Mengapa Beli Rumah Pertama Di Puncak Alam

Perumahan baru di Puncak Alam

Patutkah beli rumah sekarang? Kalau pendapatan you tidak terjejas dengan pandemic, beli rumah! Jangan rugikan peluang yang ada sekarang ni. Peluang apa? Buat sekian lama dalam sejarah Malaysia, interest rate untuk pembelian rumah turun dengan banyak! Ada antara yang peka dan mengambil peluang membeli rumah walaupun gaji masih kecil. Sebab kerajaan ada beri banyak manfaat kepada pembeli rumah pertama yang mungkin you tak tahu pun. Mungkin dalam perancangan you nak hold dulu beli rumah sebab nak cari rumah yang puas hati tapi harga murah? Jangan demand kayangan, buat research dulu. Dan kalau you berjaya buat kaji selidik, you akan jumpa Puncak Alam. Kebanyakkan pembeli rumah pertama memilih di Puncak Alam. Kenapa? Teruskan membaca post ni.


Berbaloi Ke Beli Rumah Di Puncak Alam?

Puncak Alam juga di namakan sebagai Shah Alam 2. Berlokasi di tengah antara Shah Alam dan KL. Pada suatu ketika dulu Puncak Alam dikenali sebagai tempat jin bertendang sebab tak ada apa, hutan je. I tahu sebab 10 tahun lepas I belajar di Puncak Alam dan sekarang mengambil keputusan menetap di Puncak Alam. Kenapa?

Boleh refer: theedgemarkets.com



1. Puncak Alam bakal menjadi bandar baru

Sekarang pun, Puncak Alam dah dikenali sebagai Bandar Baru Puncak Alam, tapi kelainan dulu dengan sekarang ialah Puncak Alam sedang membangun dengan pesat! Bukan sahaja untuk kawasan residential tapi sebagai kawasan industrial juga. Puncak Alam akan bakal mengorak langkah menjadi seperti Shah Alam dan Bandar Baru Bangi yang di mana, kedua-dua tempat ini bermula dengan hutan sahaja.

Antara kemudahan di Puncak Alam

  • Sekolah Kerajaan
  • Klinik Kerajaan
  • Sekolah Swasta
  • UiTM
  • Hospital UiTM
  • Shopping Mall
  • Perancangan LRT 4


2. Harga rumah masih rendah

Percayalah, harga rumah di Puncak Alam masih sangat rendah dan mampu milik. Kalau nak dibandingkan dengan rumah di tempat lain, you akan jumpa harga rumah di Puncak Alam masih reasonable. Contohnya kalau rumah double-storey, di kawasan lembah klang, market sekarang mesti RM500k ke atas. Tapi percaya atau tidak, di Puncak Alam you boleh dapat rumah landed double storey dalam range RM400k. 

You boleh expect rumah di Puncak Alam ni akan menjadi sama seperti Shah Alam nanti. Di mana harga rumah pada masa itu hanya RM100k tapi sekarang rumah yang sama harga boleh cecah lebih half million.  Macam mana I tahu? Ayah mertua antara pembeli yang beruntung sebab bijak membeli rumah di usia muda walaupun gaji masih kecil.



3. Kawasan hot top developer Malaysia

You idamkan rumah jenis apa? Ada pelbagai jenis rumah di Puncak Alam.

  • Townhouse
  • Apartment /Condo
  • Terrace
  • Semi-D

Semua jenis rumah ni ada di Puncak Alam dengan pelbagai pilihan daripada developer. Dan developer yang ada di sini bukan calang-calang ea, kesemuanya adalah antara Top 10 Developer di Malaysia. Oleh itu, kalau you datang Puncak Alam pada waktu ini, you akan terkejut. Pasti!

Jalan luas, pemandangan cantik, kawasan kedai dan perumahan pesat membangun. You masih akan nampak banyak construction di sekeliling tapi itu adalah positive sign yang kawasan ini akan membangun dengan cepat.

Itu antara sebabnya ramai berpusu-pusu membeli rumah di Puncak Alam sebab walaupun tempat ini membangun dengan cepat tapi harga masih slowly naik. Dan kalau you buat survey, kebanyakkan rumah di sini pun banyak dah sold out. Rumah-rumah baru yang baru siap semua dah sold out masa launching lagi. Jadi bila ada developer yang buka fasa baru di sini, ramai berlumba untuk dapatkan unit, sebab kawasan memang high in-demand terutamanya rumah landed di Puncak Alam.


