Cara Mohon i-Sinar KWSP | Langah Memohon & Info Penting i-Sinar EPF

03 December 2020 Malaysia

 

Cara Mohon i-Sinar KWSP Online


Macam mana nak mohon i-Sinar KWSP? i-Sinar perlu daftar online ke? Sebelum i-Sinar dilancarkan, kerajaan ada membuka permohonan untuk pengeluaran i-Lestari dengan  pengeluaran duit dari Akuan 2 sebanyak RM500. Yang terkini merupakan pengeluaran KWSP i-Sinar pula yang membolehkan pengeluaran yang lebih banyak dari RM10,000 ke RM60,000. Persoalannya bagaimana dan siapa yang layak untuk memohon pelan i-Sinar ni? Teruskan membaca untuk maklumat lanjut dan maklumat penting mengenai i-Sinar. Ini ringkasan.



Apa itu i-Sinar KWSP?

Tujuan i-Sinar ini dilancarkan adalah untuk membantu mereka yang sumber pendapatan terjejas disebabkan COVID-19. Jadinya, jika pendapatan you tidak terjejas kemungkinan besar permohonan you tidak akan diluluskan dan sudah tentu permohonan perlu disertakan dengan dokumentasi.


Apa beza i-Sinar dengan i-Lestari?

i-Lestari - Pengeluaran akaun 2 KWSP - RM500
i-Sinar- Pengeluaran akaun 1 KWSP - RM10,000

Boleh ke keluarkan kedua-dua pengeluaran ini secara serentak? 
Boleh!
Tapi ramai yang menasihatkan supaya mengeluarkan i-lestari dahulu sebelum membuat permohonan i-Sinar KWSP unutuk pengeluaran.



Kelayakan i-Sinar KWSP

Siapa yang layak memohon i-sinar ni? Terdapat 2 kategori untuk pemohon memohon i-Sinar iatu:


Kategori 1 i-Sinar

Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan

ATAU

Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan GAJI POKOK sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.


Kategori ini termasuk ahli berikut:
  • suri rumah 
  • bekerja di sektor formal
  • bekerja sendiri
  • bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • sudah lama tidak mencarum, 
  • hilang pekerjaan
  • diberi notis cuti tanpa gaji


Kategori 2 i-Sinar

Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami PENGURANGAN PENDAPATAN KESELURUHAN sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.



Syarat Memohon i-Sinar


Kategori 1

Kategori 1 i-Sinar KWSP Syarat Kelayakkan

Tarikh Permohonan: 21 Disember 2020
Pembayaran: Januari 2021

Syarat permohonan i-Sinar kategori 1
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP

     

  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.



Kategori 2

Kategori 2 i-Sinar KWSP Syarat Kelayakkan


Tarikh Permohonan: 11 Januari 2021
Pembayaran: Sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Syarat permohonan i-Sinar kategori 2

Memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun 
  • Tuntutan kerja lebih masa
  • Penyata bank (jika perlu)
  • Surat pengesahan majikan (jika perlu)

  • Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. 
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.


Jumlah Pengeluaran i-Sinar

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

Jumlah pengeluaran i-sinar KWSP


1. Simpanan RM100,000 ke bawah

Pengeluaran maksimum: RM10,000
Baki minima dalam account: RM100

Pengeluaran bulan pertama: RM0- RM5000
Bayaran bulan seterusnya: RM1000 minima


2. Simpanan RM100,000 ke atas

Pengeluaran maksimum: RM60,000

Pengeluaran bulan pertama: RM0- RM10,000
Bayaran bulan seterusnya: RM1000 minima




Bagaimana cara menyemak baki account? 
Mudah je, you hanya perlu log-in ke i-akaun KWSP dan acess dashboard

Baki KWSP Akaun 1



Cara Permohonan i-Sinar KWSP

Permohonan i-Sinar hanya boleh dibuat secara online


1. Melalui i-akaun KWSP Online

I tak jumpa pula cara bagaimana nak mohon i-sinar dari akaun KWSP Online.
Di withdrawal account hanya ada option untuk i-lestari sahaja.

Jadi untuk lebih mudah terus ke portal i-Sinar sahaja



2. Portal i-Sinar

1. Pergi ke isinar.kwsp.gov.my 


2. Isi Nama dan NRIC

3. Pilih jumlah yang ingin dikeluarkan
Default (RM2000) Pastikan you slide slider untuk pilih amount yang you nak

4. Scroll bawah dan semak jadual pembayaran

5. Jika setuju boleh klik 'Teruskan'

6. Semak maklumat pemohon

7. Isikan maklumat bank
Nombor Bank Akaun akan diminta 2 kali untuk pengesahan

8. Semak pengesahan pemohon

9. Klik 'Submit' jika setuju

10. Tunggu keputusan


cara mohon i-sinar melalui web i-sinar portal

maklumat pemohon i-sinar

jadual pembayaran i-sinar kwsp online

semak maklumat i-sinar kwsp

lulus i-sinar kwsp permohonan


Langkah Penting Sebelum Memohon i-Sinar


Langkah mohon i-sinar

1. Seloknya mempunyai i-Akuan KWSP
2. Mengemas kini i-Akaun KWSP
3. Mendaftar nombor telefon di cawangan atau kios KWSP

Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan akaun bersama




Perlu ke keluarkan duit i-Sinar ni? Terpulang pada you, ada yang debat di social media seeloknya tidak ambil dan ada yang pertahankan suruh ambil. Pada I ikut situasi diri you, kalau you masih boleh meneruskan hidup you seperti biasa tak perlu ambil, boleh jadi simpanan untuk pencen you. Tapi kalau you terdesak dan perlukan bantuan, ini satu cara untuk bantu sustain hidup.

Cuma pastikan bila dah dapat duit janganlah boros, teruskan berjimat dan kalau you diberhentikan kerja, boleh guna duit itu sebagai modal untuk buka bisnes atau menceburi bidang pekerjaan yang lain. Elakkan membeli perkara-perkara yang tidak perlu.

Untuk lebih rujukan mengenai i-Sinar boleh rujuk di bawah:


Post lain mengenai KWSP

Post a comment

Thanks for leaving your thoughts, message me on Facebook for quick responses.