Cara Beli Barang Borong Laris di China Untuk Mula Berniaga

Tutorial Beli Barang Borong di China

Bagaimana cara beli barang terus di China? Apa tempat beli barang borong di china? Nak berniaga jadi nak cari supplier dari China dan nak tahu barang China apa paling laris di Malaysia? Lepas tu, barang China paling laris di Malaysia apa? Pada mereka yang baru sahaja nak menceburi bidang perniagaan mesti rasa buntu kan, lagi-lagi bila background berniaga memang kosong. Jadi bila kosong, apa yang perlu kita buat? Senang je. Kena cari ilmu. Bagaimana nak cari ilmu tu? Senang je. Dalam post ni I akan bagitahu cara (rahsia) memulakan perniagaan dengan pembelian barang borong di China. Teruskan membaca...

Ramai cari cara untuk berniaga, lagi-lagi waktu PKP lalu, ramai yang hilang atau terjejas punca pendapatan termasuklah diri saya sendiri. Tapi bila fikir komitment bulanan tinggi, saya berusaha juga untuk mencari kerja tambahan dan salah satunya adalah merealisasikan impian untuk mula berniaga. 

Dah lama saya simpan impian ingin berniaga tapi tak pernah bergerak sebab tidak tahu bagaimana. Saya ada account Shopee yang saya ada jual beberapa produk preloved sejak beberapa tahun lepas, dan dari situ mula terdetik perasaan nak berniaga sebab rasa seronok betul bila order masuk. Tapi bila jual barang pre-loved ni sudah tentu stok hanya ada satu untuk setiap barang. Jadi bila barang dah terjual, iklan barang dekat Shopee tu dah tak boleh pakai, sebab barang tak ada. Dah rasa down, sebab tak boleh jual lagi.

Saya nak sangat ada barang yang ada stok yang banyak supaya saya boleh jual balik di Shopee. Tapi persoalannya, mana nak cari? Saya tak ada kawan-kawan rapat yang berniaga di Shopee, cuma ada beberapa kenalan di Facebook sahaja, tapi tentulah saya segan nak tanya macam mana mereka buat. Pernah sekali saya tanya, jawapan yang diberi hanya 'beli barang dekat China je'. Ok, tak tanya lebih dah lepas tu.

Jadi macam mana nak beli barang dekat China? Saya tahu tentang Taoboa tapi sebab dalam tulisan cina, saya terbantut untuk explore lebih, jadinya saya masih buntu nak mulakan perniagaan. Orang kata senang je cara beli barang di Taobao.

Persoalan nak beli barang dari China dah lama sangkut sebab saya tak rajin. Tak rajin apa? Saya tak rajin nak usaha dulu. Setiap permulaan yang baru perlukan ilmu dan ilmu itu bukan datang bergolek sendiri tanpa kita usaha. 

Bila PKP itu hari, saya tergerak untuk usaha tunaikan impian yang dah lama saya nak, iatu berniaga.  Jadi saya mulakan langkah pertama dengan mencari ilmu. Ilmu paling mudah dan PERCUMA boleh didapati melalui google sahaja. Itu langkah pertama. Taniah kalau anda jumpa post ini, sebab mungkin anda pun pada situasi saya dulu.


Cara Beli Barang Terus Dari China

Saya mulakan dengan google, dapatkan sedikit latar belakang bagaimana pembelian barang borong di China dilakukan oleh ramai peniaga di Malaysia ni. Hampir kesemuanya menyebut yang lubuk pembelian barang murah di China adalah Taobao dan 1688. Bila google Taobao dan 1688 semuanya dalam tulisan cina, macam mana nak beli kalau tak faham? Tapi rata-rata yang menjual barang dari China adalah orang Melayu, takkan semunya faham tulisan cina kan? Mesti ada cara. Kalau mereka boleh buat, saya pun boleh buat. Jadi saya buat research lagi.

Lepas research, saya dapat tahu kebanyakkan mereka memasuki kelas untuk belajar berniaga. Bila tengok harga kelas, nak gugur jantung sebab ada yang cecah 4 digit. Saya ni modal untuk berniaga pun suam-suam je ada, apa lagi untuk masuk kelas yang cecah beribu. Tapi saya tidak putus asa, saya cari juga cara lain untuk dapatkan ilmu berniaga. Ada pelbagai jenis cara lagi tapi disebabkan ini ilmu, susah nak cari orang yang sanggup memberikan ilmu itu secara percuma. Kebanyakkan memang berbayar dan akhirnya saya ambil keputusan untuk daftar satu website di mana ia ada menyediakan video tutorial bagaimana membeli di Taobao dan 1688.  Pakej yang saya beli dekat RM200 juga dan Alhamdulillah saya dapat ilmu yang saya nak. Saya akhirnya tahu bagaimana nak membeli di China, mudah sahaja rupanya.