4. Easy Acess

Nak ke KL, Damansara, Shah Alam, Petaling Jaya, Klang dan kawasan-kawasan lain di lembah klang? DEKAT! Sebab banyak access highway. Guthrie, LATAR dan yang paling baru DASH. Highway ni memendekkan lagi perjalanan dari Puncak Alam ke KL, Damansara dan kawasan lain di lembah klang. Itu sebab kebanyakkan orang yang bekerja di KL terutama yang sudah berkeluarga membeli rumah di sini kerana rumah landed boleh dapat sama harga dengan rumah high-rise di KL. 


 

Tips Memilih Rumah Pertama


1. Ketahui Kelayakkan Diri

Ini perkara pertama you kena tahu sebelum merancang membeli rumah. Ketahui dulu berapa kelayakkan pinjaman daripada bank yang you boleh ambil. Apa yang selalu pembeli rumah pertama silap adalah 'menganggap' yang diri mereka layak certain amount dan itulah budget mereka.

Faktor yang mempengaruhi kelayakan adalah:

  1. Tangga Gaji
  2. Komitment Bulanan
  3. CCRIS
  4. Education
  5. Status Pekerjaan
  6. Industri Perkerjaan

Daripada maklumat ini, baru you akan dapat budget sebetulnya untuk membeli rumah yang sesuai dengan you.  Ada orang yang layak membeli rumah 800k tapi beranggapan hanya mampu 400k. Ada yang hanya mampu beli rumah RM400k tapi beranggapan mampu rumah RM800k. Jangan kecewakan diri anda, pastikan you dapat konsultasi daripada orang yang berpengalaman. Biasanya agent perumahan akan sedia membantu.


2. Kena dengan cita-rasa

Bila dah tahu kelayakkan, baru boleh cari rumah ikut cita-rasa. Jangan terbalik, sebab bila terbalik boleh buat you putus harapan untuk membeli rumah.

Ini faktor yang you kena consider:

  1. Rumah untuk duduk sendiri atau disewakan.
  2. Landed atau high-rise
  3. Individual Title atau STRATA Title
  4. Konsep perumahan
  5. Akan membeli rumah lagi di masa akan datang atau tidak?

Setiap faktor ni penting untuk you tanya pada diri sebelum membuat keputusan untuk beli rumah. Kerana setiap faktor ni ada kelebihan dan kekurangan dia yang mungkin you rasa bagus untuk diri you tapi sebenarnya tidak. Jangan terus buat konklusi sendiri tanpa konsultasi orang yang ariff dalam bidang hartanah. Cari perunding hartanah yang berpengalaman dan tanyakan soalan-soalan ini. Perunding akan dapat memberi you suggestion yang sesuai untuk you.



3. Be Reasonable

Sebelum membuat perancangan membeli rumah, buatlah sedikit research atau study tentang perumahan di Malaysia ni. Jangan hanya dengar kata orang yang belum tentu dia ariff dalam hartanah ni. Kenapa? Sebab ini akan menunjukkan yang you tiada ilmu tapi you buat-buat pandai dan orang-orang macam ini jugalah yang paling senang kena tipu sebab orang lain tahu yang you tak tahu apa pun you cakap. Jangan malukan diri sendiri dan buat basic research.

Apa yang you perlu tahu sebelum melawati sales gallery untuk membeli rumah:

  1. Harga market rumah di kawasan itu
  2. Penempatan sekeliling 

Pastikan you buat research sikit tentang harga dan penempatan di sesuatu area. Ini penting kerana mungkin you akan terlepas tawaran yang sangat bagus tapi disebabkan you beranggapan rumah itu mahal, you tak jadi membeli, dan ada juga yang sebaliknya. Jika you ada buat kajian sedikit tentang harga rumah di kawasan itu, you pasti akan dapat bezakan offer yang bagus ataupun tidak.

Kedua, pastikan you study penempatan dia. Kalau you mencari kawasan komuniti Melayu, pastikan you pergi ke projek yang focus penjualan untuk orang Melayu. Dan kalau you mencari rumah jenis mewah, pastikan you mencari di kawasan yang betul.  

Ada macam-macam ragam orang yang tidak buat research dan bila berada di sales gallery complain macam-macam. Be reasonable ok.


