Apa Paraben? | Ketahui Paraben Dalam Skincare

 

Apa Paraben in Skincare?

Selalu dengar mengenai paraben tapi apa itu paraben sebenarnya? Mungkin you all semua dah tahu yang paraben ni tak elok untuk kulit sebab ramai skincare guru bagitahu di social media, tapi you all tahu tak kenapa Paraben ni tak elok? Dalam post ni I akan terangkan secara ringkas mengenai paraben yang you perlu tahu. 



Apa Paraben?


Paraben = Pengawet

Paraben adalah pengawet kimia / preservative yang digunakan untuk memanjangkan jangka hayat produk kecantikan dengan mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat. Paraben digunakan secara meluas di dalam produk kecantikan bukan sahaja dalam skincare, tapi dalam kosmetik, produk penjagaan badan dan juga rambut.


Macam mana nak kenal Paraben?

You takkan jumpa perkataan paraben dalam ingredient list, apa yang you perlu perhatikan adalah nama-nama INCI seperti ini: butylparaben, methylparaben, propylparaben dan banyak lagi tapi ini antara yang popular.


Kenapa Paraben Tak Elok?

Walaupun paraben membantu memanjangkan jangka hayat produk sampai bertahun, tapi particle paraben boleh masuk ke dalam tubuh badan melalui serapan kulit.

Kajian ada menunjukkan yang paraben mampu menerap kedalam kulit dalam kekal dalam tisu badan. Namun kajian tidak membuktikan yang paraben adalah punca utama pembawa cancer tapi boleh berpontensi untuk mendapat kanser disebabkan paraben.


Kesan Paraben Pada Diri

1. Mampu menggangu hormon dengan menyebabkan penambahan oestrogen yang boleh membawa ke pertumbuhan tumor.

2. Boleh menjadi punca cancer payu-udara dan masalah peranakan.

3. Boleh juga menyebabkan kulit jadi lebih sensitif terhadap sinaran UV dan membawa ke cancer kulit

4. Boleh menyebabkan alergi pada kulit


Disebabkan ramai sudah menetahui kesan paraben pada diri, kebanyakkan jenama kecantikkan sekarang telah mengubah bahan-bahan dalam produk kecantikkan menjadi 'Paraben Free'.


Apa Maksud Paraben-Free?

Sepatutnya paraben-free bebas daripada bahan pengawet, tapi agak mustahil untuk tidak mengunaakan pengawet jika mahu memasarkan produk secara meluas. Oleh itu kebanyakkan Syarikat kecantikan sekarang masih mengunakkan pengawet tetapi pengawet yang memberi kesan yang lebih lebih minimal dari paraben. Antaranya adalah alcohol, grapefruit seed extracts, atau sorbate.


Senarai Paraben

Butylparaben
Isobutylparaben
Propylparaben
Methylparaben
Ethylparaben


Patut ke berhenti guna produk yang mengandungi Paraben?

Ini yang menjadi debate di kalangan Netizen. Ada yang kata boleh je pakai, ada yang kata tak boleh pakai. 

Apa yang you perlu tahu adalah bahan pengawet yang digunakan perlu ada dalam quantiti yang sangat sedikit untuk mendapat kelulusan penjualan. Jadi di mana produk yang dah ada dekat drugstore atau pun dah ada certification tu tak perlu nak risau. Tapi kebanyakkan produk sekarang mengunakan option yang lebih selamat untuk preservative.

Jadi ia terpulang pada you nak pilih sama ada nak pakai atau tidak. 


Setakat ini sahaja penerangan ringkas mengenai Paraben. I belum habis study betul lagi mengenai Paraben tapi I tulis siap-siap di sini untuk reference diri I sendiri. Nanti I akan update semual post ni untuk lengkapakan dengan lebih detail mengenai Paraben.

Till then peeps


References

What Are Parabens? The Truth About Skincare's Biggest Bad Guy

What Are Parabens? Are They Really Bad For Your Skin?

0 comments