Cara Urus Borang Kahwin Anak Selangor (perempuan) & Proses Selepas Nikah

07 February 2017 Malaysia

prosedur nikah di selangor


Bagaimana cara isi borang nikah? Bagaimana nak menguruskan borang kahwin? Apa prosedur nikah di Selangor? Apa yang patut you buat untuk kahwin? Dalam post ni I akan senaraikan secara ringkas procedure untuk kahwin dan langkah-langkah serta tips yang you boleh ikut bedasarkan pengalaman I sendiri. Teruskan membaca untuk tahu caranya.




1. Hadiri Kursus Kahwin

Sebelum merancang nak kahwin, settlekan kursus kahwin dulu sebab kursus ni adalah antara perkara yang paling malas nak dibuat orang. Sebab apa? Bila dah masuk alam pekerjaan dah rasa malas nak masuk dewan kuliah lagi-lagi 2 hari full kena dengar ceramah. Lebih baik kalau you guys masih belajar lagi, pergi je kursus kahwin dekat Uni, senang dan murah. Masa tu boleh la feeling-feeling nak kahwin walaupun lambat lagi. LOL... 


Masa I pergi kursus kahwin, pihak pengajur termasuklah ustaz-ustaz lebih galakkan datang kursus bersama pasangan so dua-dua boleh dengar dan realate sama-sama apa yang cuba disampaikan. Confirm korang akan sengih-sengih punya walaupun sedaya upaya cuba nak cover bila dah masuk topik yang korang suka tuuuuuu. 


Bila dah setel kursus kahwin, make sure sijil tu simpan elok-elok. Kalau hilang kena datang kursus lagi. So tak tahu nak pergi kursus kahwin dekat mana? Boleh semak di jais.gov.my.

Baca: Kursus Kahwin Waktu PKP



2. Buat HIV Test

HIV Test ni wajib pergi buat 6 bulan sebelum kahwin dekat mana-mana klinik kerajaan. I tak pasti klinik kerajaan area lain tapi yang I dapat tahu, klinik kerajaan Bukit Tinggi Klang, Telok Panglima Garang dan Shah Alam ada buat HIV test waktu petang. Tanya dulu Klink berdekatan you guys HIV Test buat waktu bila, kalau tak sia-sia je you ambil cuti, pagi-pagi gigih redah jam pergi klinik konon nak cepat setel, tapi kena balik sebab test buat waktu petang. Korang boleh start pergi dalam pukul 12 atau pukul 1. Pergi je kaunter cakap nak buat HIV Test untuk kahwin and diaorang akan bagi borang untuk lelaki dan perempuan.


Borang tu boleh tahan jugaklah banyak details nak kena isi termasuklah ujian stress level, so make sure bawa pen sendiri dan cari tempat selesa nak isi borang.


Selesai isi borang, mereka akan suruh pergi ambil darah and then jumpa doktor. Masa ni la akan ambil masa nak menunggu sebab ramai orang and boleh juga jadi you guys tak sengaja dilupakan. So jangan malu nak tanya atau update dengan staff dekat klinik, kalau tak berjanggut la you guys tunggu nak habis. Mungkin tak semua klinik macam tu tapi klinik yang I pergi ada a few couples termasuk myself terpinga-pinga sebab tak ada direction yang betul-betul specific.


Bila dah selesai jumpa doktor, staff dekat kaunter akan bagi surat warna pink yang mengesahkan dah buat ujian HIV. Nak senang, simpan surat HIV tu dalam sampul sijil kahwin supaya tak hilang, sebab surat tu nipis sangat, bila-bila boleh koyak. 




3. Isi Borang Kebenaran Berkahwin Lelaki


Cara isi borang nikah?

Refer: Senarai Semak Permohonan Nikah Lelaki

Bila dah masuk 3 bulan sebelum berkahwin, make sure buat awal dokumen kebenaran berkahwin ni. Nanti kelam kabut susah. Take note yang I tunjuk ni bagi pasangan yang IC beralamat di Selangor sahaja. I tak pasti negeri lain macam mana sebab orang lain kata ada beza sikit bagi mereka yang bukan orang Selangor.
Okay, pihak lelaki kena isi borang online dulu sebelum pihak perempuan boleh buat apa-apa.
Pergi ke laman web http://ncr.jais.gov.my/ dan daftar guna number IC.