TAPI... rupanya ada option yang lebih murah. Saya dapat tahu dari kawan yang dia juga belajar ilmu yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah. Apa yang diajar sama sahaja cuma bezanya harga dia lebih murah! 

Tiba-tiba rasa rugi beli yang mahal, tapi sepatutnya tak perlu berkira kalau kita nak menimba ilmu. Bezanya adalah format dia adalah dalam bentuk e-book berbanding dengan video. Tapi bila difikirkan balik, ebook lebih senang sebab hanya perlu simpan dalam phone sahaja dan mudah untuk dibuka dan buat rujukan di mana-mana. Manakala pakej yang saya beli, video hanya boleh dibuka melalu website dia sahaja, dan agak sukar nak buat rujukan cepat. 

Jadi untuk korang yang baru nak belajar berniaga tapi modal kecil macam saya, boleh cuba beli buku RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2020) untuk mendapatkan ilmu asas berniaga dulu. 

Beli buku rahsia Taobao


Apa yang ada dalam Ebook Rahsia Taobao ni? 

Ini 6 Rahsia Penting yang mereka promosikan dalam Ebook ini:


Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku

Ada 5 ciri yang perlu diperhatikan apabila memilih barang yang mahu di borong di TaoBao. Jika barang tersebut memenuhi kelima-lima ciri ini, saya yakin, anda akan mampu menjana keuntungan yang besar dalam perniagaan anda.

Barang yang dipesan akan dapat sampai ke tangan anda dengan selamat... dan dengan pantas, ianya juga akan menjadi rebutan kepada pelanggan-pelanggan anda.

Pastikan anda tidak beli dan borong apa-apa produk di TaoBao.com selagi anda belum mengetahui 5 ciri ini!


Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!

Ada 4 ciri produk yang perlu anda elakkan apabila ingin memborong barang di TaoBao.com . Jika anda membeli produk-produk ini, ada kemungkinan besar, anda akan menghadapi pelbagai masalah di kemudian hari dan terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Jadi, seboleh-bolehnya, elakkan membeli barang yang mempunyai 4 ciri ini.


Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com

Ini adalah rahsia yang paling-paling-paling penting. Jika anda menyangka anda boleh terus pergi ke website TaoBao dan membeli barang disana seperti anda biasa membeli di website-website e-commerce yang lain!

Anda sedang melakukan KESILAPAN YANG SANGAT BESAR!

Berita baiknya, saya tunjukkan kepada anda secara langkah demi langkah beserta secreenshoot-secreenshoot, bagaimana anda boleh membeli barangan di TaoBao dengan cara yang SELAMAT dan BETUL!.

Ya! Anda juga boleh menggunakan perbankan internet tempatan (maybank2u / cimbclicks dll) untuk membuat pembelian barang di website Taobao! Saya akan tunjukkan caranya!


Rahsia 4 : Barang Kena Tahan Kastam? Atau.. Barang Tak Sampai? Apa Nak Buat?

Kadang kala, walaupun anda sudah melakukan semuanya dengan betul, tetapi ada juga perkara-perkara yang berlaku yang diluar jangkaan anda!!

Barang di tahan di Kastam!

Produk yang diorder.. tak sampai-sampai!

Produk sampai tapi tak sama seperti yang diorder atau tidak cukup kuantiti!

Apa nak buat? Jangan risau dan panik! Saya tunjukkan juga kepada anda bagaimana anda boleh mengatasi semua masalah tersebut dengan tenang dan gembira!


Rahsia 5 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!

Setelah anda berjaya memborong barang dari TaoBao dan barang tersebut sudah sampai ke rumah anda dengan selamat..

Ada 5 kaedah untuk anda menjual barang-barang tersebut. Saya tunjukkan anda 5 tempat dimana anda boleh jual brang-barang anda.. semuanya adalah secara online sahaja!

Anda hanya perlu lakukannya dari depan komputer anda sahaja!


