Jenis Produk Hada Labo Dan Fungsinya

 Senarai Produk Hada Labo

Hada Labo merupakan antara produk drugstore yang menjadi pilihan ramai kerana harganya yang mampu milik dan dikatakan berkesan. Hada Labo berasal dari Jepun dan telah lama mempelopori pasaran Malaysia dan terdapat pelabagai jenis produk pilihan yang ditawarkan daripada jenama skincare ini. Mungkin you ada nampak ramai orang share mengenai produk-produk Hada Labo di social media tapi you tak pasti mana yang you patut beli? Dalam post ni I akan ringkaskan mengenai koleksi produk yang Hada Labo tawarkan supaya you senang memilih produk mengikut kesesuaian kulit. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

Seperti yang I maklumkan, Hada Labo terdapat perlabagai jenis produk yang terdiri daripada beberapa koleksi. Mungkin you pernah nampak orang share satu produk Hada Labo tapi you tak tahu apa fungsi sebenarnya walaupun orang yang share itu memberi review yang bagus. 

Ok, meh sini I jelaskan secara ringkas koleksi-koleksi produk Hada Labo dan fungsinya.

Hada Labo AHA+BHA CollectionHada Labo AHA+BHA Collection

Tujuan: Exfoliotasi
Bahan Utama: Alpha Hydroxy Acid, Beta Hydroxy Acid 
Kesan: Mebuang kulit mati untuk kulit yang lebih cerah dan lembut
Untuk siapa: Semua jenis kulit

Kesemua jenis kulit perlu exfoliate tapi exfoliatasi hanya boleh diabuat 2-3 kali dalam seminggu bergantung pada jenis kulit. Baca mengenai kenapa pentingnya exfoliotasi kulit.

Produk Hada Labo AHA+ BHA

  1. Mild Exfoliating Foaming Wash
  2. Mild Exfoliating Face Wash
  3. Acne Control Face Wash
  4. Oil Control Face Wash
  5. Mild Peeling Lotion

Produk exfoliating tidak boleh dipakai setiap hari, oleh it produk yang ditawarkan Hada Labo hanyalah pencuci muka dan lotion sahaja. Boleh pilih salah satu produk sebagai produk exfoliotasi mengikut jenis kulit. Tidak perlu memiliki semua jenis.


Hada Labo Hydrating CollectionHada Labo Hydrating Collection

Tujuan: Melembapkan kulit
Bahan Utama: Hyaluronic Acid, Super Hyaluronic Acid, Absorbent Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid
Kesan: Memberi kompleksi kulit yang lembap dan bermaya
Untuk siapa: Semua jenis kulit

Basic skincare adalah kelempaban kulit. Pastikan kulit you sentiasa lembap untuk mengelakkan masalah kulit yang lain.

Produk Hada Labo Hydrating

  1. Hydrating Face Wash
  2. Hydrating Foaming Wash
  3. Hydrating Lotion (rich)
  4. Hydrating Lotion (light)
  5. Hydrating Essence
  6. Hydrating Cream
  7. Hydrating Light Cream
  8. Hydrating Snow Dew
  9. Hydrating Mask

Hyaluronic Acid merupakan bahan dalam skincare yang sangat membantu dalam memulihkan dan memberi kelembapan kulit. Hada labo merupakan antara jenama skincare yang banyak menggunakan jenis-jenis hyaluronic acid di dalam produk mereka. Untuk koleksi Hada Labo Hydrating, Hada Labo mengunakan 4 jenis Hyaluronic Acid yang lebih kecil dan mempunyai daya penyerapan, tahan yang lebih tinggi.


Hada Labo Premium Hydrating CollectionHada Labo Premium Hydrating Collection


Tujuan: Melembapkan kulit
Bahan Utama: Hyaluronic Acid, Super Hyaluronic Acid, Absorbent Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, 3D Hyaluronic Acid
Kesan: Memberi lebih kelembapan pada kulit
Untuk siapa: Semua jenis kulit terutama kulit kering

Apa beza Premium Hydrating Collection dengan Hydrating Collection?

Formulasi premium mengandungi lebih Hyaluronic Acid

Produk Hada Labo Premium Hydrating

  1. Premium Hydrating Lotion
  2. Premium Hydrating Day Cream
  3. Premium Hydrating Night Cream
  4. Premium Hydrating Hydro Gel Mask

Nak pilih yang koleksi hydrating hada labo atau koleksi premium hydrating? Kalau ikutkan kedua-dua jenis koleksi ni memberikan fungsi yang sama sahaja iatu melembapkan kulit tetapi koleksi premium Hada Labo mempunyai 5 jenis Hyaluronic Acid manakala Hydrating Collection mempunyai 4 jenis sahaja.

Kedua-dua jenis koleksi hydrating ni best, memang melempakan kulit tapi I lagi suka Premium Hydrating, sebab  I masih tak boleh move on dengan dia punya night cream. Memang bangun pagi kulit rasa macam kulit baby.