4. Trusted Developer

Ini sangat-sangat penting. Pastikan rumah yang you nak beli adalah dari developer yang dah kukuh namanya di Malaysia. Buat research mengenai company dan background developer terutama pada waktu pandemic ni. Adakah syarikat ini terjejas? Biasanya kalau public listed company susah untuk goyang jadi kalau ada merancang untuk mencari rumah, beli rumah pertama you dengan syarikat pembinaan yang besar. Cara ini, you akan rasa yakin dan selamat, rumah you akan siap dan tidak terbengkalai. 



5. Rebut peluang yang ada

  • HOC Campaign
  • Free MOT
  • Rebate Developer
  • Rebate Bumi
  • No booking fee
  • No lawyer fee
  • Cashback

Gunakan semua peluang yang ada untuk mendapatkan penjimatan dalam membeli rumah. Terutama waktu sekarang, memang ramai developer tengah menawarkan pakej-pakej yang sangat berbaloi. Consult dengan agen perumahan you kalau kurang faham tapi seeloknya you buat research siap-siap. 


4. Dengar pendapat dan nasihat 

Research adalah sangat bagus untuk menunjukkan yang you berilmu dan berpengetahuan, jadi ia akan mengurangkan risiko you untuk mudah kena tipu. Tapi pastikan sumber research yang buat adalah sahih daripada orang yang berilmu dalam bidang hartanah. Jangan percaya bulat-bulat semua info yang you dapat di internet kerana tak semuanya betul. 

Oleh itu cari agent yang berpengalaman dalam bidang property untuk buat rujukan. Dan bila you jumpa agent yang macam ni, dengar nasihat dan pandangan dia sebab mereka lebih tahu apa yang mereka buat. Jangan fikir agent hanya tahu menjual rumah sahaja, kalau you jumpa agent yang betul, dia akan advice rumah ikut kesesuain you.



Mengapa Perlu Beli Rumah Sekarang?


1. Interest Rate Pinjaman Rendah

Tahun lepas interest rate untuk membuat pinjaman rumah paling rendah boleh dapat adalah 4.2%. Tapi selepas negara dilanda dengan pandemic, interest rate pinjaman jatuh menjunam sehingga mencecah serendah 2.95%. 

Kenapa kita nak interest rate yang rendah? 

Sebab ia akan mempengaruhi installment bulanan rumah di mana bayaran bulanan pun akan jadi lebih rendah. 

TAPI! 

Pastikan yang you tahu interest rate rumah akan berubah setiap tahun bergantung pada bank negera. 

Jadi kenapa masih kena ambil peluang untuk interest rendah? 

Sebabnya, bila kita mula dengan interest rate yang rendah, secara automatik installment kita akan sentiasa rendah mengikut interest semasa. 



Interest rate perumahan bergantung kepada dua kategori iatu Best Rate (BR) & Best Lending Rate (BLR). Apa benda ni? 

Untuk kita semua mudah faham, setiap tahun 6 bulan sekali bank negara akan membuat revision (BLR) ke atas economical growth negara kita bagi menstabilkan keadaan ekonomi semasa. Kebiasaanya kadar rata ini ditetapkan paling minima, supaya rakyat tidak rasa terbeban bagi sesebuah pembelian/pinjaman. Selepas kadar (BLR) telah ditetapkan, setiap bank di Malaysia akan menetapkan kadar Base Rate (BR) tersendiri. Setiap bank, BR mereka tidak sama, sebab itu kalau you ada pengalaman membeli rumah sebelum ini mesti you hairan kenapa Bank A offer 3.05% dan Bank B offer 3.3%.


Untuk pengetahuan you, Base Rate (BR) ini dikira mengikut pada dana yang diperuntukan setiap bank, risiko credit pinjaman kepada peminjam, liquidity premium, kos operasi & profit margin. Tu sebab setiap bank ada different of Base Rate (BR). Walau apa pun, if you ada purchase mana-mana rumah selepas ni I galakkan you untuk apply minima 3 bank. 


Kenapa? 


You tidak akan rugi apa pun sebab you boleh pilih which bank boleh offer you the most lowest interest yang you mahukan. Jadi, jika agent you hanya offer untuk apply satu bank sahaja, you boleh demand dia untuk apply multiple banks untuk you, tapi based on End Financing (EF) projek yang you beli.


Tak semua projek dapat coverage EF bank yang banyak, tanya agent dulu bank mana yang dapat beri finance untuk projek yang you nak purchase. 