Once dah daftar, sistem akan automatik tunjuk borang yang perlu isi dan download. Yang mana tak perlu, akan ada tanda pangkah. Memang tak boleh access pun.
Jangan confuse tau, isi borang online tak bermaksud submit online. Borang yang you guys isi tu akhir sekali kena download dan dihantarkan ke pejabat agama daerah.


Bila borang dah siap print, make sure pergi ke pejabat agama dengan 2 orang saksi. Kawan-kawan pun tak pe, janji orang tu kenal you guys. Jangan lupa bawa Sijil Kahwin + Copy, Slip HIV Test+Copy, Salinan IC, Salinan IC 2 orang saksi. Di situ you guys kena lafazkan bahawanya you all ni bujang dan belum berkahwin, dan saksi pun kena lafaz juga. Selesai dapat pengesahan, mereka akan bagi Surat Kebenaran Berkahwin yang telah ditandatangan dan disahkan. Bila dapat surat tu, selesai dah dari pihak lelaki.



4. Isi Borang Kebenaran Berkahwin Perempuan

Bagaimana isi borang nikah?

Refer: Senarai Semak Permohonan Nikah Perempuan

Masa kursus kahwin dulu, ustaz memang dah mention yang urusan perempuan nak kahwin ni lagi leceh dari lelaki, terutama anak dara selangor, sebab tu mas kahwin mahal. Hehe..
Okay, untuk perempuan pun mula-mula make sure ke laman web http://ncr.jais.gov.my

Korang ada 2 Borang untuk diisi bagi anak tempatan selangor dan 3 borang untuk mereka yang tinggal di selangor tapi alamat IC di negeri lain.
So I cerita yang untuk anak Selangor dulu.


* Isi borang Perempuan (Borang 2C)

  • Maklumat Perempuan
  • Maklumat Lelaki
  • Maklumat Pernikahan ( Akad Nikah )
  • Maklumat Pemohon
  • Maklumat Wali
  • Maklumat Saksi Pertama
  • Maklumat Saksi Kedua



* Isi Borang Wakalah Wali (Borang 2D)

  • Keizinan Pengantin Perempuan
  • Pengakuan Wali
  • Perwakilan Wali
  • Maklumat Saksi



* Jika bukan beralamat di Selangor, Isi Borang Permastautin (Borang 1A)

  • Maklumat Pemohon
  • Maklumat Saksi




5. Jumpa Pendaftar Nikah

Macam mana nak jumpa pendaftar nikah kena ikut tempat tinggal dan pejabat agama masing-masing. Macam I dibawah pejabat agama Daerah Kuala Langat dan tinggal di Telok Panglima Garang. Kami memang sudah tahu siapa pendaftar nikah di tempat kami, so I tak pasti tempat lain macam mana. 
Bila dah buat temu janji untuk berjumpa, pastikan pihak perempuan bawa:

1. Sijil Kahwin
2. Borang 2C
3. Borang 2D
4. Wali (nama yang diisi dalam borang)
5. 2 Orang Saksi (nama yang diisi dalam borang)


Tujuan bawa wali dan 2 orang saksi kerana mereka perlu melafazkan dan mengesahkan bahawa you guys memang anak dara dan belum pernah berkahwin. Process dia tak lama pun, dalam 20 minit dah selesai. 


6. Hantar Borang ke Pejabat Agama Daerah & Serahkan Semula ke Pendaftar Nikah

Setelah selesai dengan urusan pendaftar nikah, borang-borang hendaklah dihantar ke pejabat agama daerah masing-masing untuk mendapatkan persetujuan. Untuk menghantar dan mengambil borang daripada pejabat agama, hantar wakil pun boleh.
Apabila borang-borang sudah dapat pengesahan daripada pejabat agama, perlu dihantar semula ke pendaftar nikah sehingga tiba majlis pernikahan. 
Maka selesailah urusan pernikahan sebelum kahwin.