Hada Labo Premium Whitening CollectionHada Labo Premium Whitening Collection

Tujuan: Memutih dan melembapkan kulit
Bahan Utama: Hyaluronic Acid, Tranexamic Acid 
Kesan: Memberi kompleksi kulit yang lebih cerah dengan menghilangkan bintik hitam, memulihkan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Untuk siapa: Semua jenis kulit yang menginginkan tona kulit yang lebih cerah

Kalau nak pilih produk yang mencerahkan, pilih yang mempunya agent pencerah seperti Tranexamic Acid kerana acid ini lembut dan tidak merosakkan kulit.

Produk Hada Labo Premium Whitening

  1. Premium Whitening Face Wash
  2. Premium Whitening Lotion (rich)
  3. Premium Whitening Lotion (light)
  4. Premium Whitening Essence
  5. Premium Whitening Cooling Gel
  6. Premium Whitening Water Gel
  7. Premium Whitening Mask

Yang ramai share dekat social media adalah produk Hada Labo daripada koleksi Premium Whitening sebab kelebihan koleksi ni adalah produknya dapat melembapkan kulit dan dapat mencerahkan kulit pada masa yang sama. 


Hada Labo+ Sensitive Hydrating CollectionHada Labo+ Sensitive Hydrating Collection

Tujuan: Melindungi dan memulihkan kulit
Bahan Utama: Alpha Bisabolol, Ceramide, Sqalane
Kesan: Membantu mereka yang berkulit sensitif untuk memulihkan kulit
Untuk siapa: Semua jenis kulit terutama yang mempunyai kulit sensitif

Koleksi Hada Labo+ ini lain dari koleksi produk Hada Labo yang lain. Hada Labo+ lebih fokus untuk mereka yang kulitnya sensitif. 

Produk Hada Labo+ Sensitive Skin

  1. Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Creamy Wash
  2. Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Lotion
  3. Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Milk
  4. Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Cream
  5. Hada Labo+ Brightening Mask
  6. Hada Labo+ Firming Mask
  7. Hada Labo+ Hydrating Mask
  8. Hada Labo+ Nourishing Mask
  9. Hada Labo+ Oil Control Mask

Koleksi Hada Labo+ ni memang sesuai untuk mereka yang mengalamai masalah kulit sensitive sebab bahan utama yang digunakan adalah antara bahan-bahan yang terkenal dengan kelebihan membantu melindungi dan memulihkan kulit dengan lembut. Boleh baca review I mengenai koleksi Hada Labo+


Hada Labo Lifting + Firming CollectionHada Labo Lifting + Firming Collection

Tujuan: Mengekalkan dan mengembalikan kulit yang muda (anti-ageing)
Bahan Utama: Collagen, Elastin, Hyaluronic Acid
Kesan: Kesan fine lines akan hilang dan kulit kelihatan lebih muda
Untuk siapa: Semua jenis kulit terutama yang sudah berumur 30 keatas

Elakkan mengunakan produk anti-penuaan bagi mereka yang masih remaja

Produk Hada Labo Lifting + Firming

  1. Lifting + Firming Lotion
  2. Lifting + Firming Essence
  3. Lifting + Firming Cream

Kalau you masih muda dan masih bawah 30 tahun, elakkan pakai produk anti-penuaan. Focus pada produk lembapan sebabnya dengan kulit yang sentiasa lembap, ia akan membuntu melambatkan proses penuaan dan masalah kulit yang lain. Koleksi lifting + firming daripada Hada Labo lebih sesuai untuk mereka yang sudah berumur sikit dan nak hilangkan kedut-kedut halus di muka. Tapi janganlah expect kalau dah berumur 50 keatas akan dapatkan hilang kedut terus. 


Hada Labo Kouji CollectionHada Labo Kouji Collection

Tujuan: Melembapkan kulit
Bahan Utama: Fermented Rice (Sake)
Kesan: Kulit lembap dan bermaya
Untuk siapa: Semua jenis kulit 

Koleksi Kouji Hada Labo dibuat daripada Sake. Seeloknya mereka yang muslim elakkan membeli dan memakai koleksi ini. Baca : Hukum Memakai Skincare / Kosmetik Mengandungi Alkohol & Arak

Produk Hada Labo Kouji

  1. Kouji Treatment Cleansing Foam
  2. Kouji Treatment Essence
  3. Kouji Treatment Cream
  4. Kouji Treatment Night Cream
  5. Kouji Treatment Cream Mask
  6. Kouji Treatment Sheet Mask

Culture Jepun dan Korea memang banyak mengunakan arak dalam kehidupan harian mereka dan rice ferment filtrate merupakan salah satu bahan skincare yang terbukti memberi memberi kesan yang sangat baik pada kulit. 

Setakat ini sahaja sharing I pada kali ni, nanti I akan update post ni from time to time dengan update dan produk terbaru daripada Hada Labo. I harap perkongsian I ni dapat membantu you memilih produk apa yang sesuai untuk you cuba daripada jenama drugstore terkenal ni.

Beli produk Hada Labo di sini: shopee.com.my/mymentholatum

Lebih info mengenai Hada Labo: hadalabo.com.my

Till then peeps!

0 comments