Contohnya:

Abu membeli rumah xx pada tahun 2019 dengan interest 3.9%

Minah pula membeli rumah xx pada tahun 2020 dengan interest 2.9%. 

Pada tahun 2030, interest negara naik sebanyak 1.0%. 

Installment  Abu akan naik 4.9% manakala Minah akan naik 3.9%. 


Kalau ikutkan, Abu dah Minah beli rumah yang sama, harga yang sama tapi harga installment Minah masih tetap rendah daripada Abu.


Jadi sebab itu kalau you mampu membeli rumah pada waktu ini, pastikan you ambil peluang ni walaupun you masih belum berkahwin atau belum merancang nak beli rumah. Tak faham sangat tentang ni? Minta ejen hartanah you untuk jelaskan lebih lanjut.



2. Promosi daripada developer

Macam I mention di atas, developer tengah buat bermacam-macam promosi untuk mengalakkan lagi pembelian rumah. Yang paling popular adalah:

  • Booking fee serendah RM0-RM1,000
  • 0% Downpayment
  • FREE SPA & LA, MOT
  • Moving Incentives
  • Rebate (So you tak perlu ambil loan 100%)
  • Money lending scheme (Untuk mereka yang membeli rumah ke-3)

Kesemua promosi ini sangat membantu kepada mereka yang masih bergaji kecil tapi ingin membeli rumah. Gaji RM3000 pun boleh beli rumah tanpa membebankan diri sendiri. Dapatkan nasihat daripada property agent you on this. 



Cara Membeli Rumah Dengan Gaji Kecil?

Jangan mudah putus asa dan kata tak mampu beli rumah kalau gaji tak sampai RM3000. Boleh je beli sebenarnya kalau you tahu cara. Ini antara tips yang you boleh guna untuk dapatkan rumah pertama:


1. Beli rumah baru

Elakkan beli rumah second (sub-sale). Kenapa? Sebab rumah sub-sale mermerlukan CASH yang banyak untuk bayar yuran guaman, MOT dan banyak lagi procedure untuk dapatkan rumah. Jika you beli rumah baru, segala kos lebihan ini biasanya developer akan bagi FREE atau mendapat rebate, bergantung pada promosi serta terma dan syarat.


2. Beli rumah ketika masih muda

Umur 20 tahun dah boleh beli rumah dan digalakkan sangat kalau rezeki you pada umur 20 tahun murah dan mampu bergaji hampir RM3000, hold dulu beli kereta. Beli rumah dulu. Harga rumah setiap tahun akan naik walaupun kita masih alami pandemic. Jangan angan-angan pak kadok seakan harga rumah akan jatuh. Sudah pastinya tidak! Cuma bezanya developer banyak bagi rebate dan promosi sahaja.


Kalau you beli rumah di usia yang muda, you boleh tarik loan sampai 35 tahun yang membolehkan you dapat installment bulanan yang rendah. Kalau profile you cantik dan interest rate you dapat pun rendah. Monthly installment RM1000 you dah boleh dapat rumah dalam harga RM300k yang sangat selesa. Itu pun kalau you pandai cari. Serahkan kerja itu pada agent hartanah, mereka lebih tahu.


3. Combine loan

Kalau umur you dah 40 tahun, tapi masih belum ada rezeki beli rumah pertama gunakan cara combine loan. Tapi wife tak bekerja? Masih boleh combine loan dengan adik-beradik. Tapi nasihat I lebih baik elakkan. Seeloknya kalau ada anak yang sudah bekerja, combine loan dengan anak dan gunakan umur anak untuk tarik loan sampai 35 tahun, kalau tidak you hanya dapat tarik loan sampai 30 tahun sahaja. Cara ini dapat mengurangkan installment bulanan dan pada masa yang sama mengurangkan bebanan pada you. 


Bagaimana pula kalau you muda, bujang, gaji belum cecah RM3000 tapi masih nak beli rumah? Boleh kalau kena caranya. Pertama sekali tengok dulu comitment diri you, lepas tolak semua expenses bulanan masih ada RM1000+? Kalau ada, tanya parents sama ada sudi combine loan tak? Kalau parents okay boleh proceed dan insyallah boleh lepas, tapi bergantung juga pada requirements. Even parents yang dah pencen kerajaan pun boleh. 


Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk lepas loan beli rumah walaupun gaji kecil. Dapatkan khidmat nasihat daripada property agent you, biasanya property agent yang berpengalaman akan tahu bagaimana nak tolong you untuk lepas loan rumah. 


Pernah cuba buat loan tapi tak lepas? Jangan mudah putus asa, mungkin ejen yang apply loan you dulu kurang pengalaman. Cuba lagi dengan ejen lain, kemungkinan ada harapan sebab ada client yang apply loan banyak kali dengan ejen lain-lain dan kali ke-3 baru loan lepas. Sebab apa? Cara apply loan lain-lain. Hanya ejen yang berpengalaman tahu selok belok dokumentasi yang diperlukan untuk kukuhkan profile client pada bank.



Tips Untuk Memilih Ejen Hartanah

Kenapa pilih ejen hartanah perlu ada tips juga? Sebab ejen hartanah ada pelbagai ragam, sama seperti ragam you sebagai customer.


1. Pilih yang berpengetahuan 

Ini tak bermakna untuk elak ejen hartanah yang baru. Tidak. Ejen baru akan dibimbing oleh leader yang berpengalaman. You kena tahu sama ada your ejen berpengetahuan dalam memberi maklumat yang betul atau tidak. Mungkin ada ejen yang akan reply lambat tapi kalau dia memberikan jawapan yang betul itu bermaksud dia ada refer orang yang lebih berpengetahuan. Jangan mudah percaya pada ejen yang terus jawab on the spot walaupun soalan yang you beri mungkin maklumat yang salah, unless kalau you tengok name tag ejen sudah berpangkat you boleh expect yang dia memang tahu sebab dah lama bekerja dan banyak pengalaman.


2. Jangan mudah percaya pada ejen yang memberi maklumat indah sahaja

BERHATI-HATI dengan ejen yang hanya mengeluarkan kata-kata indah sahaja sebab TIADA projek perumahan yang 100% indah! Mesti akan ada pros and cons dan kalau semua concern yang you highlight, ejen jawab 'tiada masalah', sila berhati-hati. Seeloknya check semula segala maklumat dengan ejen lain untuk pastikan you tidak kena tipu. Kalau you jumpa ejen yang siap-siap bagi tahu you apa kekurangan projek yang you bakal beli ni, itu you boleh percaya sebab susah nak jumpa ejen yang macam tu.


3. Jangan tertipu dengan offer yang tiada dalam pakej (black & white)

Ada ejen yang akan cuba tawarkan free gift yang tiada dalam pakej daripada developer. Please jangan tertipu dengan ejen yang menawarkan macam ni, seeloknya jangan beli terus dah dengan ejen macam ni sebabnya ini satu sendikit yang lumrah sangat dalam bidang hartanah. Ada ejen yang akan menjanjikan macam-macam tapi bila tiba dapat rumah, ejen dah resign dan segala process dan claim you akan menjadi susah. Dan of course la janji-janji manis ejen nak bagi itu ini, you memang takkan dapat. You kena ingat, process membeli rumah baru sangat lama, biasanya 2 atau 3 tahun lepas membeli baru you akan dapat rumah.


4. Pilih ejen yang buat you selesa

Ini yang paling penting, sebab beli rumah bukan seperti beli kereta. Membeli rumah boleh makan bertahun untuk mendapat produk akhir. Sementara menunggu rumah siap, akan ada langkah-langkah dan urusan yang you perlu lakukan dan kadang-kadang you perlu dapatkan pertolongan ejen. Ada ejen yang memang jenis lepas tangan lepas dapat komisen. You perlu elakkan ejen yang macam ni, pastikan you membeli dengan ejen yang you senang berkomunikasi dan sentiasa memberi you servis yang baik. Tapi janganlah pula ambil kesempatan ya,



Berminat dengan projek perumahan baru di Puncak Alam?


Hubungi ejen hartanah yang berpengalaman di Puncak Alam. Syafiq ada beberapa listing projek perumahan baru 2020 di Puncak Alam yang mungkin sesuai dan kena dengan cita rasa you.


Property Agent Puncak Alam Malaysia

Syafiq boleh membantu mengira kelayakan pinjaman bank, serta memberi nasihat dengan projek dan rumah jenis apa yang bersesuaian untuk you.

Hanya click di bawah untuk chat dengan Syafiq


Hubungi ejen hartanah di Puncak Alam


0 comments