasa macam nak cari registrar yang international. Again, I tak tahu FACT ni betul atau tidak.


Reason lain kenapa I tukar registrar provider sebab I lebih suka interface wesbite GoDaddy, lebih kemas dan CS dia lebih responsive. Senang nak rujuk dan beritahu kalau ada masalah. Selain itu, I punya blog ada problem crawling tanpa www dan punca dia daripada setting DNS di NetKL. I pun selalu dapat mesej error Ads.txt file untuk Adsense which is anoyying padahal dah set betul semua dah. Ayue Idris dah pakai GoDaddy lama dan dia tak ada masalah ni semua so I proceed untuk transfer je walaupun I ada baki lagi 8 bulan sebelum renew domain di NetKL. Masalah tu semua lama dah tapi I tak tahu kenapa I rasa malas sangat nak contact NetKL minta tolong betulkan.

Tapi masalah itu semua settle lepas I transfer domain ke Godaddy.com



Cara Transfer Domain Dari NetKL Ke GoDaddy


1. Login ke NetKL


2. Klik 'DNS Setting'

Copy-paste dan simpan A records & CNAME settings. PENTING!


3. Unlock Registrar

Kena unlock 24 jam sebelum membuat process untuk transfer domain. Kalau tidak pihak GoDaddy tak boleh proceed dengan transfer.


4. Retrieve 'Activation Code'

Copy-paste dan simpan sekali dengan DNS Settings tadi.


5. Pergi ke my.godaddy.com

Ada 3 options untuk transfer domain ke Godaddy. 

  • Manual (Beli sendiri di website)
  • Call Agent
  • Whatsapp Agent

Sebelum I berjaya transfer domain I banyak try and error so I end up guna ke semua service dan I rasa guna service whatsapp lagi mudah. So I share cara tukar domain godaddy melalui whatsapp. Seeloknya pakai website web di computer terus, senang you nak tunjuk screenshot pada agent.


6. Sign-Up Akaun GoDaddy


7. Klik Message Us On Whatsapp Button (Di Header Menu)

Drop Down no phone di header website belah kanan, you akan nampak button tu. Button tu akan direct you ke Whatsapp. Tulis siap-siap you nak transfer domain dari Netkl ke Godaddy


8. Tunggu agent live reply


9. Agent akan minta Verification Pin dan Customer ID. 

Cari di header atas belah kanan. Klik drop down arrow sebelah nama you. Agent akan beri you link form registration, pastikan you isi terus.


10. Berikan details ni siap-siap:

  • Authorization code domain di NetKL
  • Renewal berapa tahun, 1 atau 2 tahun?



11. Agent akan bagi link untuk checkout terus


12.  Review package dan customise ikut suka

I buat renewal 2 tahun terus dan I tambah satu domain baru termasuk dengan protection plan. Boleh refer package I dalam gambar.

Contoh harga domain Godaddy Malaysia

Harga domain untuk 2 years RM50+. I tambah protection transfer tu tapi itu tak perlu pun. I tak tahu kenapa I beli. HAHA... Lepas tu I tambah lagi satu domain baru dengan harga RM9.


8. Package dah ok. Buat pembayaran
Payment method hanya ada jenis credit card atau debit card sahaja sebab auto renewal
Jadi payment information you akan tersimpan dalam account GoDaddy. So gunakan bank account yang you bukan buat savings untuk safety. Just in case.


9. Settle pembayaran agent akan beri whatsapp notifikasi

Here's the status of your domain name transfer
miracikcit.com
Transfer status:
Pending transfer-in.
Recommended action:
We're waiting for approval from the sending registrar, which can take up to 7 days.


10. You akan terima email dari GoDaddy dan NetKL tentang notifikasi transfer domain ni. NetKL hanya akan approve transfer out selepas 7 hari jadi memang kena tunggu.


Ambil Tahu Bila Tukar Domain

Live blog takkan ada problem sepanjang process transfer.

Jadi pembaca you masih boleh masuk ke wesbite dan tak akan menjejaskan adsense you


TAPI INI PENTING. PASTIKAN YOU BUAT

Sebab I tak diberitahu tentang ini, jadi I alert you guys awal-awal.


Login ke NetKL dan dapakan segala maklumat penting yang diperlukan terutama unique CNAME blogger.


Kenapa?

Sebab bila dah berjaya transfer keluar dari NetKL, you punya account akan hilang segala record. So you nak retreive maklumat penting dah tak boleh. Especially unique CNAME blogger you.


Contoh Unique CNAME Blogger
Highlight kuning adalah unique CNAME blogger. Setiap domain lain-lain

Sepatutnya unique CNAME blogger tu boleh retrieve di blogger je tapi blogger interface yang baru hanya  tunjukkan CNAME tu beli buat setting domain baru sahaja. Yang dah setting domain lama I tak jumpa cara macam mana nak retrieve CNAME balik. Nasib baik I ada screenshot I punya DNS setting dulu. Nasib baik! Kalau tak ada screenshot tu I tak tahu macam mana nak retrieve balik. Memang mata dah panas nak nangis masa tu. HAHA... 



Cara Set Up Domain Di GoDaddy

Bila dapat notification email dari GoDaddy yang domain berjaya di transfer, you dah boleh set up blog you di website GoDaddy. Cara set up GoDaddy lebih mudah dan boleh buat sendiri. Kalau tak pandai boleh je minta tolong CS melalui Whatsapp. Cepat dan FREE OF CHARGE!

You dah tak perlu sentuh apa-apa setting di Blogger lagi dah, biarkan je. Hanya focus di GoDaddy sahaja.


1. Login Godaddy

2. Klik Domain

3. Klik 'All Domains'

4. Pilih Domain Berkenaan

5. Scroll Bawah di 'Additional Setting' belah kanan. Klik 'DNS Setting'

6. Tukar nameserver . Klik 'Change'

By default nameserver masih akan nampak netkl punya. Godaddy akan recommend pakai nameserver mereka, so proceed dengan itu. Dia akan keluar automatic. 


Bila nameserver dah tukar boleh edit RECORDS. Ini PENTING! 

216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

Contoh DNS Setting Records Godaddy


Kalau you salah setting DNS Records ni, your problem akan problem untuk live. Ikut contoh gambar set up I je. I dapat buat ini pun sebab Ayue Idris membantu. Kalau tidak I pun menangis sebab I tak berapa nak faham juga. Yang you kena ubah hanya A records dengan CNAME tu je. A Records boleh copy paste yang atas sebab dia sama je.


Lepas step ni, semua step dah selesai dan blog you patut boleh live tanpa masalah. Boleh run on https tanpa masalah dan Ads.txt file you pun tak akan problem.


Till then peeps!


Post a comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.