Rahsia 6 : Proses Jualan & Teknik Meng"Ayat"

Bagi anda yang sudah biasa menjual produk fizikal secara online, rahsia ini mungkin kurang penting bagi anda. Tetapi bagi anda yang belum mempunyai pengalaman menjual produk secara online, ataupun sering gagal menjual produk secara online. Ada banyak tips serta ilmu yang boleh anda pelajari pada bahagian ini.

Malah, saya juga turut berikan anda contoh ayat / skrip untuk anda menjual produk anda kepada orang ramai secara online.

Diatas adalah antara ringkasan yang terdapat dalam ebook ni dan ia merupakan perkara sama yang saya belajar dari tutorial video yang saya beli dulu. Untungnya la siapa yang jumpa ebook ni dulu, sebab dengan modal yang kecil dah boleh belajar ilmu yang setanding dengan orang yang membeli dengan harga lebih mahal. Memanglah untuk ilmu tak patut berkira kan, tapi kalau ada option yang lebih menjimatkan, lebih baik pilih yang itu. Apa yang diajar sama sahaja, jadi duit lebih boleh buat modal untuk membeli barang di China nanti.

Tapi... malasnya nak membaca. Jangan risau kalau anda bukan jenis yang suka membaca, sebabnya ada 2 pakej untuk ebook ni. Satu untuk pembelian ebook sahaja dan lagi ebook berserta dengan VIDEO! Dan harga dia masih jauh lebih murah dari pakej yang I beli dulu. Bestnyaaa... Rasa beruntung sangat.

Ini antara senarai video yang disertakan:

Video 1 – Pengenalan

Video 2 – Mendaftar Di Taobao

Video 3 – Teknik Search Product Dalam Bahasa Mandarin & Kriteria Memilih Produk

Video 4 – Teknik Menentukan Harga Dan Menilai Potensi Produk -  100% Profit

Video 5 – Teknik Menilai Reputasi Dan Lokasi Taobao Seller

Video 6 – Perbincangan 2 Cara Memborong

Video 7 – Tempah Guna Agent: Daftar Di XXXXXX

Video 8 – Tempah Guna Agent: Menempah Di XXXXXX

Video 9 – Tempah Sendiri #1: Order & Bayar

Video 10 – Tempah Sendiri: Tempah Sendiri #2: Track Pergerakkan Produk

Video 11 - Tempah Sendiri #3: Combine & Pos Ke Malaysia

Video 12 - Tempah Dari 1688.com menggunakan XXXXXX

Video 13 - Teknik Ninja Chat Dengan Seller Walupun Tak Pandai Bahasa Cina!

Video 14 - Panduan Refund

Mudah je nak cari ilmu sekarang, tak perlu nak pergi kelas pun dah boleh tuntut ilmu. Yang penting kena rajin dan sudah tentu kalau nak mulakan perniagaan kena keluarkan sedikit kan? Jadikan habit, duit yang keluar mesti digandakan 2 kali ganda bila dah berilmu.

Testimoni Pembeli Ebook Rahsia Taoboa

Dengar macam best je ebook RAHSIA TAOBAO Panduan Import Barang Dari China Secara Online! (Versi 2020) ni tapi betul ke ilmu dalam ni. Yela, ebook je, sesiapa je boleh menulis ebook. 

Haaa... jangan terkejut... sebab ramai pembeli ebook sudah membeli borang di China dan berjaya mengaut untung yang banyak. Ini kerana penulis ebook ini sudah lama berniaga dan segala pengalaman dan langkah yang beliau belajar dikongsikan dalam ebook ini.

Di bawah adalah antara pengalaman pembaca ebook yang beli barang di China berpandukan ebook Rahsia Taobao ini:


ebook untuk beli barang borong dari China
Pengalaman beli barang borong dari China

Beli barang dari Taoboa dan 1688

Pengalaman beli barang dari Taobao dan 1688

Testimoni pembelian barang dari china

Seronok baca testimoni mereka yang dah berjaya membeli kan?  Bila baca testimoni mereka rasa macam tak mustahil untuk mulakan perniagaan beli barang borong dari China. Ada banyak lagi testimoni yang you all semua boleh baca di link pembelian buku di bawah:

Ebook Pembelian Barang Borong Di China, Rahsia Taobao

Selamat mencuba! Kalau ada usaha, mesti akan berjaya. Saya harap anda semua berjaya membuat pembelian barang borang di China untuk mula berniaga.

0 comments