Urusan Selepas Pernikahan 

Ini yang u guys perlu tahu:

1. Simpan baik-baik slip sementara nikah

Selepas majlis ijab qabul nanti, pendaftar nikah akan berikan slip kahwin sementara untuk beri masa pejabat agama process sijil kahwin korang. Make sure simpan slip ni dalam wallet baik-baik, takut korang kena tangkap masalah je nanti. Slip ni sah selama 1 bulan selepas tarikh nikah. 


2. Ambil sijil nikah di pejabat agama daerah masing-masing

Sijil kahwin korang boleh diambil di pejabat agama daerah masing-masing selepas 2 minggu daripada tarikh nikah. So make sure kalau you guys ada cuti kahwin tu, settlekan cepat-cepat ambil sijil kahwin dekat pejabat agama sebab ambil sijil kahwin tak boleh hantar wakil. Suami Isteri perlu pergi ambil sijil kahwin sama-sama. Ambil sijil kahwin pun sekejap je, just bagi slip sementara kepada mereka.


3. Buat permohonan kad nikah (JAIS Shah Alam)

I tak pasti kalau buat kad ni wajib atau tidak, tapi ada kad pintar lebih senang. Lagi-lagi kalau you guys pasangan yang suka travel dan check in sana sini. Kad Nikah ni hanya boleh buat dekat JAIS Shah Alam sahaja, I tak pasti sama ada tamat tempoh untuk mohon kad kahwin lepas nikah, tapi I mohon kad kahwin 2 bulan lepas nikah.

Ini yang korang perlu bawa masa mohon kad nikah
1. Sijil Kahwin (Copy)
2. IC (Suami Isteri)
3. Gambar passport (Suami Isteri)
4. RM40



Di JAIS nanti you perlu is borang permohonan dekat kaunter yang ambil nombor giliran. Slip warna peach, dia tersorok sikit dekat tempat ambil nombor tu, so ramai pasangan yang terlepas pandang. Make sure isi slip tu sebelum nombor you dipanggil. Bila sampai giliran sekejap je process kalau you dah sediakan semua dokumen yang diperlukan. Tak sampai 5 minit pun, mereka akan bagi slip dan tarikh untuk ambil kad kahwin yang dah siap. Nak ambil kad kahwin boleh hantar wakil yang penting kena bawa slip yang diberi.


So itulah kesuluruhan process untuk berkahwin. Bila dah dapat Kad Nikah barulah selesai semua urusan dengan pejabat agama. Ramai yang kata kahwin tak senang, memang tak senang pun tapi ini kenangan you bersusah payah dengan pasangan you, which should make you guys appreciate the hardness you both went through to get married. Sorry kalau bahasa dah caca marba, susah nak lari dari menulis dalam English sebab dah terbiasa dan maaf jika ada silap dalam post ni. Ini cuma apa yang dilalui oleh I dan sekadar perkongsian. Kalau you guys ada cara lain boleh suggest di comment bawah. Sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang hendak melangkah ke alam perkahwinan kelak.


P/S: Entry ni dah lama I tulis tapi masih ramai yang mencari maklumat. Adik I sedang melalui process perkahwinan waktu PKP ni. 



8 comments

  1. salam, kalau kita nak nikah diluar daerah tapi still dalam negeri Selangor ada tak borang kebenaran nikah diluar daerah/kawasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, untuk soalan yang macam ini saya kurang pasti.

      Delete
  2. ada tak no pendaftar nikah yg tanda tangan tu? sebab sye pun dok tpg gak

    ReplyDelete
  3. Salam boleh x print borang2 tu x berwarna...print hitam putih je.bleh ke..?

    ReplyDelete
  4. Assalam,

    Nak tanya, perlu ke surat pengesahan bujang disertakan sekali sebagai lampiran bagi bakal pengantin lelaki dan perempuan?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum , hiv test tu masa yang tepat bila ye ? Sebab ada orang cakap kena settle semua benda dulu baru boleh check . Minta penjelasan ye.

    ReplyDelete
  6. Step yg bagus, tp mengarut, no wonder ramai yg sukar berkahwin. Dan status single parent terus meningkat.

    ReplyDelete
  7. Nak tnye semasa submit permohonan kawen selangor kena bawak gambar paspot ke? Dlm website xde tulis. Kalau kena submit gambar, berapa keping n latar belakang warna apa ye? Tq

    ReplyDelete

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.